December 26, 2016

Aku mahu



''Dan aku harap menjadi bahagianmu,
aku bisa gila tak berharap,
dan aku harap menjadi harapanmu''





December 18, 2016

Sudah Lama

Rasanya sudah lama,
Sudah lama tidak memberikan sebarang komen kepada kehidupan,


Banyak rasa yang sudah berlainan dan aku semakin terasa,
dari rasa lidah,rasa telinga,rasa hati,rasa sentuhan,rasa fikiran,rasa kepada semua rasa,
banyak perubahan berlaku kepada aku tahun ini.

Agaknya semua deria yang aku ada sehingga hari ini aku gunakan dengan sebebasnya dari segala pengaruh.
Cuma aku yang faham agaknya rasa kebebasan,rasa merdeka,deria yang merdeka jauh dari pengaruh sesungguhnya.Terima kasih wahai Tuhan.

Rupanya ilmu itu bukan hanya atas tulisan,jika tiada diatas tulisan maka ianya penambahan baru,penambahan yang dihukum sesat kata mereka?sebenarnya tulisan ada punya makna tersurat.tersirat.


Tahun ini rasanya banyak perkara yang berlaku,dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara terbesar,
menulis cuma secara spontan,aku sebenarnya tidak cukup masa kepada masa bermuhasabah diri,berfikikir tentang sebab kewujudan di dunia,ya berfikir sebab musabab kewujudan diri,

Aku tidak punya masa waktu,

Ya Allah ampuni aku,
dari salah letaknya halal dan haram,
dari salah letaknya sunat dan makruh,
dari dosa  siang dan malam,
dari dosa perlawanan akal dan nafsu.