August 23, 2015

Rindu Dendam

Demi alam yang luas,
bebaskan beta lepas!
agar cinta abadi,
dapat ku nikmati.

Memang cinta itu buta,
tak mengenal segalanya,
namun beta tak berdaya,
hanya aku berserah.

Oh tuhan yang berkuasa,
lihatlah aku kecewa,
demi alam yang luas,
bebaskan beta lepas!

Tapi kini ku rela,
walau dilamun asmara,
hanya aku bawa berdiam,
segala rindu dendam,

Oh tuhan yang berkuasa,
sampaikanlah maksud beta,
demi alam yang luas,
bebaskan beta lepas.

Agar cinta abadi,
dapatlah ku nikmati.

Demi alam yang luas,
bebaskan beta lepas,
agar cinta abadi,
dapatlah ku nikmati.








August 17, 2015

ready steady go,too much pain.

Jam sekarang menunjukkan jam 1040 malam,bertarikh 17/8/2015,
nampaknya aku semakin berkedut,

Aku cuma ingin katakan jangan risau,
jam masih berjalan,
tidak, jam masih berpusing menuju nombor-nombor yang ada di putarannya,
entah sampai bila.

Emm,beberapa benda yang sering berpusing-pusing dalam kepala,
setiap hari,setiap jam masa ini,

aku sering berfikir,adakah aku terlalu ataupun terlebih dalam gurauan,
dalam lawak,dalam cinta,dalam perkataan dan lain-lain,
gurauan sesama orang-orang yang aku kenal?
adakah aku perlu serius?ataupun perlu matang dalam perkara-perkara itu?
aku rasa ya,terlalu dalam pergurauan.

Ingin aku katakan kepada mereka-mereka yang telah berada dalam pergurauan yang aku cipta,
aku minta maaf dengan semua.

Kadang-kadang dalam gurauan itu selalunya aku selitkan dengan penipuan,kadang-kadang aku berkata jujur,perkara itu yang menyebabkan nafas-nafas mereka tersesak seketika,
aku tahu,aku dapat rasa,aku dapat teka dengan tepat,
jantung mereka bergerak pantas,adrenaline juga,kadang muka mereka berkerut,kadang senyum,kadang kadang kadang kadang,
gurauan dalam cinta,dalam keluarga,dalam teman-teman,dalam cerita-cerita karut,
semua aku cipta,samaada aku sedar ataupun tidak,

ya aku suka buat benda yang membuat nafas orang tersesak seketika dalam gurauan itu,
ketika terdiam baru aku dapat rasakan itu semua salah.
Aku jadi serba salah.

Kadang-kadang aku sebenarnya ingin mengatakan perkara sebenar,
kadang-kadang semua itu bergurau,tapi kenapa...

mungkin mungkin dan mungkin  aku tidak mahu orang lain fikir apa yang aku sedang fikir,
aku letakkan mereka dalam dua keadaan,
samaada apa yang aku perkatakan itu gurauan tipu ataupun kenyataan jujur dari hati.



Aku perlu serius buat masa ini,
aku ingin keluar dalam gua yang gelap ini,
ya aku perlu keluar untuk menghirup udara yang masih segar,
dan menghembuskannya.
Aku perlu sendiri,
perlu fikir tentang kehidupan,kemanusiaan.
Jam menunjukkan jam 1102 malam,
Aku sepatutnya berfikir masa ini.

i'd rather be alone

August 3, 2015

Sejujurnya

Sejujurnya,
Sebenarnya ingin aku katakan,
sama seperti apa yang kau ingin katakan,
tapi ia masih terkunci,
mulut kau terkunci,mulut aku juga seperti itu,


Ceh,bosan.


Okay hari ini adalah hari yang paling bosan,
aku rasa aku sudah berjaya menjadi penanam yang paling berjaya,
banyak hasil yang sudah mula menampakkan hasilnya.
Mereka tunggu untuk dikutip,dipetik.

Banyak masa yang sudah aku lapangkan,
berfikir lagi dengan keseriusan yang sempurna.
Tarik nafas dalam-dalam menuju benedictine order,

Tarikan kearah itu semakin kuat,
Si mata satu sudah mula senyum apabila aku mula membuka langkah,
ya membuka langkah menuju kakinya,kearah dunia yang dia cipta,

ya dunia angka,
Semakin banyak angka dalam poketmu,semakin kau disanjung,
begitu pula sebaliknya,
semakin sikit angka di poketmu,

engkau disenyum sinis dengan mereka-mereka yang melihat angka-angka itu.
Semua tentang angka.
MARUAH.

Ya,
aku harus terima realiti,aku harus terima realiti,aku harus terima realiti,
kau juga harus terima realiti yang paling pahit ini,

Nampaknya semua yang aku baca,aku imagin,aku fikir,aku banggakan hanya dalam dunia ilusi,
mereka semua dalam dunia ilusi,ya,dunia ilusi,
adakah semua itu cuma berlaku pada waktu-waktu dahulu?
ya aku bercerita tentang kejujuran,keikhlasan,ketuhanan,kemanusiaan,kemuliaan,kebinatangan dan kebaikan-kebaikan lain.
semua hancur bila aku lihat dunia realiti,semua "selfish".

ya aku harus terima dunia sebegini.
Kau akan mengerti bila kau sudah mula bebas dari penjara sekolah,bila kau sudah mula memberontak,bila kau sudah rasa tidak puas hati.

Ini dunia paling pahit aku rasa,sepahit-pahit panadol  paracetamol.

Kalau kau tidak percaya perkara ini berlaku,aku cuma dapat syorkan kau untuk buka mata seluasnya,
buka telinga,dengarlah kata orang itu,ini,dengarlah kata kawan kau disini dan disitu,kata orang sekeliling,semua bermain-main dengan apa yang sedang aku perkatakan.
Kuatkan hati,kuatkan hati kuatkan hati kepada dia yang esa,kuatkan hati kepada yang esa,
sekali lagi aku ingatkan,kuatkan hati kepada yang esa,ikhlaskan kepadanya.

Oh Allah jauhkan aku dari fitnah ini,oh Allah jauhkan aku dari fitnah ini,Oh Allah jauhkan aku dari fitnah ini.Berilah disekelilingku orang-orang yang mengingatkan tentang bahaya ini,bukan dengan orang yang mengalah mengikut jalan dunia ini,berilah aku tempat untuk aku bernafas dengan ilusi-ilusi itu,aku teramat sayang dengan ilusi-ilusi yang mereka kata itu cuma ilusi yang tidak mungkin berlaku di waktu ini,Oh Allah jauhkan aku dari fitnah dunia ini.
Amin Amin Amin Amin Amin Amin ya rabbal 3Alamin