December 26, 2012

Abang Se"rock"er sudah kahwin






Manusia perlu pasangan,
Melengkapkan erti hidup di dunia,
melengkapkan erti cahaya mata.
Melengkapkan erti kemanusiaan.



Semoga berbahagia sehingga ke syurga Amin3.
Aku lagi yang masih belum berkahwin hehe.

Belajar dengan Ruang Masa


Apakah Matrix itu?


Menurut pengetahuan yang ada setakat ini,Matrix bermaksud ruang.Ruang di mana entiti dapat berdiri dan wujud.Ruang dimana entiti dapat menjalankan aktivitinya.Ruang di mana entiti hidup atau berdiam diri.Ruang ini terdiri daripada kod-kod yang terbina di dalam strukturnya.
-mistisfiles-

" Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tiada wujudnya (yakni bayang-bayang hijab) di sisi Allah". (Hikam)

ya.



B
elajar adalah suatu perkara yang membosankan bagi sesiapa yang masih bersekolah.

Sebenarnya bukan belajar yang membosankan,mengingat,membaca buku,buat kerja rumah,takut salah,takut dirotan,takut lewat,buat perkara-perkara seperti kemarin,berulang-ulang,bangun awal pagi berulang,takut malu kalau markah rendah,perkara itu sebenarnya yang membuatkan kita bosan.

Lagi membosankan jika kawan rapat berkata"aku bosan".Secara psikologi kita menuruti perasaan kawan kita itu.

Tapi bila sudah mencapai umur2 untuk hidup sendiri,semua sudah menjadi berlainan,suasana berlainan,fikiran semua berlainan,telinga semua berlainan,rasa semua berlainan.
 

Bila baju sekolah menengah sudah masuk didalam stor,bila kasut putih atau hitam sudah masuk datam stor,bila buku latihan sudah masuk didalam stor,bila rambut sudah mulai panjang dan tidak ada siapa yang mahu menegur,bila seluar jeans sudah jarang digunakan,bila makan makanan segera,bila makan telur,bila sudah mula masak nasi sendiri,bila sudah mula berfikir sendiri,bila sudah mula mencari hala tuju sendiri,bila masa lalu semua tinggal dalam otak,semua sudah berubah.Aku sudah tua.


Pertolongan,aku sebenarnya masih kecewa dengan pertolongan dari manusia lain,ada orang berkata "orang yang sebenarnya yang ingin menolongmu adalah orang yang akan merasa tidak selesa jika engkau masih berada dalam kesusahan itu,dalam pertolongan itu,meminta maaf jika tidak dapat tunaikan permintaan kita".Itu kata mereka.Kadang=-kadang aku mengiyakan perkataan itu.

Aku sebenarnya sudah bosan dengan perangai sebegitu.
Aku ingin berubah.Ya Allah aku ingin berubah dari dunia yang aku sedang lalui hari ini.
Ya Allah aku ingin berubah dari apa yang aku sangka.
Aku ingin jalan yang selurusnya.

Aku ingin jadi manusia yang dapat memanusiakan manusia lainnya.



Sebelum aku punya keluarga sendiri,aku ingin menjadi manusia yang itu.
Tidak ingin anak aku melalui apa yang aku lalui hari ini.
Aku ingin buat yang terbaik untuk mereka,mulai sekarang aku sepatutnya ingin buat perubahan itu.
Radhi Oag juga sudah menasihati dalam videonya.Buat yang terbaik untuk cahaya mata.
Masuk pusat pemulihan,buat yang terbaik untuk rezki dari tuhan itu.

Aku bosan dengan manusia yang hanya pandai berkata-kata,memburukkan orang lain,menilai orang lain,aku ingin lari.