January 26, 2012

Masuknya Musim cuti sekolah

Aku jarang bercakap pasal orang,kerana aku tahu dosa mengumpat,
aku rasa semua orang juga tahu,
Jadi selalunya apa yang aku perkatakan mungkin berkait dengan seorang individu,
kerana semua manusia itu berkait rapat,jadi ada yang perasan dia yang diperkatakan,
padahal itu cuma perasan,perasaan seperti yang kita tahu tidak selalunya tepat,
aku rasa budak sekolah rendah juga mengiakan itu.
mungkin aku berkata tentang si jahanam itu begini begitu,si dia itu seperti malaikat,
aku jatuh cinta,aku jatuh longkang,sudah jatuh ditimpa tangga,si Anu tu alim macam,Si si si si si si si si dan banyak lagi.

Dan disini juga aku mahu bagi tahu untuk diri aku dan orang lain,
jangan kuat berperasaan dan perasan.
Mudah-mudahan aku ingat ayat ini sampai bila-bila.

Orang tua-tua cakap,manusia ini selalunya belajar dari pengalaman,pengalaman itu dari mana?dari mula bernafas.Kalau nyawa panjang,banyaklah yang dipelajari,kalau banyak belajar,tengok buku,tengok manusia,kita akan dapat belajar psikologi.
Jadi bodohlah kalau tidak dapat apa-apa dari permulaan pembelajaran?
Ya,Aku terasa kerugian.

Kenapa psikologi itu penting?itulah ilmu yang buat kita untuk hidup dalam masyarakat,jika kurangnya belajar ilmu itu,kita akan lihat ramai orang berbunuhan,bila ramai orang berbunuhan,susahlah untuk capai kemerdekaan,dalam kepala OTAK!




Ada yang ber'TRIP' mahu jadi paling alim didunia,padahal diam2 sebenarnya dia juga sama seperti mereka yang dia katakan mengikuti jalan SYAITAN.
''Aku tidak mahu bercinta,aku menyesal bercinta,buat dosa lagi banyak''
PUIIIIIIIIIIIIIIII!!!!Padahal dalam hati menyimpan cinta dengan orang-orang di MANCHURIA sana,Orang Putih di negara barat sana,Dalam hatinya berkata''owh kalaulah si artis ini jadi pasangan aku kan bagus''.dalam Lap top penuh video najis.

Bila dikatakan seperti ayat diatas,dia akan memulakan sesi pembelaan diri,
memburukkan diri orang lain,Tidak mengaku kesalahan.
Padahal sudah banyak kerosakan berlaku sebab dari perkataan-perkataannya sebelum ini,perkataan memburukkan orang,perkataan menghina,perkataan meninggi diri,perkataan meminta simpati,mahu membela diri.
Itulah sebenarnya perkataan TRIP!!
PENAKUT!
Owh,aku penakut.
Apa kita perlu buat?

Sumbat earphone,pasang lagu grunge,
Tutup lampu,buka mata.