December 29, 2015

adakah kau juga rasa?

Sewaktu menginjakkan kaki semula ke arah yang bertentangan,
aku berfikir dan kadang-kadang terfikir,
mana satu jalan yang sebetulnya untuk aku melangkah,


di kiri dan kanan,semuanya tidak berpenghalang.

Sewaktu itu juga,
air mata yang tidak berdosa,tidak berperasaan itu jatuh semula,
aku tidak tahu kejadian ini sudah berapa kali berlalu dan masih berlaku,
aku juga tidak tahu,
dimana penghujung pada sebuah cerita yang amat menyesakkan jiwa.

Apa yang aku ada cuma insyAllah,
apa yang aku ada itu cuma insyAllah.





                                       

November 13, 2015

Tulis sesuatu di Blog

Kerana hati bercambah dengan bunga-bungaan wangi,
dengan harapan mereka tidak layu,

aku menulis,
dengan gaya tulisan sebuah  cerita novel,



"Bilaku percayakan kamu,
indah kulihat langit biru,

bilaku percaya padamu,
hilang isi hati yang pilu"
Itu sebenarnya lirik lagu dari salah satu band Malaya.


Kepada penanam bunga,
Pereka dunia,
Pencipta rasa.

Salam Jumaat

October 20, 2015

suatu ketika


Dunia terlalu moden,
Tanpa disedari aku sudah jauh meninggalkan masa,membawa aku jauh ke dalam dunia dahulu,

dunia di mana semua bermula,zaman di mana segala bangsa dunia masih duduk di dalam prinsip yang sama,
kelangsungan untuk hidup.

Suatu ketika,di mana diwaktu itu,
orang -orang yang bekerja tengah dalam perjalanan balik kerumah masing2 untuk melepaskan lelah,melepaskan rindu kepada isteri dan anak-anak.
Aku kira jam waktu itu adalah tepat 5.30 petang,jalan raya penuh sesak,udara juga sedemikian sesaknya,sukar untuk menghirup udara yang segar.

Di waktu itu aku duduk dibawah rumah,meneruskan hobi yang biasa aku lakukan.Berfikir.
Aku melepaskan segala benda bercahaya ,yang mana telah membuat pandangan jauh aku merosot.


Ketika itu bunyi angin segar menghembus muka dapat aku rasai,ketika bunyi kanak-kanak nyaring itu dapat kedengaran,ketika langit biru menghampiri waktu gelapnya,ketika bunyi alam dapat aku rasai di segala penjuru deria yang aku ada,
Ketika itu aku tersedar.
Aku jauh dari masa.

Cahaya ajaib,dapat membunuh perasaan.







October 9, 2015




Sebelum sahabat aku meninggal,dia selalu mendendangkan lagu ini.
Ketika itu dia masih di alam percintaan dengan sang bunga.
Aku sebenarnya rindu dengannya.

Sudah 5 tahun berlalu,ya lima tahun tapi aku masih merasakan dia masih berada di alam ini.


REST IN PEACE BRO.

October 4, 2015

Love is just a lie happens all the time








Maybe I’m a fool For walking in line Maybe I should try to lead this time I’m an honest mistake that you make Did you mean to?

September 27, 2015

Rahsia

Aku masih dalam persimpangan dua jalan,
bukan kiri atau kanan,tapi atas dan bawah,ia semacam anak tangga,
keduanya masih dalam fikiran,
bermain dalam fikiran,
apa aku harus mengikuti kemahuan sendiri atau kemahuan orang lain?
kemahuan itu semakin lama semakin kuat berbunyi.

"Sometimes I think that I'm bigger than the sound"- yeah yeah yeahs

Jadi untuk hal itu,aku pilih untuk ikut kemahuan sendiri.
Kadang-kadang aku rasa semua itu masih bermain dalam takdir.
Ya,takdir yang kita semua tidak dapat tentukan,

dari cinta ke cita-cita,
dari hati ke hati-hati,
dari biasa ke luar biasa.

Untuk hal itu juga,aku membuat satu pelan,
pelan yang tidak perlu ditulis,diukir,
aku membuatnya,mencoraknya di dalam otak,
aku simpan,biar pelan itu diam duduk dan aku masukkannya kedalam peti,
aku kunci peti itu,dan kuncinya aku buang jauh2 sehingga bila sampai masanya akan aku cari balik di mana kunci itu,dan akan aku buka peti itu dan mengeluarkan pelan tersebut untuk aku paparkan di muka orang yang akan aku paparkan.

"inilah pelan yang aku buat beberapa waktu dulu".

Waktu itu aku harap dapat berpuas hati dengan apa yang telah aku usahakan.


HILANGKAN RASA

Aku banyak menyimpan barang lama,menyimpan perasaan lama,rasa yang lama,semua aku simpan,semua sebagai pengalaman,untuk dibuat analisi dari segi teknikal ataupun fundamental.
Semua sudah aku simpan dan aku tidak tahu mana satu rasa yang aku keluarkan dari dalam rak.
Semua sudah aku simpan dari rasa cinta,rasa benci,rasa sayang,rasa rindu,rasa pelangi yang berwarna warni.
Aku,kau dan mereka simpanlah atau hilangkanlah semua rasa.
Kita sudah mencipta pengalaman dan masih sedang mencipta.
Ya kita sudah menciptanya seperti mana yang telah kau perkatakan suatu masa dulu.

"you only live once"




                                               







                                       Bismillah,Astaghfirullah,Alhamdulillah.





September 8, 2015

8 september

Oleh kerana sekarang jam sudah menunjukkan angka 1215 pagi,
jadi hari ini sudah masuk 8september,
kemarin adalah 7september aku hari lahir,

apa aku dapat?

Pergi Kota kinabalu dari Keningau pada jam 2:15petang menaiki teksi,
dan teksi hanya bergerak pada pukul 3:07 petang ,
aku sampai ke Kota Kinabalu pada jam 4:27 petang dan secara langsung ke Muis 
untuk menghantar borang,
Wisma Muis bukan MUSE.
Setelah itu,aku ke bangunan UTC bersebelahan Muis berjumpa dengan Kazen.
Setelah itu kami menuju ke Pasar Sembulan dan seterusnya kawan sekampung yang juga seorang driver bas singgah mengambil aku di pasar tersebut dan kami pulang semula menuju ke keningau pada jam 7;14 petang,
Kami singgah di perhentian untuk solat dan meneruskan kembali perjalan ke Keningau.
Kami tiba di keningau pada jam 8:40 malam dan singgah makan bakso menemaninya,
aku mengeluarkan duit untuk membelanjakan sedikit wang kerana aku tidak membayar tambang,kerana kawan kata tidak payah bayar tambang.
Aku sampai di rumah pada jam 9:24 malam.

Habis cerita hari lahir tahun ini walaupun tidak sampai 180 patah perkataan dan tidak mengikut format Penilaian Menengah Rendah PMR.

Arigatou


September 6, 2015

Apakah

Apakah dosaku
jika aku ingin
berjatuh cinta?

Apakah salahku
jika aku ingin
mencapai cita?

Apakah ertinya
jika kita mula bersengketa?
-oag-


AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Aku bosan dengan kata-kata manis.
Aku juga bosan berkata manis-manis.

Jangan sesekali hati kita pernah berpaut,
Jangan.

Mukjizat penawar hati buta derita.

August 23, 2015

Rindu Dendam

Demi alam yang luas,
bebaskan beta lepas!
agar cinta abadi,
dapat ku nikmati.

Memang cinta itu buta,
tak mengenal segalanya,
namun beta tak berdaya,
hanya aku berserah.

Oh tuhan yang berkuasa,
lihatlah aku kecewa,
demi alam yang luas,
bebaskan beta lepas!

Tapi kini ku rela,
walau dilamun asmara,
hanya aku bawa berdiam,
segala rindu dendam,

Oh tuhan yang berkuasa,
sampaikanlah maksud beta,
demi alam yang luas,
bebaskan beta lepas.

Agar cinta abadi,
dapatlah ku nikmati.

Demi alam yang luas,
bebaskan beta lepas,
agar cinta abadi,
dapatlah ku nikmati.








August 17, 2015

ready steady go,too much pain.

Jam sekarang menunjukkan jam 1040 malam,bertarikh 17/8/2015,
nampaknya aku semakin berkedut,

Aku cuma ingin katakan jangan risau,
jam masih berjalan,
tidak, jam masih berpusing menuju nombor-nombor yang ada di putarannya,
entah sampai bila.

Emm,beberapa benda yang sering berpusing-pusing dalam kepala,
setiap hari,setiap jam masa ini,

aku sering berfikir,adakah aku terlalu ataupun terlebih dalam gurauan,
dalam lawak,dalam cinta,dalam perkataan dan lain-lain,
gurauan sesama orang-orang yang aku kenal?
adakah aku perlu serius?ataupun perlu matang dalam perkara-perkara itu?
aku rasa ya,terlalu dalam pergurauan.

Ingin aku katakan kepada mereka-mereka yang telah berada dalam pergurauan yang aku cipta,
aku minta maaf dengan semua.

Kadang-kadang dalam gurauan itu selalunya aku selitkan dengan penipuan,kadang-kadang aku berkata jujur,perkara itu yang menyebabkan nafas-nafas mereka tersesak seketika,
aku tahu,aku dapat rasa,aku dapat teka dengan tepat,
jantung mereka bergerak pantas,adrenaline juga,kadang muka mereka berkerut,kadang senyum,kadang kadang kadang kadang,
gurauan dalam cinta,dalam keluarga,dalam teman-teman,dalam cerita-cerita karut,
semua aku cipta,samaada aku sedar ataupun tidak,

ya aku suka buat benda yang membuat nafas orang tersesak seketika dalam gurauan itu,
ketika terdiam baru aku dapat rasakan itu semua salah.
Aku jadi serba salah.

Kadang-kadang aku sebenarnya ingin mengatakan perkara sebenar,
kadang-kadang semua itu bergurau,tapi kenapa...

mungkin mungkin dan mungkin  aku tidak mahu orang lain fikir apa yang aku sedang fikir,
aku letakkan mereka dalam dua keadaan,
samaada apa yang aku perkatakan itu gurauan tipu ataupun kenyataan jujur dari hati.



Aku perlu serius buat masa ini,
aku ingin keluar dalam gua yang gelap ini,
ya aku perlu keluar untuk menghirup udara yang masih segar,
dan menghembuskannya.
Aku perlu sendiri,
perlu fikir tentang kehidupan,kemanusiaan.
Jam menunjukkan jam 1102 malam,
Aku sepatutnya berfikir masa ini.

i'd rather be alone

August 3, 2015

Sejujurnya

Sejujurnya,
Sebenarnya ingin aku katakan,
sama seperti apa yang kau ingin katakan,
tapi ia masih terkunci,
mulut kau terkunci,mulut aku juga seperti itu,


Ceh,bosan.


Okay hari ini adalah hari yang paling bosan,
aku rasa aku sudah berjaya menjadi penanam yang paling berjaya,
banyak hasil yang sudah mula menampakkan hasilnya.
Mereka tunggu untuk dikutip,dipetik.

Banyak masa yang sudah aku lapangkan,
berfikir lagi dengan keseriusan yang sempurna.
Tarik nafas dalam-dalam menuju benedictine order,

Tarikan kearah itu semakin kuat,
Si mata satu sudah mula senyum apabila aku mula membuka langkah,
ya membuka langkah menuju kakinya,kearah dunia yang dia cipta,

ya dunia angka,
Semakin banyak angka dalam poketmu,semakin kau disanjung,
begitu pula sebaliknya,
semakin sikit angka di poketmu,

engkau disenyum sinis dengan mereka-mereka yang melihat angka-angka itu.
Semua tentang angka.
MARUAH.

Ya,
aku harus terima realiti,aku harus terima realiti,aku harus terima realiti,
kau juga harus terima realiti yang paling pahit ini,

Nampaknya semua yang aku baca,aku imagin,aku fikir,aku banggakan hanya dalam dunia ilusi,
mereka semua dalam dunia ilusi,ya,dunia ilusi,
adakah semua itu cuma berlaku pada waktu-waktu dahulu?
ya aku bercerita tentang kejujuran,keikhlasan,ketuhanan,kemanusiaan,kemuliaan,kebinatangan dan kebaikan-kebaikan lain.
semua hancur bila aku lihat dunia realiti,semua "selfish".

ya aku harus terima dunia sebegini.
Kau akan mengerti bila kau sudah mula bebas dari penjara sekolah,bila kau sudah mula memberontak,bila kau sudah rasa tidak puas hati.

Ini dunia paling pahit aku rasa,sepahit-pahit panadol  paracetamol.

Kalau kau tidak percaya perkara ini berlaku,aku cuma dapat syorkan kau untuk buka mata seluasnya,
buka telinga,dengarlah kata orang itu,ini,dengarlah kata kawan kau disini dan disitu,kata orang sekeliling,semua bermain-main dengan apa yang sedang aku perkatakan.
Kuatkan hati,kuatkan hati kuatkan hati kepada dia yang esa,kuatkan hati kepada yang esa,
sekali lagi aku ingatkan,kuatkan hati kepada yang esa,ikhlaskan kepadanya.

Oh Allah jauhkan aku dari fitnah ini,oh Allah jauhkan aku dari fitnah ini,Oh Allah jauhkan aku dari fitnah ini.Berilah disekelilingku orang-orang yang mengingatkan tentang bahaya ini,bukan dengan orang yang mengalah mengikut jalan dunia ini,berilah aku tempat untuk aku bernafas dengan ilusi-ilusi itu,aku teramat sayang dengan ilusi-ilusi yang mereka kata itu cuma ilusi yang tidak mungkin berlaku di waktu ini,Oh Allah jauhkan aku dari fitnah dunia ini.
Amin Amin Amin Amin Amin Amin ya rabbal 3Alamin






July 17, 2015

Tafsiran.

Seperti biasa kehidupan aku yang lazim,
Tafsiran sesuatu bidang yang amat aku minati,
psikologi yang berkaitan perasaan,hati dan sebagainya,begitu juga dengan tingkah laku.
Ya aku selalu berfikir tentang benda itu,
why?why so serious?

Sebenarnya aku tidak ada jawapan untuk soalan itu.
Aku suka melihat tingkah laku manusia,watak dan perwatakan,
kenapa?ya,jika dilihat daripada mata kasar dengan menggunakan kaedah itu,
sebenarnya manusia semua tidak mempunyai beza,semua mempunyai perasaan yang sama,
cuma yang membezakan hanyalah bagaimana benda itu dieksploitasi oleh pengaruh2 luar dan dalam setiap individu.

Pengaruh yang aku maksudkan adalah kemungkinan besar berkaitan dengan keluarga,dengan mendalami kaedah ini  aku sangat mengiyakan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad yang mencorakkan anak-anak itu adalah ibu bapa.Mereka adalah pengaruh besar dalam tingkah laku,cara berfikir,mengawal perasaan dan sebagainya setiap individu tersebut.

Cara yang paling mudah untuk mengenali watak seseorang adalah dengan melihat sebentar kawan rapat,sahabat karib dan yang sama waktu denganya.

Jika kau dapat membacanya,kau dapat mengetahui seluruh rahsia tinggal tambah dan tolak sahaja.