July 22, 2011

Aku pernah dengar,umur umat Muhammad lebih kurang sampai 60,61,62,63 tahun,kalau ada yang lebih,kira rezeki dia.

Sekarang aku sudah masuk umur 22 tahun,kurang 3 bulan,
aku buat perkiraan tentang baki tahun yang tinggal,
aku hitung bila tarikh akhir hayat,akhir riwayat.
Jika dan kalau aku berumur panjang,aku masih ada baki 40 tahun,ataupun 38 tahun,jika dan kalau tidak,kurang sedikit atau sebanyak dari nombor diatas.
Jadi baki2 tahun ini untuk berumahtangga?,beli rumah,beli kereta,kerja,ketawa,gembira,menangis,makan minum,buang air kecil besar,tidur dan bangun dan habis waktu 40 atau 38 tahun itu.Sekejap kan?
Kadang2 ada rasa tidak puas hati,sebenarnya orang sekeliling dan suasana yang suruh kita buat itu semua,
mula2 kononnya kita belajar dari umur sa sehingga umur puluh,selepas belajar kita kerja,kahwin,beranak pinak,mati,ya...sudah kena set dalam otak kita dari kecil.
Bosan,aku suka dengan Afghanistan,Taliban,bila aku tengok bendera mereka warna hitam,aku rasa mereka inilah yang disebut2kan Nabi tentera Mahdi akhir zaman,aku rasa,aku mahu join.
Itu cuma apa yang aku rasa.
Tapi ramai yang kata mereka ini jahat bunuh sana,bom sana,bom sini,tapi sebenarnya mereka tidak!
Aku pun mahu masuk syurga,sebagai pembela.
Kawan aku ketawa dan ada yang senyum bila baca ini.

July 18, 2011

Keluarga



cuti!cuti!

Sewaktu aku mula masuk umur belasan tahun,aku cukup suka mendengar perkataan diatas.
Aku rasa anda2 juga sama.

Sekarang masuklah waktu cuti2 se'Mesir' dan se'egypt'.
kalau anda berada di tempat tinggal aku,anda akan melihat ramai bilangan umat Adam
mengambil kesempatan cuti semusim panas di daerah ini.
Aku rasa mereka ini banyak simpan harta,pandai mencari harta,pandai tahan perut,
berfikir panjang,sebab itu mereka punya banyak rumah,musim panas tinggal sini,musim sejuk tinggal di sana,musim luruh tinggal di situ,dan musim yang lain di sana sini.

Sungguh hebat mereka,aku berkata dalam hati.
Kadang2 aku bosan dengan apa yang ada di sekeliling kita,kadang2 buat aku terbeliak mata,kadang2 tergamam,tapi itu semua kadang2 sahaja.Sebenarnya tiada apa yang hebat.

Waktu2 begini yang buat aku berfikir panjang sama seperti orang2 yang berfikir,sebelum tidur,selepas makan,sewaktu minum,dan yang sama waktu dengannya,tiada apa yang beza.

Kelmarin aku telefon keluarga aku,ibu aku,abang aku sudah berjaya jadi seorang ayah,aku harap adik beradik aku jadi ibu bapa yang baik.
Aku gembira.Itu berita gembira.Sepatutnya satu dunia tahu berita ini.

Abang aku jadi ayah,aku jadi pakcik kepada anaknya.Tapi lama kelamaan anak2 mereka sudah tidak kenal siapa kami.Apatah lagi dengan cucu2 cicit,aku menggunakan ayat skema untuk itu.Manusia sentiasa berkembang biak sama seperti orang-orang lama dahulu.
Aku tidak kenal siapa moyang aku,aku agak,hanya nama yang aku ingat,tiada yang lain,jika aku punya cucu,mereka sama sahaja seperti aku.
Aku berfikir...

Kadang2 yang buat orang ingat orang seperti aku,mestilah dengan kebanggan yang aku buat,kadang2 keburukan yang aku buat,itu yang buat mereka berzikir dan dengan zikir itu akan buat kita diingati.
Siapa si Tiong Hua?Siapa si Hakka?Siapa Nabi Ibrahim?Siapa Bangsa Arab?Siapa bangsa Asia?siapa Bangsa Afrika?SIapa bangsa eropah?Siapa bangsa Bajau?kadazanDusun siapa pulak?Bugis?
Kalau tulisan belum digunakan waktu ini,kalau manusia belum punya buku,dan keluarga itu beredintiti sendiri,
aku rasa abang aku dan kita semua boleh buat satu bangsa baru.
Waktu itu kita akan dengar Bangsa Anwar Ibrahim,Bangsa Najib dan bangsa Mahathir.


July 12, 2011



haha,aku ketawa dalam hati,udara keluar melalui hidung sewaktu aku melakukan itu,
dulu aku sangka Ultraman dan Geng Power Rangers itu hebat,
tapi rupanya itu salah,
Aku fikir Firaun itu yang paling hebat,kerajaaan mereka dapat bertahan beribu-ribu tahun,
ya,hebat!ini mengalahkan kehebatan Barisan Nasional di Negara yang baru di'BERSIH' itu.
Mulanya aku fikir Russia itu negara terkuat,tidak pernah ditawan,tapi salah,orang Mongol pernah menawan mereka dan mongol ditawan semula.
Dulu aku fikir Taliban itu tidak sekuat mana,Tapi sebenarnya mereka tidak pernah kalah,mereka betul2 di jalan yang lurus,tapi apa kata si Amerika tentang mereka?dan kita kata apa?

July 9, 2011

dua kertas

Lagi tinggal dua kertas hitam putih,
Aku masih berfikir tentang result,
sebelum-sebelum ini,aku sudah rasa ada kertas hitam putih lain kecundang,50%,
Aku takut,tidak!aku tidak penakut,cuma masa yang membuat hantu,buat aku berfikir.

Mudah2an segala berjalan lancar,tiada penghalang.

Jadi dua kertas ini aku akan tulis dengan warna biru,buat warna warni,
Ya Allah.

July 3, 2011

Rabun

Dulu jauh dekat rasa sama sahaja,
tiada apa yang berbeza,
Mata lebih canggih dari D90 dan D7000,tapi itu dulu,
sekarang cerita sudah lain,
yang lain itu bermula sewaktu aku masih berumur belasan tahun,
aku tidak berapa pasti bila itu berlaku,
aku sepatutnya jaga dua biji mata ini,simpan baik2 di tempat yang selamat,
penglihatan jauh semakin pudar,
mata aku semakin kecil untuk melihat jauh,
aku rabun,aku rabun,
Maaf kalau tidak menegur anda.
Aku tidak seberapa nampak.