December 8, 2013

ya ya ya.

sekarang aku masih berada di tengah-tengah peta Sabah.
bumi tercinta.
Aku berada di dalam rumah,dalam bilik tempat buang masa,tempat berfikir,tempat segala macam harta yg aku miliki dari pelbagai tempat,ya,mereka terkumpul di dalam bilik ini.



Aku kira sudah beratus-ratus jam aku buang masa dalam bilik ini,aku tidak tahu apa aku akan jawab dihapan tuhan esa tentang hak-hak masa yang aku tidak pergunakan,bila aku bertanya kepada mereka yang umur mereka melebihi umur aku,mereka hanya berkata "itu biasa".

Aku tidak tahu apa saja yang aku fikir,banyak berfikir hanya tentang masa-masa akan datang,ya cerita banyak berputar-putar tentang masa-masa akan datang,apa aku akan jadi,siapa pasangan hidup,duit,keluarga,bisnes,kerja,balas budi,mati dan seperti biasa cerita dihapan tuhan itu membuat aku habis berfikir.

Dalam beberapa minggu ini aku akan kembali ke negeri firaun,sudah lama aku meninggalkan negeri itu,aku sebenarnya malas kembali ke sana,ahli2 sejarah itu kata orang nusantara hanya suka berputar2 di nusantara,





Tahun depan umur aku sudah 25 tahun.
Ya 25 tahun