August 24, 2011

Hidup

Si Renton Mark sudah jumpa kehidupan,dia sudah berubah,diri sudah bersih dari Dadah,kehidupan lama dia dahulu.Tapi aku masih membersih otak untuk berfikir tentang kehidupan itu.
Muzik aku pasang,buku aku baca,sejarah aku baca,psikologi aku baca,kawan-kawan sudah aku baca,muzik sudah aku baca,barat sudah aku baca,timur juga,begitu juga utara dan barat,tiada yang berbeza,aku masih percaya yang kita tiada beza,yang membezakan itu cuma cara berfikir.Otak memang paling berharga,aku gunakan sebanyak mungkin.

Duduk dalam bilik seorang diri,lampu selalunya terpadam,mata aku buka,badan aku baringkan,telinga aku pasang,otak aku jalankan,aku menggunakan mata lihat atas syiling walaupun apa yang aku nampak cuma hitam gelap,aku masih boleh melihat.Kadang-kadang cara aku jadi buah mulut si burung murai,tidak pandai berhenti bercerita pasal tepi kain orang,padahal kain yang dia jemur juga masih basah.Aku sungguh tidak suka perbuatan itu.
Masa,saat,jam,minit,hari,bulan,tahun,kawan,keluarga,cinta,perasaan,perasan,
agama,sejarah,negara,negeri, itu yang selalu buat aku melihat syiling yang gelap itu,tidak pernah berhenti.Aku bercerita dengan otak,pendengar setia selama ini,tidak pernah mengeluh dengan apa yang aku ceritakan,ia cuma mendengar dengan tekun.Selepas puas mendengar apa yang aku ceritakan,ia bagi nasihat yang baik,kadang-kadang juga ia suruh aku buat benda yang tidak sepatutnya.Tapi aku masih kalah dengan hati.

Apa yang aku pelu cari selamanya ini hanya kehidupan,
semua orang selalu mencari kehidupan,kehidupan yang baik untuk diri,
tapi itu semua terpulang cara berfikir,kehidupan lama membuat cara kita berfikir,sekeliling,keluarga,kawan,itu yang aku rasa.
Aku sepatutnya minum arak,menagih dadah tapi aku masih punya tuhan,pencipta melarang buat perkara begitu,dia bagi cara,baik untuk diri dan orang sekeliling,aku bangga punya agama walaupun sudah banyak larangan agama itu yang telah aku langgar,sepatutnya jadi manusia yang baik,untuk keluarga,sekeliling,untuk anak-anak.

Masa depan itu sungguh susah buat udara untuk aku bernafas,banyak tanggungjawab,peranan,aku masih bingung betulkah jalan ini yang aku pilih.

Aku masih berfikir tentang masa depan,syurga.Itu yang terakhir aku jumpa selama ini sewaktu aku melihat syiling gelap itu,cerita akhir yang buat mata aku selalu lelap.

August 22, 2011

Musim Panas dan Musim sejuk


Sewaktu aku kecil-kecil,aku sungguh teringin mahu rasa musim sejuk,kampung lama aku sungguh sejuk,berada diatas bukit.Airnya juga sejuk dan dingin.Mandi pagi ataupun tengah hari tidak terdaya.Sungguh.
Aku mula rasa musim sejuk atau dingin sewaktu berada di bumi mesir ini,mulanya memang seronok,syok dan sebagainya.Tapi lama kelamaan jadi sebaliknya,nak keluar pakai itu ini,kerap ke tandas,cepat lapar,air terlalu sejuk,susah nak ambil air wudhu.Yang seronoknya time tidur,terlalu nyaman,begitu juga dengan merokok.
Sekarang sudah masuk musim panas,Tidur sudah tidak seselesa musim sejuk,badan terlalu banyak memerlukan air,kerap minum air,mandi juga kerap,maggie aku lama untuk sejuk.Tapi pakaian seperti di negara aku itu.Negara sendiri lagi power.
Tuhan betul-betul maha adil.

Aku sebenarnya baru melepaskan geram dan panas baran aku ke anak amerika itu,walaupun aku tidak seberapa cun dalam bahasa asing itu,aku masih boleh sangkal kata-katanya.
Si anak amerika itu baru berusia 16 tahun,kacukan china,philipines,dan amerika.Budaya
aku dengan dia terlalu jauh.Aku sememangnya cukup hormat dengan semua manusia.Aku akhirnya minta maaf,walaupun aku sebenarnya menang.Itu sifat aku yang aku tidak dapat lawan,aku selalu mengalah dan mengaku kalah dengan sifat itu
.


Sekarang sudah masuk 9 hari last dalam berpuasa,aku banyak membuang masa,terlalu banyak sekali,aku harap dapat berjumpa bulan ini tahun depan.

Adik aku bithday esok,dia sudah tua aku rasa,tapi muka dia nda pandai tua,aku harap juga begitu LOL..Hormat orang tua kita,jaga keluarga,sanak saudara,orang kampung,semua orang LOL
SELAMAT HARI LAHIR UMI!AKU TAHU KO BACA JUGA BLOG INI SUATU HARI NANTI haha..
tu dia,sebelah kanan kita.


Esok 22 Ogos,tarikh itu aku tidak sama sekali akan lupa,aku tidak akan lupa sampai bila-bila.Waktu ini juga perasaan aku mati,aku rasa sudah setahun berlalu.Ya,air mata aku jatuh sewaktu aku menulis ayat-ayat ini,Aku masih ingat kawan aku pernah kata,''jangan cepat mengeluh bha''.Aku ingat nasihat itu sampai bila-bila.

Sekarang sudah masuk ulang tahun pertama kepergian sahabat aku itu,aku tidak sangka sudah setahun dia tiada,dalam kepala aku masih dia ada.Aku rasa semua belum pernah berlaku,serius dan aku serius,aku sampai sekarang rasa semua itu belum terjadi,otak aku masih belum dapat terima,aku serius,aku rasa aku masih bermimpi,aku banyak berfikir selepas dia sudah tiada.Aku rasa,mungkin inilah perasaan bila orang yang kita sayang sudah tiada,serius,hati aku sudah lemah selepas dia tiada,aku cuma takut kalau-kalau ada lagi yang pergi setelah dia.Tapi itu memang sudah di takdirkan.
Aku percaya.Aku takut melalui waktu begitu lagi.Ya,aku takut.Aku sebenarnya pengecut dengan benda-benda yang bersangkut dengan hati.

August 15, 2011

Permainan Komputer Buang Masa

Oleh kerana aku sungguh-sungguh minat dalam sejarah-sejarah manusia-manusia dahulu,jadi aku suka makan Bakso.


Ni game mula2 paling best pernah aku test,waktu itu aku masih bersekolah rendah,itu pun kalau aku tidak silap.



Ni game yang kedua,Setelah aku ter'delete' Age of empires dan dimarah oleh abang aku,dia meng'install' game ini.INI GAME PALING BEST PERNAH AKU JUMPA!Sumpah.


Ni game kawan aku yang kasi kenal,SUMPAH INI JUGA GAME PALING BEST DALAM DUNIA,!
Aku diperkenalkan dengan D.O.T.A,tapi entah,hati tiada respon.

August 14, 2011

Adik Baru



Suatu hari,terjadi pergaduhan antara si suami dengan si isteri.Kisahnya bermula sewaktu kecantikan si isteri telah memikat jantan yang lain.Wajah si isteri terlalu jelita,semua lelaki yang terlihat terkaku beberapa saat apabila memandang wajah itu,kadang-kadang membuat si perwira-perwira itu lupa tujuan asal mereka muncul di dunia dan lupa tentang hukum hakam yag sudah ditentukan.

Si isteri pada mulannya hanya menganggap itu adalah perkara yang biasa,seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini,pada waktu muda remaja,dan pada umurnya belasan tahun.

Tapi seperti yang manusia selalu kata,semua di dunia ini adalah sementara saja.Si isteri yang sudah pun mempunyai dua orang anak hasil perkongsian senyawa dengan suaminya sudah berubah sedikit demi.
Sombong dan riak sudah muncul sedikit demi sedikit dalam hatinya yg ditiup2 dan dikobar-kobarkan makhluk halus tidak terlihat oleh mata yang kasar itu.
Pergaduhan kecil lama-kelamaan membuat perang dunia dalam rumah.Si suami yang tidak menentu tentang pekerjaan sering jadi buah mulut si isteri,sering kali diungkit-ungkitnya.

Darah si isteri berasal dari negeri yang paling besar di Malaysia,si suami pulak dari kepulauan sulawesi,dua-dua berdarah pahlawan,perang tidak selesai selalunya.Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berdamai,perjanjian gencatan senjata.Tapi seringkali perjanjian itu mereka langgar.

Suatu hari,perang paling bersejarah meletus,segala barang-barang rumah yang hampir roboh itu dijadikan senjata dan pertahan kedua mereka.perang kali ini tidak dapat di elakkan.Anak dua orang yang masih kecil lelaki dan perempuan itu dijadikan hujah kali ini.

Anak lelaki ini aku akan jaga sampai terakhir nafasku,dan yang perempuan ini kau ambil!kata si suami.
Aku tak nak!aku mahu anak lelaki itu juga,kau ambil yang perempuan ini!kata si isteri dengan nada yag cukup tinggi.Satu negeri boleh dengar suaranya itu.

Akhirnya si isteri mengaku kalah kerana hujahnya lemah.
Jadi anak perempuan ini bagaimana?kalau kau tak nak,aku buang dia di tong sampah!atau kau nak aku bunuh?

Si anak perempuan itu hanya diam,dalam hatinya berkata'apalah mereka nak gaduhkan ni'.Si anak perempuan itu mengeluarkan rokok dari poketnya,dan membakarnya,lalu menghisapnya.Sungguh cool.

Akhirnya si isteri lari entah kemana,si suami mencari ibu baru untuk perempuan itu kerana tidak sanggup dan tidak memiliki harta untuk mengenyangkan 3 perut.
Akhirnya dia memberikan anak perempuan itu kepada seorang ustazah yang baik hati yang sudah lama suaminya pergi menuju tuhan yang esa.

Setelah kejadian itu,si suami itu pun kabur sama halnya dengan isterinya itu.Si ustazah itu menjaga anak perempuan itu dengan penuh kasih sayang.Jika dia kerja,anak perempuan itu ditinggalkan dirumah ibu aku,kadang2 adik aku jaga,kadang2 aku nangiskan anak perempuan itu.
Aku boring menulis.





Aku harap dia jadi penghuni syurga.
Rindu mahu jumpa anak ini.

August 12, 2011

Dua Belas

Hari ini sudah masuk hari yang ke-Dua belas umat Islam berpuasa,
Semalam adalah hari ke-Sebelas.

Bulan ramadhan itu adalah bulan yang mulia,bulan kumpul pahala,semua umat Islam membetulkan ayat itu seperti juga aku kerana aku seorang muslim.
Aku bosan duduk diam,aku rasa aku mahu balik kampung,makan makanan di sana,berpuasa disana.Aku puas menutup mata cuba mendatangkan bayang,memikirkan benda-benda yang akan aku buat jika aku menjejak kaki di sana.Aku selalu bejaya melakukan itu.
Tapi bila aku buka mata,aku masih berada di kedudukan yang sama.

Aku tidak tahu perubahan apa yang berlaku dan sedang berlaku disana,mereka kata manusia sentiasa berubah,
suasana yang merubah,kadang-kadang mengubah manusia.

Tiada guna terlalu lama di negara orang lain,di negara sendiri juga begitu aku rasa,kaki mesti jalan,otak juga begitu.

Aku sudah puas mengumpul,aku pengumpul yang berjaya,semakin lama mengumpul semakin aku tidak punya perasaan,itu juga psikologi mereka kata.
Oleh kerana aku tidak seberapa pandai dalam pergaulan,aku guna psikologi itu untuk aku tahu,aku sebenarnya baru belajar dengan dunia,mungkin akan tamat sewaktu aku berumur 40 tahun jika aku masih dapat menghirup udara bergelar PHD dalam bab itu.


Tujuan hidup sudah terang tapi suasana yang merabunkan mata ini,suasana,masyarakat,kata-kata manusia,keluarga,sanak saudara dan kawan-kawan juga sama hal juga merabunkan.Cermin mata yang aku pakai haritu tiada makna,aku tidak suka terlalu memerlukan benda-benda begitu.Kadang-kadang aku sesal dengannya.Aku sepatutnya menjaga dua biji mata ini dari awal.Tapi memang penyesalan perkara begini tiada makna,hanya bermakna untuk orang-orang yang minta dinasihati.



Hari ini aku akan berpuasa,sedikit masa lagi aku dan kawan-kawan bersahur,entah makanan apa yang akan dijamah,cukup gembira.
Selepas sahur,kami solat fajar,dan seterusnya.
Begitulah yang sering berlaku dalam bulan ini.


yang ikhlas:



August 2, 2011

Hati Lari



Hari ini aku berpuasa seperti hari2 yang sudah2,
Ini puasa pertama di bulan yang indah,seperti juga bulan2 yang sudah2.
Bulan yg sungguh mulia,aku memang berharap setiap tahun aku jumpa dengan bulan ini,sungguh indah.
Aku mahu kata yang aku sudah jatuh cinta seperti sebelum2 ini,aku jiwang,ya..aku sudah tidak se'Rock' dahulu,mungkin kerana umur telah meningkat haha,aku ketawa,tiada apa yang berbeza.
Aku mahu lari dari ini ini ini cinta dengan wanita,masih ada yang aku mahu mahu mahu capai,tidak mahu siaran tergendala,masih banyak yang aku fikir,masih banyak yang belum sempurna.
Aku lari sementara,kalau sanggup tunggu masa,aku juga akan sedemikian,jangan takut,esok masih ada.
Haish haish haish,aku masih berfikir untuk jaga hati orang yang punya hati,padahal aku juga punya hati yang patut disimpan di tempat yang selamat.
Aku masih mampu menyimpan,menipu hati itu.