December 22, 2009

buku dan ulat

sungguh sejuk musim ini..
hampir semua tulang aku jadi ais,kenangan yang tak dapat dilupakan bilang Man Belon..
sudah lama aku off kamus internet,itu bagi siapa yang kisah tentang kisah,
banyak yang aku mahu tulis,nyatakan,
tapi mungkin tidak cukup sekadar huruf,
mahu juga aku menulis novel cinta,tapi takut kena cakap jiwang pulak,
sebab aku ni rock ada attitude..haha..kawan di belakang gelak,aku tidak kisah,suka hati aku apa mahu ditulis.
Aku tahu banyak cerita dan ceriti yang telah kamu buat tentang aku dirumah itu,
ya memang benar!...aku rasa cerita itu tidak habis 80 keturunan,
puih!! aku meludah dalam hati,semua hipokrit..

Tadi aku bluetooh gambar jadual exam,
aku heran juga,dorang ramai2 didepan jadual,salin jadual,
lupa ingatkan mereka untuk gunakan teknologi yang canggih,
gunalah kamera kamu semua,aku cakap dalam hati,
sesak nafas...

Sekarang waktu exam,banyak yang bergembira sana sini,
ada yang melompat,koyak buku,lipat buku,semua buku,
Kemarin dulu pulak,aku guna selipar jepun p kuliah,entah jepun mana,
banyak juga yang ketawakan aku,terutama orang afrika dan kumpulan
anak2 qibti kalau tidak silaplah.."ko dari tandas kah?"nda la dari masjid,hebat juga aku balas.
Takut dorang nak balas balik,respect!
aku rasa sampai kiamat la begitu,tapi aku rasa dalam 30 tahun lagi anak2 dorang dapat balas balik cakap aku,
berkarat..
exam,kertas,pen,pemadam,
Aku mahu balik makan Bakso.

October 25, 2009

belah+jar

aku rasa aku penat belajar,
tahun ni result sangkut,patah juga memikir masalah,
moga tahun-tahun berikutnya aku selamat..
bila difikir-fikir balik masalah itu,baru lah aku megerti,
mungkin aku ada salah dan silap time tidur,
mungkin aku kuat bergerak masa tidur,
gundah....

atau silap jalan p tandas,masuk bilik lain,
mungkin juga salah makan panadol,
tapi yang pasti pasal itu cinta..aku tergelak mengingatnya,murung itu si bodoh.
banyak lagi misi dan tanggungjawab aku mahu difikirkan,
masih banyak alkohol,sampah di sana,


selamat menyambut hari pembelajaran!

October 11, 2009

kalau aku

Setelah puas aku berfikir panjang,tolak dan tambah,akhirnya aku penat ,aku memang suka memikirkan benda-benda yg diluar dugaan dan khayalan,jauh....sampailah aku jumpa titik noktah penghujung cerita dan cegahan.
Aku memang perasan,aku seharusnya tunjuk perasaan aku,tapi itu khayal khayalanku saja.Aku sudah puas memikirkan tentang bunyian,tapi dialah satunya yang tidak pernah bernoktah bagi aku.
Aku mula berfikir tentang manusia sejagat khususnya Malaysia yang dibenci penduduk negara jiran itu.Pernah seorang Tok Guru aku kata kepada kami sekalian muridnya,"Malaysia tidak maju jika tidak bermula daripada indonesia",jika dilihat daripada sejarahnya,memang benar apa yang dikatakan olehnya,sungguh.Malaysia itu hebat sekarang kerananya.Segala ilmu,terutama ilmu penulisan semua dibeli hasil karya orang jiran pada awalnya,lihat buku tahun 70an dan kebawah,kebanyakannya hasil tangan orang jiran sehinggalah ilmu kebatinan.Itupun bagi yg sebaris dengan karya Guruku itu.Manusia memang makhluk berfikiran revolusi dan evolusi.

Bagi aku,manusia sekarang berfikiran TeeVee.Segala benda yang kita lakukan hasil daripada telatah si TeeVee.Bergaul lebih utama,buku,suara,lakonan semua itu daripada TeeVee.Seringkali agama itu disengihkan dan dibuat untuk lawak jenaka.
Aksi si muda dan si mudi dalam cinta,sem ua darinya,tentu saja adunan barat di gaul dan dikacaukan.Moral mereka juga diikuti,kita lebih bertamadun,mereka hanya bangunan tinggi.

Aku fikir,pendakwah dan kita semua di negara itu seharusnya berevolusilah,yang ikhlas semuanya kerana dia.Ceramah agama hanya warga tua dan kanak-kanak yang bermain dengan telatah sahaja yang berkumandang di majlis itu.Anak muda bergurau senda dengan lainnya di taman.Majlis hanya dikalangan ahli jawatan mereka sahaja yang datang.

Bagi akulah jamaah yang tepat itulah dia jamaah yang ikhlas2 semuanya kerana dia.Sudah tercatit dalam kitab kita,agama dan yang benar itu hanya untuk orang-orang yang ikhlas.
Dari sejarah ,sahabat semuanya ikhlas2 belaka,kerana dia yang satu.Manusia sudah bosan dengan ceramah agama,kenapa?kerana terlalu ramai yang pandai bercakap tentangnya,tapi terlalu sedikit yang mengamalkannya.

Jangan suka banding2kan,pahala untuk kau sendiri,jangan cakap keburukan,jangan tiru orang,biar kau yang ditiru..
Bangun....

October 6, 2009

pendatang tanpa izin


hirup udara sungai sempena mengecop penyambungan visa yg belum siap2



passport yg ada ditanganku sudah pun mati tarikh luput,
aku pendatang asing yg berhijrah disini,
PTI..

September 27, 2009

edisi raya 3..




keramaian




satay



berbasikal




akhirnya aku hidup kembali,
aku dapat merasakan betapa enak dan nyamannya kehebatan rasa satay dan makanan raya lainnya,

biarpun telah berakhir,
tapi nikmatnya masih melekat ditekak aku ini.

Aku maseh mengharap akan akan adanya
makanan yg lebih enak dari ini suat
u hari nanti,

Walaupun aku bukan suka dan benci dengan
kegiatan bawah tanah parti politik di sini,
mahupun di Malaysia yg hanya menjunjung ahli dan memperburuk ahli lain,
tapi aku syukur kamu memberi kami maka
nan raya.

terima kaseh DPM dumyat.





kenangan bersama Husni Mubarak

September 23, 2009

redupnya cuaca..




aku gembira.
cuaca hari ini redup dan mendung,
aku kira akan turunnya hujan hari ini,
memang betul kata2 otai sini,"hujan itu rahmat kalau ianya itu turun disini,di malaysia tak terasa rahmat itu"
sungguh lama aku tidak menghayati turunnya hujan.





Aku masih ingat,tiap waktu hujan,aku akan cepat naik ke bilik dan berada di tepi tingkap untuk menghayati hujan,sambil menghirup udara nyaman,wap air hujan itu naik,dan itu yg membuat udaranya berirama.

sungguh asyik..
bagi aku,tidak salah menghayati.

edisi raya 2..





budak2 komunis





"aku lapar"

itulah bisik hatiku bila saja jam menunjukkan pukul 2 pagi,ingin aku pukul c dua itu.
Kalau bab memasak akulah paling jaguh,
tiada siapa dapat lawan dan menandingiku,kerana c chef wan pernah tunduk kepadaku,tapi malangnya,jam 2 pagi semua kedai tutup.


Tapi itu semua tak penting,aku hanya mahukan udara nikotin yg dibakar bersama tembakau yg dikeringkan di bawah teriknya matahari .Aku mula teringatkan ia bila saja perutku berbunyi,

Tapi aku cuba untuk menjauhinya,Merbahaya,mudah terbakar.


Inilah raya paling buruk dalam sejarah hidup aku.
Raya yg hanya berbekalkan tilam dan bantal,aku tidur melayang,hanya mimpi yg menjadi santapan aku dari awalnya raya.Ianya amat dan cukup mudah.

Aku belum pernah rasa kehebatannya ketupat rendang,sate,dan yg sewaktu dengannya pada pagi dan petang raya tahun ini,kuih muih apatah lagi.

Memang hari raya itu tidak bermaksud dan bermakna jika ketiadaan itu semua.






September 20, 2009

edisi raya




raya2....
pagi tadi aku telefon keluarga,minta maaf semua dosa,
minta maaf dgn abah ibu,tapi tahun ni lain sikit la,abah ibu dulu cakap minta maaf,
lagipun pagi tu baru dorang mau p solat raya,mahu cepat,direct to da point.
Air mataku hampir2 jatuh,walaupun aku seorang yg kuat nangis,tp aku dapat tahan,sengaja minta simpati mau duit raya.


"minta maaf kalau ibu ada terkasar,sebenarnya ibu bukan begitu,nampak ja begitu,"
aku senyum,hampir ketawa,sebab selama ni,aku tak pernah dengar perkataan itu muncul dibibir ibuku."tapi dalaman lain.....dalaman baik"aku menyampuk.
ibu sengih,aku rasa ibu malu,mungkin merah muka ibu waktu tu.love u mama..


Dapat telefon adik aku yg seorang,mgkin akan datang sini juga,aku suruh dia bawa baju banyak2,jgn jadi mcm aku yg kekurangan pakaian,
sekarang dia sedang makan kuih yg enak2 disana.

Aku bukan seorang yg perindu,tapi nda taw la,pagi2 raya macam ni lain pula,nasib baiklah mereka semua maafkan aku.

Pagi tadi pun hampir2 tidak sempat solat raya,solat jam 6 pagi,aku tidur tak sampai setengah jam,nasib baiklah kawan aku yg juga merangkap tuan rumah mengejutkan aku.

Memang raya di sini tak semeriah seperti malaysia,aku hanya berpakaiankan baju lengan panjang dan seluar "slek" saja solat tadi.Rumah terbuka pun belum ada,harap selepas ini ada.
aku rindu makan keropok raya,kuih siput tu,enak dimakan begitu saja.Tapi sebenarnya aku rindu makan bakso buatan pasar malam keningau.Sungguh sedap.




P/S : kepada kaum family,makanlah kuih banyak2,kepada bro2,,nanti kita kasi meriah tu kampung

September 19, 2009

cerita satu syawal...





Satu syawal menjelang lagi,bagi si kanak2 inilah masa yg paling bermakna dan paling bergembira sekali untuk dirinya meraikan,kerana disinilah terdapatnya mercun,meriam buatan buluh,dapat berjumpa teman baru,baju baru,dapat makan kuih muih yg enak2 belaka,berjumpa pakcik makcik dan sememangnya duit raya.

Masih aku teringat diwaktu aku berumur kanak2 dan setahun jagung itu,seberapa lama masa hari sebelum menjelangnya raya itulah aku mula mengenakan meriam buluh buatan sendiri,mercun,membuat kuih jauh sekali dan melakukan pelbagai acara.
Sememangnya di zaman itulah semuanya jadi indah yg menjadikan aku seorang manusia yg mungkin berguna kepada manusia lainnya.Zaman itulah jugalah selalu membuat aku sentiasa bermimpi indah kesiangan.

Terbitnya matahari di pagi syawal itu,kami selalunya dikejutkan oleh kedua yg tersayang untuk mandi menggunakan pakaian raya baru.sememangnya aku berbangga dengan pakaian baru itu,sering kali kami selalu merungut kepada keduanya"mak napa baju dia lawa sikit?",ketidak "puas hatian" sesama itu membuat aku senyum dan tersengih bila aku mula menceritakan kisah lama dan berstanza.

Pagi syawal itu selalunya kami merayau entah kemana selepas selesainya solat raya,menanyakan kepada kedua tersayang rumah mana awalnya hendak diserbu oleh kami bertujuh,rumah sebelah ibu atau abah?.tetapi selalunya selesai solat raya,kami berkumpul di rumah untuk bermaafan kepada kedua tersayang itu,berpeluk pelukan dan mencium tangan,.

Bagi aku disitulah terasa beratnya dosa yg aku lakukan kepada kamu berdua,bukan niat aku untuk membuat dosa,tapi aku hanya budak nakal yg belum cukup pengetahuannya.
Mulalah upacara pembersihan telinga,si tujuh kadang2 5,6 duduk tersipu bila diberi nasihat,tersenyum2 antara satu sama lain"itulah dia tu,kuat betul begaduh""itulah dia tu...itulah la dia tu...".Sering kali ayat itu yg terkeluar dari mulut2 kami.Tuduh menuduh antara satu sama lain.Pengakhirannya,kami diberikan sesampul yg penuh dengan makna,selepas itu,kami bertanya sesama,"ui,ko dapat berapa??sy dpat $$$$$ jak ni"..ko berapa?"...

Banyak betul "plan" yg keluar selepas diberikan duit raya,"mau p bandar men game ni""mau kumpul duit sampai habis raya".kadang2 pernah juga terfikir mau jadi jutawan dengan duit sebanyak tu.

Sememangnya menu pagi hari itu adalah mee sup buatan ibu,sungguh sedap,kalau K.F.C hingga menjilat jari,mee sup itu lebih lagi bagiku,kerana ianya dimasak dengan penuh resepi,tanggungjawab,rindu,cinta dan sayang.Abah pula siap mengenakan kereta mewahnya untuk meneruskan misi destinasi raya kami berikutnya.
Memang betul kata bro aku,abah memang garang,kerana dia terlalu sayang kepada anak2nya,mahu melihat kami beradik semuanya berjaya,"zaman kamu lebih susah dan mencabar",itulah kata2 abah aku yg selalu diutarakan dan bermakna,abah selalu memberi kata2 pendek tapi dalam maksudnya,itulah abah aku..
Bila difikirkan balik,memang betul apa yg dikatakan olehmu abah...
Zaman kami,zaman kerosakan,zaman pancaroba,orang berlumba2 mencapai segulung ijazah.kata2mu itu membuatkan aku bersemangat selalu.Terlalu banyak lontaran nasihat yg engkau beri abah,tidak terhitung bilangannya.Kepada ibu,watak dan perwatakanmu menjadi sumber inspirasiku.

Aku beraya disini untuk kali keduanya.Sudah dua kali kita semua tidak dapat berjabat tangan dan berpelukan seperti masa2 dulu,rasanya sepilah sikit apabila syawal tanpa kehadiran kamu berdua dan kamu semua.
Biarlah kita berjauhan,tapi semua cerita kita aku ingat selalu.
Aku mohon maaf kepadamu berdua,terlalu banyak dosaku kepadamu berdua,tidak terkira banyaknya.Seindah2 kata,secantik2 bunga,seluas2 langit yg ingin aku lontarkan kata rindu kepada kamu berdua..



selamat hari raya aidilfitri untuk semua rakyat di kg taman rakyat yg sentosa,
ampun maaf dipinta,simpanla duit raya untuk aku itu di tahun2 yg akan datang..

salam idul dan aidilfitri..











ini hari terakhir bagi semua umat yg beragama islam dan seluruh rakyat jelata yg mangkat dijulang dan tidak untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.
Ada kemungkinan raya tahun ni jatuh pada hari ahad minggu ini,bagi sanak saudara,kaum keluarga,jiran tetangga dan cucu cicit yg berada di kampung,aku minta dan mohon maaf banyak2 dari hujung kaki hingga rambut ku ini,kalau ada diantara anda terbaca blog inila,kepada bro2 aku,cepatlah kita tunaikan semua,harap maaf kalau aku terlambat sedikit,hanya itu yg aku mampu dan termampu,
kepada kedua orang tuaku,terlalu banyak dosa aku padamu,ini adalah raya kedua aku merayakan aidilfitri di perantauan,bagi semua anak perantauan yg tidak balik rumah atau kampung,jgn bersedih hati kerana sini juga ada menjual daging kambing dan juga daging unta yg mudah didapati di kedai2 makan di sekitar egypt city dengan harga murah dan mempunyai potongan harga.
Walaupun dengan keadaan bandaraya yg agak tidak begitu sesak pada satu syawal,pun yg demikian,diharap kepada all malaysian yg berada di sekitarnya,diharap berhati2,kerana ada kemungkinan virus yg sedang dan masih melanda dunia hari ini masih berleluasa dan amat berbahaya kepada kesihatan tubuh badan anda.

September 16, 2009

lupa dan pelupakah kau?





aku mau crita pasal kawan aku sorang ni,bukan mahu mengganggu kehidupan yang dia kecapi hari ni,hasil titik peluh orang tua dan semangat juang dia bagai jet pejuang,bukan mengumpat,cuma aku rasa,inilah tempat yang sesuai untuk aku.
sewaktu aku mula2 masuk asrama,umur11 tahun.
bagi aku umur ni tak berapa sesuai,kerana aku belum tahu cuci kain dan mengira duit,mengorat pun x,tapi aku berterima kasih pada kedua orang tuaku,banyak yg aku dapat sewaktu dalam asrama.sebenarnya aku memang pendiam kerana takut akan undang2 dan balasan yg cukup tidak setimpal dengan kesalahan.berbalik,
sesampainya di asrama,dialah kawan yg mula2 mempelawa dan mempelawak kan dirinya untuk menghiburkan aku,sebab aku masih budak,menangis bila hilang sementara kasih sayang yg diberi oleh keduanya.dia memang saudara aku,main guli,tapak,semua bersama.
oleh kerana kau dapat sambung study dan pengkhususan,kau mula sombong,layanlah keluarga kampung oi!,betul2 macam dalam cerita di kaca t.v,
''apakah yg buat kau ini bangga dengan dunia?happykah hati kau bla dapat dunia?besar sangatkah jawatan dunia yg kau dapat?bergegarkah utara selatan bila ko dapat itu suma?,timur barat dapat tsunamikah?''
Baliklah kawanku,
janganlah kau tertipu itu suma,
tujuan kita mau minum kopi,
tanding kereta,
mana suda gelak tawa?
kita diutus untuk dunia,jajah dunia,
bukan diutus dunia untuk dunia jajah kita,
matahari yg cuma sisa-sisa..



September 15, 2009

dikhalayak ramai



dikhalayak ramai kita bertengkar,
dikhalayak ramai kita bermesra,
seiring jalan berpegang tangan,
tidak peduli pada sesiapa,
dunia ini kita yang punya selamanya,

dikhalayak ramai penuh sengketa,
dikhalayak ramai kita berdua,
tak kira masa waktu ketika,
pahit dan manis menangis bersama,
dunia ini kita yang punya selamanya,

sumpah oh matiku,
kau hanya untukku,
tak ada yang lain,
tak percaya belahlah dada..

dikhalayak ramai kita bertengkar,
dikhalayak ramai kita bermesra.



p/s : untuk mat bunga,maaf mengumpat haha..

khayal-khayalanku


bahaya sedang menunggumu,
bahaya sedang menuggumu,
disebalik awan kelabu,
berpaling wajah satu persatu,
terjalin hubungan,
oh dunia tanpa bicara,
gelora asmara,

rembulan jatuh,
kita berlari,
mengejar onak ranjau berduri,
diwaktu malam,
oh mawar keluar entah dimana,
angkara siapa?

jangan diganggu milikku,
hanya dia yang ku suka,
usah dirayu hatimu,
kelak bencana kan menimpa,

bahaya sedang menuggumu,
dalam dakapanku,
sedang menunggumu,
khayal-khayalanku

September 12, 2009

the moon

kau muncul selepas ratusan hari,
kau hilang ribuan minit,

yg mencari menanti satu dalam berjuta,
ribuan dalam jutaan,
jangan kau hilang untuk selamanya,
pergimu dinanti,
kepulanganmu ditunggu,
engkau yg mulia di sisinya,

silih berganti cahayamu,
gelapmu akhirmu,
akhir sepuluhmu,akan aku cari,

bilakah lagi kita akan bertemu,

masih cukupkah masa aku untukmu?

September 11, 2009

selamat tidur mawar liar



mawar liar,
tunggu sebentar..

lewat kerana suhu cuaca,panas terik membara,
bukan niat tuk membuang masa,
perlukah bersengketa?

mawar liar,
sungguh liar..

kumbang-kumbang merayau berterbangan,
kemabukan madunya,

wanita durinya tumbuh mekar,
debunga mempesona..

pegang erat tanganku,kau satu dalam beribu,
pegang erat tanganku,kau satu dalam beribu,

mawar liar,
tunggu sebentar,..

September 8, 2009

windu+rindu+sayang=cinta???


cerita sepetang sebelum berbuka..


ini lah gambar yg berjaya aku ''tapau''..da lama tak jumpa..
dulu waktu kecil2 sama2 belajar a.b.c..alif ba ta sampai ya...
siapa dia??aku pun tak kenal...
ada sorang kawan ni tanya dengan aku,

kenapa lelaki suka mempermainkan wanita?padahal si perempuan da sayang gila??dan apa itu cinta??

dan aku jawab,apa maksud soalan kau ni??sebenarnya aku pun tak faham apa maksud sebenar ''mempermain'' dan ''cinta''yang pui X3..
begitulah jawapan aku setiap kali orang bertanyakan aku apa itu cinta..walaupun sebenarnya aku memang perasan dan perasaan aku ni memang seorang yg kaki jambu dan jiwang..

tapi bagi aku,itu semua tak seberapa penting buat si anak muda yg inginkan kedewasaan,kerana bagi aku yg memang mempunyai pegangan(sikit2 la),kita ikut la pegangan itu..sebenarnya istilah bercinta,berpasangan di waktu muda itu bukan adat dan teori bangsa kita(bagi yg setuju)..

diwaktu muda ini,
aku ingin mengucapkanselamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri buat keluargaku di kampung halaman yg jauh lagi indah permai desa...

cinta dan cita2ku aku harap tercapai,
tapi mahu tercapai tu pun bukan senang,tahajud pun sekali sekala,apalagi solat hajat,haha..
''ya tuhan yg patut disembah dan disujud oleh manusia yg jiwa2 kami di genggamanmu,jadikanlah kami penghuni syurga terindah yg engkau ciptakn untuk manusia yg ikhlas padamu,masukkanlah kami kedalam orang2 itu dan jadikan kami baik2''...


bagi sesetengah manusia(khasnya malaysia),perlakuan ini hanya untuk budak2 jalanan, budak2 ''rock'' dan jahat,bagi aku,ini adalah cinta dan hobi

September 7, 2009

aku ulang tahun...



september 7..

aku terdengar bunyi2an yg merdu di sebelahku..
betul2 membingitkan telinga..

''ah,siapa lagi yg mesej aku pagi2 ni,sahur pun belum,
kalau bukan amoi, antamla ni''
begitulah perasaanku setiap kali mendengar deringan mesej di hp ku..

''happy birthday,selamat ulang tahun,semoga panjang murah rezeki,teda kek maaf''
aku tak paham,apa maksud mesej ni,aku mula bingung,dalam hatiku berkata,
''ni orang salah nombor ka???
sambil mengambil sebatang nikotin d atas meja
aku menghirup udara yg nyaman menenangkan..
memikirkan kembali mesej tadi..
wah ia plak,nda sangka skg 7 september..
aku pun mula senyum,ooo...rupanya inilah hari dan tarikh aku keluar menjadi bayi..
aku mula membayangkan sebuah kek yg besar,yg sedap di makan begitu saja..
aku mula berdoa semoga dapat kek laa tahun ni..haha..
tapi itu cuma angan2ku..lagipun aku suka makan''krim''nya saja..

itu yg best la,tapi yg lagi best bagi aku,
tarikh ni juga mula2 aku menjejakkan kaki di tanah piramid...
teringat kembali waktu mula2 naik kapal mahu p mesir..
waktu tu 6 september,aku kata
''
mak,sy hari jadi atas kapal ni''
sengaja mengingatkan ''mama'' aku tentang hari kelahiranku,hehe..padahal waktu tu puasa dan time sy bagitaw pun pagi..''mama'' mula bingung,sambil menunjukkan i.c(kad pengenalan)...
''
ooo ya kan''
aku tersenyum,hehe,
cepat2 ni ''mama'' p beli sesuatu,kadang2 ada yg buat aku terharu dan bangga dengan ''mama''ku itu..
airport k.k itu la jadi saksi percintaan kami..diala ibu dan cinta matiku haha...
''ni jak la yg sempat''
''mama''ku memberi sebungkus plastik dan aku pun tak pasti apa yang ada didalam,
kerana tinggal beberapa minit lagi kami mahu berlepas menuju KLIA..

dan pada tanggal september 7,
di tarikh ini jugalah aku menjejak dan menjejaki bumi baru bagi aku laa..
bagi aku
,inilah hadiah ''TERBESAR''yg pernah aku rembat dan dapat,
...dapat sebungkus plastik dan naik kapal selama berjam2..
aku bersyukur,
sememangnya perkara2 beginila yg buat aku terus hidup... (ketawa)