December 26, 2016

Aku mahu



''Dan aku harap menjadi bahagianmu,
aku bisa gila tak berharap,
dan aku harap menjadi harapanmu''





December 18, 2016

Sudah Lama

Rasanya sudah lama,
Sudah lama tidak memberikan sebarang komen kepada kehidupan,


Banyak rasa yang sudah berlainan dan aku semakin terasa,
dari rasa lidah,rasa telinga,rasa hati,rasa sentuhan,rasa fikiran,rasa kepada semua rasa,
banyak perubahan berlaku kepada aku tahun ini.

Agaknya semua deria yang aku ada sehingga hari ini aku gunakan dengan sebebasnya dari segala pengaruh.
Cuma aku yang faham agaknya rasa kebebasan,rasa merdeka,deria yang merdeka jauh dari pengaruh sesungguhnya.Terima kasih wahai Tuhan.

Rupanya ilmu itu bukan hanya atas tulisan,jika tiada diatas tulisan maka ianya penambahan baru,penambahan yang dihukum sesat kata mereka?sebenarnya tulisan ada punya makna tersurat.tersirat.


Tahun ini rasanya banyak perkara yang berlaku,dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara terbesar,
menulis cuma secara spontan,aku sebenarnya tidak cukup masa kepada masa bermuhasabah diri,berfikikir tentang sebab kewujudan di dunia,ya berfikir sebab musabab kewujudan diri,

Aku tidak punya masa waktu,

Ya Allah ampuni aku,
dari salah letaknya halal dan haram,
dari salah letaknya sunat dan makruh,
dari dosa  siang dan malam,
dari dosa perlawanan akal dan nafsu.












August 28, 2016

The purpose of life





"the purpose of life is to find out,who am i,why am i here,on where am i going,
 that's the.. but we need answering.."

-George Harrison-






August 20, 2016

Dunia buku

Untuk kanak-kanak yang masih di bawah tanggungan se-family,
untuk para murid yang 'struggle' dengan undang-undang sekolah,
untuk para cerdik pandai yang ingin jadi pendeta,

Terimalah satu nasihat dari sang pendosa ini,
Dunia luar tidak sebaik dalam kitab,dalam buku yang kau baca,
ini dunia penipu,dunia gigit menggigit,dunia penjilat,dunia pengampu,
dunia senyum paksa,dunia makian,dunia para pengumpat,dunia para temberang,

jangan kau percaya,
jadilah manusia perwatakannya seperti yang kau baca.
Setialah pada tuhanmu.




May 31, 2016

How can I have feelings when my feelings have always been denied?










How can I give love when I don't know what it is I'm giving?
How can I give love when I just don't know how to give?
How can I give love when love is something I ain't never had?

May 8, 2016

Ingin

Aku juga ingin berkata bahawa  scene jiwa-jiwa ini kadang semacam satu perjudian,

April 27, 2016

Dosa

Jauhkan aku dari segala dosa,
Jauhkan aku dari segala dosa,
Jauhkan aku dari segala dosa dari kecil sehingga yang terbesar ya Allah.






April 19, 2016

Aku nampak

Dari kejauhan aku sebenarnya nampak semua benda yang sering aku fikirkan,
sering mereka fikirkan,
dunia yang mereka fikirkan,
dunia penyelamat kata mereka,
"inilah kehidupan kata mereka" ini tujuan kehidupan,
"inilah maksud hidup"
"kalau kau tak mengikuti jalan ini,kau akan mendapat payah sewaktu memilih pasangan hidup,tempat berteduh,kenderaan dan lain2"

Tapi aku masih mengatakan semua benda-benda itu sampah,
sebenarnya ideologi mereka itu yang masih aku anggap sampah,
kerana aku kadang2 faham apa maksud agama itu sesungghnya.

Kadang banyak benda yang pernah aku katakan suatu masa dahulu,
tapi bila benda-benda itu terjadi tepat kesasaran diri ini,
ya,aku juga rasa karma itu punya erti yang sebenarnya.
Dari itu,aku membuka helaian2 mencari maksud sebenarnya apa karma itu.

Dari situ,aku mendapat satu pengalaman dan ilmu baru,ilmu yang buat aku berfikir seketika,tapi sebenarnya perkara2 sebegitu membuat aku berfikir lama,
ia memberi pengalaman,
melayang jauh dan kemudian membuat batas percakapan,
setelah batas itu ada pula susunan cantik untuk perkataan2 yang akan keluar,
jadilah aku seperti seorang yang sudah tua penuh kematangan,
ya,aku sudah tua.

Aku teringat sebuah kata di dalam sebuah drama yang mengatakan bahawa masa muda itu penuh dengan perkara memalukan.kebodohan,dan buatlah sebanyak mana perkara itu di waktu muda,di suatu masa saat kau akan termenung dengan benda2 itu dan mengatakan "aku sesungguhnya bodoh diwaktu itu" sebuah senyuman akan terukir,
sesaat masa diperuntukkan untuk merenung langit,merenung siling,
merenung orang yang sedang lalu lalang sambil mulut diam seribu bahasa,
otak kau melayang jauh sehingga tembus langit ketujuh.
Dari pengalaman itu,kau sebenarnya semakin kuat
Ayat yang baik untuk murid2 aku di sekolah agaknya.










April 15, 2016

Aku berharap di hadapan tuhan,
suatu hari nanti datang orang yang serius membaca semua tulisan ini dari awal hingga akhir dan memahami semua cuaca.





pengaruh filem betul  : D
.







March 27, 2016

will you understand everything about me?

even if it takes the rest of your life?

March 24, 2016

Hari bersalah yang mentertawakan

Hari ini,hari last seorang cikgu KPM di sekolah aku mengajar,
jadi diadakanlah sebuah majlis,

Sebelum majlis itu bermula,aku diarahkan untuk menghantar dua orang pelajar ke hospital 'review' kata mereka.

Sepatutnya aku akan mengambil mereka berdua sebelum jam 12 tengahari,
jadi,


Aku teringat perkara itu sewaktu jam ditangan menunjukkan jam 3 petang.

Berlakulah adegan tarik tali dalam perkataan.


March 18, 2016

Sepertinya aku tidak dapat melelapkan mata,

Aku masih berfikir,
takut untuk melelapkan mata,
takut untuk menemui matahari esok.


Aku rasa,

Aku rasa mengantuk.




March 12, 2016

March 3, 2016

2/3/2016

Jam pada waktu malam itu sekitar 11 lebih malam,
ketika itu aku berada di dalam sebuah kereta berjenama yang diinspirasi oleh Tun M,
duduk di bahagian belakang,


Aku terdengar sebuah perkataan,
tersentak,

Perkataan mereka membuat aku  mengatakan sekali lagi yang dunia ini sungguh menipu.

Perkataan yang dahulu  membuat aku menjadi seorang hakim.

Perkataan yang suatu masa dahulu membuat hati hancur sezarah,se atom,se nukleus,

Aku diam,

ya aku diam semata-mata ingin mendengar sebuah lagu,
Kamu semua diam.

Berikan laluan kepada sebuah lagu.
















March 1, 2016

Berpindah

Berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang asing dan baru.
Ya aku telah berpindah di suatu ruang,
tempat baru bagi ilham dan inspirasi.



Tempat segala ruang dan waktu.

Masa.


"Time is the only true unit of measure. It gives proof to the existence of matter. Without time, we don't exist."
-Lucy-

January 14, 2016

Mark Renton Bab 2

''sebenarnya''

Renton mengulangi perkatan itu untuk kali yang kedua,matanya meracau tidak tentu arah,
berkemungkinan ada sesuatu lagi akan diluahkan dari lidahnya sendiri atau mungkinkah sesuatu yang besar itu akan diluahkan sesama perasaannya sendiri yang tiada siapa pun yang akan tahu.

"bro".Dia mula bersuara.

"aku juga sama seperti kau,
 ya,kita kadang2 sama dalam perwatakan.
 Aku tahu kau juga seorang yang masih berada di dalam bilik makmal,
 melakukan eksperimen,cuba mengeksploitasi bahan ujikaji.
 Bereksperimen tentang watak perwatakan seseorang,eksperimen tentang perasaan suka,sakit,gembira,dan  rasa yang lain tapi perasaan dan rasa itu semua sudah kau tahu semenjak kita baru lahir ke dunia,
 baru sekarang kita cuba memahaminya,
 Bereksperimen tentang cuaca,psikologi,ideologi,methodologi,nafsu,keluarga,masyarakat dan semua yang lain  kerana kita sama,tidak percaya tentang sesuatu kecuali setelah melakukan hipotesis yang sementara itu".

Aku diam dan kembali merenung tajam matanya.

"Kau tahu kenapa aku bertahan dengan semua ini?kerana ada satu rasa yang selama ini aku cuba untuk memahaminya,Kau tahu apa itu bro?
Ya,perasaan yang selalu buat para lelaki melayang jauh dari keadaan normal,perasaan yang membuat lelaki sihat menjadi sakit,dari sakit menjadi sihat,dari orang gua keluar melihat dunia,dari parak menjadi jelita,
perasaan yang boleh membuatkan perkara salah itu menjadi betul,perasaan yang membuat kita melupakan semua kesalahan orang lain dengan sekelip mata,melupakan semua masa lalu,
perasaan yang membuat dunia kerusuhan menjadi tenang tenteram aman dan damai,
Kau pasti tahu perasaan itu kan bro?
,bila aku berkata kau akan tertawa,kerana dahulu kita pernah berkata perasaan itu adalah sampah,kita diasuh oleh mereka2 yang tua bahawa perasaan itu tidak sesuai untuk umur kita suatu ketika dahulu,
mereka berkata juga perasaan itu hanya untuk mereka yang ingin mendirikan tangga rumah mahligai di dunia,
mereka juga berkata "jangan bermain-main dengan perasaan itu",
siapa mereka yang berkata itu bro?
mereka-mereka yang tua,yang berkata mereka dahulu lebih awal memakan garam,gula,panadol,nikotin dan yang lain,mereka guru,para pereka ideologi,ada perkataan mereka kita imani sampai kita sendiri mengalami,dan ternyata banyak kesalahan dari ideologi itu dan banyak juga betulnya.
Tapi bila kita perhalusi satu persatu perasaan itu,kita sedar bahawa kita sebenarnya lahir,terbit ke dunia dari perasaan suci itu juga dan perasaan itu juga yang membawa maksud kita lahir ke dunia,
perasaan itu juga yang menentukan di mana kedudukan kita di dunia lain yang sebenar samaada kita di sebelah pihak kanan atau kiri."

"kau tahu perasaan apa itu bro?"


Aku mengalihkan pandangan,melihat siling itu.

"cinta?"Aku menjawab.


"Ya,cinta". Renton membalas.





January 7, 2016

Mark Renton bab 1

Renton melihat luka tikaman dan kesan luka2 kecil yang masih lembut berdarah,


Aku bertanya kepada Renton,

"Apa sebenarnya yang buat kau bertahan setelah hati kau yg berpelangi itu,
di tikam berkali2,
kau dikata tempat melepaskan lelah,pembuangan masaalah,kau dianggap sampah,ditipu,
makhluk perosak,watak kau di bawa ke dunia maya lain untuk dihakimi,
ditertawakan,dihakimi dan dihakimi,padahal kau menjaga penuh setia watak orang lain,
 kau tahu itu semua,
apa sebenarnya engkau mahukan Rent boy?"


Renton yang duduk berhadapan menundukkan kepala melihat lantai pelastik bercorak hitam putih,.
Penglihatannya tajam,matanya bercahaya,seperti ada sesuatu yang besar ingin dikatakan olehnya.
Ianya berlalu hampir beberapa minit.
Setelah menarik nafas panjang.Renton mula bersuara.

"bro,kau tahu apa yang paling manusia perlu dalam kehidupan?"

Aku menggelengkan kepala melihat tepat ke matanya sambil menyedut rokok yang masih panjang di celahan jari.

"bro".Renton bersuara kembali.

"ya".Aku membalas.

"what you need is love".

Kami berpandangan sesama sendiri,dan mula senyum dan setelah itu tergelak.

"sebenarnya"
Renton berdiam diri,lama termenung,seperti  dia ingin menyusun ayat.