October 12, 2010

kembali

masanya sudah hampir tiba untuk aku melangkah pergi dari tanah kesayangan.

Apa yang aku rasa?
Apa yang aku susahkan?

Aku rasa masa itu sekejap,aku susahkan tentang masa tinggal sedetik.
Tahun ini tahun untuk air mata,untuk bersesak dada,
tahun untuk duduk seorang,tahun untuk tidak keluar dari rumah,tahun untuk bermain alat muzik,tahun untuk kuatkan hati,tahun untuk melihat orang yang disayangi pergi.

Aku tidak pernah risau tentang itu semua,aku cuma risau dengan apa yang aku fikir,apa yang sudah dan sedang aku rasa.

Aku susahkan tentang perasaan,aku harap dapat kembali lagi disini suatu hari nanti,jangan ada yang berubah,itu cuma apa yang aku harapkan.

October 8, 2010

Psikologi

''Ya Allah,jadi kan dunia ini ditanganku,bukan di hatiku''

masa itu sebelum aku memijakkan kaki ke tanah air aku kembali,
Masa itu,aku sudah mula belajar tentang tajuk itu,
Aku sudah belajar tentang itu sejak mula aku lahir ke dunia,
Aku sudah terlalu faham dengan tajuk itu,
Aku tahu apa yang aku guna,apa yang aku pakai,apa yang aku rasa,di mana aku hinggap,dimana aku singgah,dimana si halal,di mana si haram,dimana otak aku bawa pergi,sejauh mana ilusi,mimpi.Aku sudah cukup faham.

Masa ini aku sudah kembali semula ke tanah air.
Tapi semua yang aku paparkantayangkan ditafsir songsang.
Ya,aku memang sudah faham,dari awal sebelum aku tiba,
aku sudah fikir benda ini sebelum-sebelum ini,

aku tidak peduli mata-mata yang pandai melihat,
aku tidak peduli apa kata si pandai berkata-kata,
aku betul-betul tidak perlu itu semua,
itu semua tidak penting,
kamu songsang kerana kata-kata si pandai berkata-kata sudah sebati dengan otak dan hati kamu,kamu sudah lupa,kamu belum bangun,kita masih bermimpi.
Kita masih punya ego,punya sejarah,kita sudah hilang kepercayaan,keyakinan sama dia yang esa tapi yakin dan percaya kata orang lain.
Kita masih ada peluang berfikir.


Celaka si dunia..

October 4, 2010

angan-angan dan cita-cita

Murid2 bangun,
''SELAMAT PAGI CIKGU!!''kata ketua kelas.
''SELAMAT PAGI CIKGU!!'' kata anak-anak buahnya membalas,mereka memberi ucapan kepada cikgu bahasa melayu(sekarang bahasa malaysia) mereka sewaktu cikgu itu baru hendak melangkah masuk dalam pintu kelas darjah 3 itu.
Selamat pagi,cikgu itu membalas ucapan,sambil menuju ke meja yg berada di hadapan kelas lalu meletakkan buku teks miliknya diatas meja itu.
"baiklah murid-murid,sebelum kamu semua duduk,cikgu ingin menanyakan satu soalan,baiklah bermula dari kanan cikgu,Bla bla bla,Apa cita-cita kamu?"
begitulah soalan yang diajukan oleh cikgu itu kepada murid-muridnya.

Aku masih ingat sewaktu soalan itu diajukan kepada aku,aku juga ingat dengan jawapan yang aku berikan kepadanya.
"cita-cita kamu apa?"

Hari ini,aku baru mula mencari apa itu erti cita-cita,
aku tidak punya cita-cita,pernah sekali terfikir,tapi kawan aku pernah kata"dunia sekarang tidak perlu cita-cita"
Kadang-kadang aku fikir kata-kata itu betul,kadang2 juga tidak,tapi itu terpulang bagi siapa yang memikirkan benda itu.

Aku banyak berangan,aku harap angan-angan itu menjadi cita-cita.