December 31, 2017

Beberapa minit untuk ke 2018

Mulai esok,

Esok aku mahu berubah,
berubah jadi baik,

Esok aku mulai sudah ke sekolah,
padahal sepatutnya hari selasa,
GB tegas bermula esok.

Esok aku mahu berkhidmat sepenuhnya,
kepada kedua orang tua, keluarga.

Esok aku mahu bersungguh kepada tuhan,
aku mulai tanam niat.

Bermula esok....


Minit terakhir yang sangat istimewa,
masa yang tercukup istimewa, tahun yang sangat bermakna, tahun struggle,
tahun yang banyak berdosa kepada manusia-manusia,
tahun yang cukup sunyi, cukup berdiam, 
tahun yang serius memikir hal dunia, penjahat dunia,
tahun yang banyak dihabiskan masa di dalam bilik,
tahun yang banyak membuang masa, aku takut jika masa itu disoal di hari kemudian,

Setiap hari last di tahun ini aku berfikir yang membuat aku bergetar hati, aku takut dengan semua perkara yang telah aku lakukan, dosa yang telah aku lakukan dan belum dilakukan,
aku pernah bermimpi di tahun ini, mimpi yang buat aku takut sepenuhnya, mimpi yang membuat aku tidak suka berkata-kata, aku tahu, mimpi punya maksud.

Aku cuma mahu hidup dengan lurus, jauh dari dosa 'consumer',
aku sudah merasakan perit meninggalkan kebanyakan dari keinginan semata-mata mahu lari dari dunia ciptaan mereka.
Aku banyak berdosa kepada kedua orang tua, kepada keluarga, kepada diri sendiri,
sebenarnya aku seorang pengecut,
pengecut dengan dosa.

Wahai tuhan, tetapkanlah hati aku, 
wahai tuhan, jagalah lidah aku,
wahai tuhan, tenangkanlah hati aku,
wahai tuhan hanya engkau tempat aku meminta.


Untuk ini, aku masih punya InsyAllah.





No comments:

Post a Comment