April 13, 2012


WOODY,woody!!!!woody!

Waktu aku kecil-kecil:

Aiskrim,
Choki-choki,
gula-gula,
gula kapas,
kereta kayu,
kereta mainan,
getah,
guli,
tapak,
Komik,
Dragon Ball,
Doraemon,
Kreko,
Basikal,
gasing,
lastik,
Pancing,
mangga,
lada,
garam,
kicap,
Rambutan,
terap,
Nintendo,
Mercun,
Police and thief,
masak-masak.

Banyak perkara dan benda yang aku tidak dapat ketika aku masih kecil,Ya.
Kenapa?sebab banyak benda-benda diatas yang mustahil untuk dibelikan
atau diberikan oleh mereka.Siapa mereka?mereka orang yang aku kenal.

1:kurang berfaedah
2:tidak bermanfaat
3:buang masa
4:Kena suruh belajar
5:kurangkan bermain
6:dan banyak lagi.

Jadi apa yang berlaku?perkara paling berharga waktu kanak-kanak,"berkongsi apa sahaja" kadang-kadang ada juga yang "temaha".
Berkongsi mainan,makanan,berkongsi masa,buat bodoh berkongsi sama-sama,
Sekarang bila sudah mencapai umur begini,perkara berharga itu semakin hilang,sebab:

1:segan.
2:malu.
3:takut diumpat.
4:nampak cool.
5:DIY-do it yourself.

Ya,banyak benda yang buat kita terpisah,bila sudah mencapai umur begini,perkongsian makin lama makin hilang,kalau ada pun kurang untuk dikongsi.
Semua mahu buat hidup sendiri,perkara sendiri,rumah sendiri,keluarga sendiri,makan sendiri dan lain-lain dengan sendiri.Apa yang dikongsi sekarang??
Dulu waktu kecil,seperti biasa,berkongsi kegembiraan,sama-sama ketawa terbahak,dirotan sama-sama,main hujan,main bola,memancing,berbasikal dan lain-lain,Sekarang perkongsian banyak kepada benda-benda tentang kehidupan,kesedihan,perasaan marah,tidak puas hati,keluarga,wanita,lelaki,keindahan,kita semakin kurang untuk menunjukkan emosi,pandai mengawal emosi,pandai mengawal kepandaian,pandai mengawal kebodohan.
"Perkongsian" itu banyak berpindah kepada pasangan aku rasa.
Jadi apa yang tinggal dengan orang-orang yang kita kenal?
kawan,persahabatan,kasih sayang,nostalgia dan lain-lain.



Dengan pasangan apa pula yang tinggal?.
Kasih sayang.ya,aku melihat orang yang sudah tua,yang sudah tidak bernafsu dengan pasangan,masih setia.Yang tinggal pada mereka persahabatan,kasih sayang antara suami isteri,sebab itu mereka masih sayang menyayang,untuk hidup bersama,kasih sayang lah yang paling penting,hidup yang penuh dengan kasih sayang.
Aku berfikir,didunia ini kasih sayang paling penting,benda paling ajaib didunia.Ya,benda yang paling ajaib didunia,rasa yang boleh datang sekelip mata dan boleh hilang dengan sekelip mata.

Ramai kawan aku yang sudah berkahwin,disini,disana,sudah beranak pinak,ada yang tengah dalam percintaan.
Kadang-kadang aku terfikir yang aku ini sudah sebatang kera,semua orang semakin lari meninggalkan,ya,kerana aku juga manusia seperti yang lain.Bila itu berlaku,aku mencari orang yang masih berfikir macam apa yang aku fikir sekarang,perkara itu kadang-kadang susah dan agak mustahil,kadang-kadang juga aku ingin pulas jarum jam beribu-ribu kali untuk sampai waktu kecil itu.

Perkara begitu memang biasa kata mereka,aku sedar yang aku sekarang masih belajar tentang kehidupan,pelajaran itu tidak akan pernah berpenghujung kerana umur aku pendek,tapi tidak mustahil untuk si Iblis yang berumur panjang,semua kehidupan manusia sudah dia pelajari.

Waktu kecil itu sungguh banyak mempengaruhi.
Banyak benda sewaktu kecil itu tidak dapat dan tidak mampu untuk aku miliki,
aku rasa aku mahu membalas dendam dengan masa.

April 12, 2012

Who am i ?


Dia Tercipta dari atom-atom yang menjadi sel-sel.
Dia mempunyai mata.
Mempunyai Hidung,telinga seperti semua manusia.
Punya hati yang pandai membuat perisa.
Punya otak penentu.
Punya pakaian luar dan dalam.
Punya kasut yang banyak dan selipar satu.
Mempunyai keluarga.
Sanak saudara.
Tinggal di rumah ibubapa.
Tinggal dengan Ustaz Abah dan Cikgu Ibu.
Membesar dengan Ustaz Abah yang garang dan cikgu ibu yang penyayang.
Membesar dengan suasana Rock 90an.
Membesar dengan lagu Raihan,Nirvana,The strokes,O@g,Nice stupid playground,The Hans,A.C.A.B,The Vines,Free Love,Radiohead,Disagree,Butterfingers,Search.
Sekeluarga pernah tinggal di Car Wash persendirian beberapa tahun.
Banyak kali berpindah rumah.
Bakso,mee basah warung Alan itu sedap.
Adik beradik 8,seorang sudah tiada.



Hasilnya:


Dia egois,
suka kebebasan,keadilan.
Berkelakuan mengikut keadaan.
Pendendam.
Jarang berkata.
Berkata,dan tidak perasan dengan perkataan yang keluar,kadang-kadang ianya sungguh tajam,seminggu kemudian baru dia perasan dengan ayat itu.
Kadang-kadang berkata dialah yang hebat.
Gila.
Dia suka keindahan.
Tidak suka bertentang mata.
Tidak suka bersosial.
Banyak komen.
Pembenci,penagih,pemabuk,Penipu.
Pembenci pengumpat.
Terlalu sayang dengan kasut tidak dengan seluar.
Sensitif.
Pemuja.
Dia rabun jauh, dan tidak suka berspek.

Family



Family is most important.
Family is more and most important.
Family is more and most important.
Family is more and most important.
Family is more and most important.
Family is more and most important.
Family is more and most important.
Family is more and most important.
Family is most important.
Family is most important.
Family is most important.
Family is most important.
Family is most important.
Family is more and most important.
Family is more and most important.
Family is most important.



and you too.

April 10, 2012

Jam 2:23 a.m

Ting tong!
Jam aku tidak pernah berbunyi begitu.

Sekarang Julian Casablancas menyanyi betul-betul di telinga aku.
Dia berkata:

"Life turns to dust,
And rain it turns to rust
Gossip is a truth,
And money pays for the lies we trust
Your love is a surprise,
Hopeless saints are in disguise
I'm just trying to find
A nice place for you and I"



Jadi aku berfikir,is it true?
is it true?
is it true? is it true?

i s i t t r u e ?

ya, e x a c t l y.

Aku tekan butang Next pada iPod itu,
Julian berkata lagi:

"We got the right to live, fight to use it,
Got everything but you can just choose it
I won't just be a puppet on a string"



Aku bertanya,"is it true Julian. c ?
He said "Yes"

Aku menekan lagi butang Next,
Julian berkata lagi:

"Happiness is two different things
What you take and then what you bring
One is pleasure, one is the flame
One's devotion, one's just deranged

Inside everyone
Love conquers alter-joy

Don't waste your heart
Don't waste your heart
One has nothing to do with the other"




Terima kasih menasihati aku.
O.k Jules,i don't wanna waste my heart and my life.



"Don't let them fool ye"

April 5, 2012

Sekarang aku tengah menghirup IndoMie.

Tepat jam11.02 malam.

Setelah menghirup IndoMie,aku menghirup limau yang ditambah dengan garam dan semua rasa tidak seperti rasa Daun Sup.
Di dalam dunia ini benda yang paling sedap adalah,limau,garam,daun sup,daging lembu,daging ayam,rempah.
Dalam ketegori diatas,daun sup lah yang paling menang teratas.



Sebelum ini aku berada di Dumyat,ya seperti biasa.Jadi suatu hari,pagi jumaat menjelma,seperti yang diketahui,setiap hari jumaat akan adanya pasar mingguan yang dibuat oleh warga Mesir darul Piramid.

Di pasar itu dijual bermacam-macam jenis jualan,seperti,ikan,ayam,telur,sayur-sayuran,buah-buahan,barangan elektrik kecil-kecilan,potong kuku,sikat@sisir,tembikai dan daun sup.


Jadi pada hari jumaat itu aku telah ternampak dan terserempak dengan warga Mesir darul Piramid menjual Daun sup.Orang yang menjualnya adalah kanak-kanak yang fikiran mereka sudah jauh matang berbanding tubuh badan mereka.Seorang perempuan dan seorang lelaki,mereka bersaudara.
Aku bertanya''kaam?"

Abangnya menjawab"talatah genih satu ikat"
Aku berkata"kalau aku ambil satu ikat sahaja?"
Abangnya terdiam sebentar."mushmumken"adiknya menjawab.
Aku berfikir,kalau aku ambil satu ikat kecil pun sudah terlalu banyak,tidak habis untuk sebulan.
Aku berkata,ok.ana akhuz.



Daun sup yang aku beli belum habis dimakan,bakinya masih berada di peti sejuk.
Aku meninggalkan mereka,aku sekarang berada di Cairo.

apa dalam fikiran aku sekarang??

_______DAUN SUP_______

daun sup
daun sup
d a u n s u p.
da un s up.
daun sup

D A U N S U P.