December 8, 2013

ya ya ya.

sekarang aku masih berada di tengah-tengah peta Sabah.
bumi tercinta.
Aku berada di dalam rumah,dalam bilik tempat buang masa,tempat berfikir,tempat segala macam harta yg aku miliki dari pelbagai tempat,ya,mereka terkumpul di dalam bilik ini.



Aku kira sudah beratus-ratus jam aku buang masa dalam bilik ini,aku tidak tahu apa aku akan jawab dihapan tuhan esa tentang hak-hak masa yang aku tidak pergunakan,bila aku bertanya kepada mereka yang umur mereka melebihi umur aku,mereka hanya berkata "itu biasa".

Aku tidak tahu apa saja yang aku fikir,banyak berfikir hanya tentang masa-masa akan datang,ya cerita banyak berputar-putar tentang masa-masa akan datang,apa aku akan jadi,siapa pasangan hidup,duit,keluarga,bisnes,kerja,balas budi,mati dan seperti biasa cerita dihapan tuhan itu membuat aku habis berfikir.

Dalam beberapa minggu ini aku akan kembali ke negeri firaun,sudah lama aku meninggalkan negeri itu,aku sebenarnya malas kembali ke sana,ahli2 sejarah itu kata orang nusantara hanya suka berputar2 di nusantara,





Tahun depan umur aku sudah 25 tahun.
Ya 25 tahun

September 30, 2013

STUPID SOCIETY

Umur aku waktu itu masih dalam lingkungan belasan tahun.Baru habis masa persekolahan,
akibat boring di rumah,aku suka ikut perkembangan dari kawan,teman,dan sahabat.
Aku suka stay,di sana,di sini,di situ ikut mereka2 yang aku sebut diatas.

Suatu hari akibat ketidak ketentuan hidup,dan memandangkan aku terlalu kasihan dimata mereka yang mempunyai mata,ayah aku berpesan"jangan terlalu ikut kawan,suatu hari semua mereka itu akan meninggalkan kau dan kau juga akan meninggalkan mereka,kamu semua akan melalui hidup sendiri"

Kata2 ayah aku itu seperti angin sepoi2 bahasa aku rasa ketika itu.

Tapi bila aku sudah melangkaui umur itu,rupanya angin yang sepoi2 itu menjadi ribut,bertiup kencang tepat ke muka buat masa ini,ak masih bernasib baik,aku masih dapat elak,bernasib baik kerana angin sepoi2 itu masih dapat menembusi dada,aku masih boleh berfikir.
Sekarang aku cuma dapat berterima kasih.
Berterima kasih kerana aku masih mempunyai ayah,bapa,daddy.
Aku sebenarnya suka rebel.

September 24, 2013

I CHOSE NOT TO CHOOSE LIFE.

Choose Life.
 Choose a job. 
Choose a career.
 Choose a family. 
Choose a fucking big television, 
choose washing machines, 
cars,
 compact disc players and electrical tin openers. 
Choose good health, low cholesterol, and dental insurance. 
Choose fixed interest mortgage repayments. 
Choose a starter home.
 Choose your friends.
 Choose leisurewear and matching luggage. 
Choose a three-piece suit on hire purchase in a range of fucking fabrics. 
Choose DIY and wondering who the fuck you are on Sunday morning. 
Choose sitting on that couch watching mind-numbing, spirit-crushing game shows, stuffing fucking junk food into your mouth.
 Choose rotting away at the end of it all, pissing your last in a miserable home, nothing more than an embarrassment to the selfish, fucked up brats you spawned to replace yourselves. 
Choose your future. 
Choose life... 




But why would I want to do a thing like that? I chose not to choose life. I chose somethin' else. And the reasons? There are no reasons. 
Who needs reasons when you've got heroin?

-Renton.





June 29, 2013

Kembali bermain dengan masa.

Bermain dengan masa,bermain dengan masa,
salah satu permainan yang paling mencabar bagi aku.

Dulu sebelum aku tiba di bumi Piramid,
ramai kanak2 di kampung aku,
tapi itu dulu,sekarang mereka semua sudah menjadi muda belia,pandai bercinta,pandai make-up,
pandai sterika pakaian dan lain2.

Ya,aku sedar,bagi yang umur sebaya dengan aku,ramai antara mereka yang sudah beranak pinak.
Jadi aku berhasrat menghentikan masa sekejap,untuk berfkir.

Sekarang umur aku hampir mencapai 24 tahun,jika sang pencipta membenarkan aku hidup maksimum 60 tahun,aku masih mempunyai baki 36 tahun,jika 50tahun,aku masih mempunyai baki 26.
Jika 25tahun,aku masih mempunyai baki setahun.
Aku hampir2 ingin membuat pengiraan dengan kiraan Fibonacci untuk mengukur kemungkinan.

Jadi aku membuat perhitungan dengan no 50 itu.Aku masih mempunyai baki 26 tahun.
Suara kecil berteriak, "itupun kalau kau dibenarkan mencapai had itu".
Aku membalas "itupun kalau sang pencipta benarkanla".
Ya aku membuat perhitungan dengan angka 50 itu.
Aku melihat sekeliling dengan memperlahankan gerakan anak mata 50kilometersejam,melihat semua apa yang ada di dalam bilik,dari tilam ke pintu masuk.Semua diam.

Seperti biasa,aku melihat atas syiling rumah menunggu wahyu ilham,aku memanggil teman seperjuangan aku
si nikotina untuk menemani aku melihat siling itu.











April 30, 2013

mmm

Sekarang jam menunjukkan tepat 11:09pm.

Sekarang jam menunjukkan tepat 11:21pm,

sekejap lagi jam menunukkan jam 12:00.

March 11, 2013

Teman Wanita Baru


Oleh kerana dulu aku tidak punya teman wanita,
tiada peneman hati,
Aku menyunting bunga di taman dalam halaman Facebook,
Sudah seminggu aku berkenalan dia,
cek namanya dalam Google,dalam Yahoo,
melihat dia di dalam Youtube,
Aku mula jatuh cinta,
Tapi makcik aku kata,itu bukan jatuh cinta,itu jatuh hati namanya.
Aku angguk mengiyakan kebenaran.

Sekarang aku sudah memilikinya,
Aku bertanya khabarnya setiap hari,
memberinya tenaga setiap kali dia perlukan,

Aku harap dia tidak diambil ke tangan2 yang kotor,
mungkin dalam setahun dua tiga dari sekarang,
dia akan out of date.
Aku akan menyayanginya sampai waktu itu,
yang semua orang tahu waktu itu.
waktu out of date.


February 18, 2013

Sakit Belakang

Belakang aku.
Kerana terlalu gembira,
aku melompat terlalu tinggi,
hampir mengenai bangunan atas.
Tulang mula berbunyi,
kesannya hingga hari ini,
sudah kedua kali aku rasa begini.
Rukuk dan sujud,
sukar untuk wujud.

Boleh buat lirik lagu agaknya.

Sehingga hari ini aku masih berfikir dan terfikir,
kenapa aku masih boleh melakukan benda yang yang yang yang yang BODOH!
Melakukan benda bodoh.Melakukan benda bodoh terlalu senang,terlalu mudah.
Melakukan benda bodoh.

Manusia biasa.Haishhhhhh!!!
Kadang-kadang untuk kegembiraan,kadang-kadang untuk riang,kadang-kadang untuk suka-suka,
kadang-kadang ada yang terasa,kadang-kadang ada yang merasa.

Sekarang masih masa cuti,aku masih tidak berbuat apa-apa untuk tahun ini,tidak merebut masa lapang,
tidak ingat lima perkara itu.

Aku membuang masa lagi merenung anak cantik ini.