December 29, 2011

TUTUP MATA,SUMBAT TELINGA,BUKA HATI

Aku tidak tahu apa yang hendak ditulis waktu ini,
Jadi aku tekan ini,
asdaskjkwduaydsh mnxmnz,mcnz,xnciudwioudpail;dksaldjkj12384783735r-09-=90490898397487816akhdksjalkjdawjrepoajslkdasjk,zxnc.z,mxnslkdhfls
kjfopwfopdaisofdlkjxckxzxmc.,zalsjeoiujffrsilfilsfkdjsklfjskljklajkjsialslka
;kdlksald


Kalau aku ada anak,kalau aku ada anak,kalau aku ada anak,
(Kiyai dalam cerita ketika cinta bertasbih nasihat jangan guna perkataan kalau)
Jika aku punya isteri dan mempunyai anak,aku tersenyum menulis.cukup aku rasa.

Aku dan kawan yang Rocker aku pernah berjanji suatu ketika dahulu,
waktu itu aku bermain gitar dirumahnya,lepak dan stay2 minum kopi,
dia berkata,
''apa barang ada awek,tak rock lah''.
Sampai sekarang aku masih terpegun dengan ayat itu.
Aku membalas,
''Ya betul tu''
dia berkata kembali,
''jangan kita ada awek,kita rock dulu''
Aku membalas,
''ok!!Kalau kau ada awek,baru aku cari awek''
bunyi gitar kembali berkumandang.

Masa berjalan,jam juga berjalan,begitu juga dengan jarum jam yang ada di tangan aku,
sentiasa berjalan,pengalaman,fikiran,tubuh badan,hormon,kasih sayang,cinta semua sama.
Sebelum aku balik ke Mesir,aku sempat terserempak bertemu dengannya,
''Dari mana?kimsalam wanita disebelah''
-''ah kau ini,dari bandar''
''buat pa di bandar?bundle?''
-''tak,buat urusan untuk permohonan kahwin''
''uik,jangan tipu''
-''astaga,tak percaya''(dia megeluarkan borang yang sudah sedia tertulis namanya,borang permohonan kahwin)
''bila tarikh?''
-''insyAllah bulan satu tahun 2012''
Terkejut?ya semua orang mungkin akan terkejut jika menjadi diri aku waktu itu.
Semoga berbahagia ke anak cucu kawan.

Kadang-kadang aku terfikir,kenapa kita sebenarnya perlukan pasangan untuk hidup?si lelaki perlu wanita?
dan begitu juga wanita kenapa perlu dengan si lelaki?bolehkah kalau tidak berpasangan?kenapa kumbang mencari bunga?tapi,aku pernah berjumpa dengan kumbang tahi.Ramai pemikir barat juga pening berfikir tentang ini dan akhir mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang pernah manusia fikirkan dan nyatakan sebelum mereka,bahawa manusia ini berevolusi dari beruk,anjing dan sebagainya.Freemason,Illuminati,yakuza,Mafia.
Akibat dari pernyataan mereka,ramai orang telah mengaku bahawa tuhan ini tidak pernah wujud.
Mereka yang mengatakan bahawa tuhan itu tidak wujud terlalu kasihan,lebih kasihan lagi apabila mereka mengajarkan kepada anak-anak mereka tentang ilmu itu,akhirnya banyak berlaku kekecehon kekacauan dan kerosakan.''malam ini aku mahu membunuh jiran di sebelah kerana mereka hirup oksigen,apa aku takut?tuhan tidak ada bagi aku,yang aku takut cuma polis!''-begitulah selalunya suara didalam hati orang yang tidak mempercayai kewujudan tuhan.Atheist.
Orang-orang sebegini cuma hidup dengan apa yang mereka rasa betul,apa yang mereka dengar,apa yang t.v ajarkan,sekeliling mereka.

Manusia memang perlukan pasangan,kalau tidak kita akan kesunyian,kemurungan,kebosanan seperti yang berlaku kepada Nabi Adam dan juga Nobita dalam kartun doraemon yang pernah aku lihat,sebab itu diciptanya Hawa peneman Adam.
Berpasangan itu adalah naluri manusia,tuntutan agama,jadi untuk perkara-perkara sebegitu aku tidak pernah hairan.Jadi selepas ini aku juga akan berusaha mencari wanita.

Bersama ini aku titipkan lagu dari band yang selalu kita sebutkan
:

Nirvana- All Apologies

What else should I be?
All apologies.
What else could I say?
Everyone is gay.
What else could I write?
I don't have the right.
What else should I be?
All Apologies.

In the sun
In the sun I feel as one
In the sun
In the sun
Married!
Buried!

I wish I was like you
Easily amused
Find my nest of salt
Everything is my fault
I'll take all the blame
I'll proceed from shame
Sunburn with freezer burn
Choking on the ashes of her enemy

In the sun
In the sun I feel as one
In the sun
In the sun
Married, Married, Married!
Buried!
Yeah, yeah, yeah, yeah,

All in all is all we are





-untuk Doull Junior-

December 27, 2011

UNTITLED

Dan sekarang aku sudah berada di negara yang berpiramid.
Aku masih belum tiba di tempat terletaknya universiti dan masjid untuk aku stay.Aku masih berada di tempat berlindung dari hujan panas adik aku.
Aku rasa lebih selesa,duduk fikir masalah dari berjalan-jalan mencari masaalah.

Ramai orang kata kebebasan itu penting,tidak kira kebebasan dalam bersuara atau dalam apa juga perkara.Ya,sebenarnya itu yang manusia paling mahukan.
Aku selalu berfikir tentang laungan yang rakyat Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara.ISA yang telah dihapus?Aku sehingga sekarang tidak faham sepenuhnya tentang konsep itu.Tapi itu semua terpulang kepada siapa sahaja,siapa berkuasa selalunya akan berada diatas.

Bila blog ini dibuka oleh seseorang selain dari aku,aku sebenarnya rasa kebebasan untuk menulis semakin sedikit,kebebasan untuk aku menyuarakan apa yang aku sedang rasa,apa yang sepatutnya aku suarakan,apa yang sedang aku lakukan,menjadikan aku tersipu untuk menulis.Kebebasan hampir-hampir hilang.Aku berkata seorang diri,''jadi apa sebenarnya tujuan engkau tulis blog ini?''
Aku berfikir,aku menulis untuk kebebasan,ya hati aku bebas.Kadang2 untuk menguji ayat.Pui!!!Aku meludah dalam hati.Selalunya ramai yang pandai mengomen orang lain,padahal orang yang mengomen itu kadang2 lebih teruk dari apa yang dia komenkan,aku juga seperti itu.
Tapi jangan risau,dimana ada manusia,disitu terkumpulnya benda2 sebegini,di mana?di seluruh dunia,benda ini sama,aku cuba memahami benda ini kerana apa yang telah agama ajarkan dengan benda ini jauh bertentangan.
Agama kata ''A'' tapi perlakuan manusia kata ''Z'',sungguh jauh berbeza.
''Orang yang mengamalkan sunnah di akhir zaman itu seperti menggenggam bara api''
Aku beriman dengan ayat itu.Dan setelah aku menulis ayat itu,berkatalah dalam hati2 yang cemburu,''Ceh!sombong bongkaknya ayat,mcm la dia ni alim sangat,aku nak tengok orangnya bagaimana'',Dan aku berkata,kau ini bodoh,kau sudah rampas kebebasan orang untuk menulis.
Itu semuanya Psikologi,dari mula aku menulis buku ini sehingga ayat ini semuanya tentang psikologi,dan aku percaya masih ada yang hasad dengan ayat ini.

Bumi,jangan sudikan dirimu menelan aku,
Matahari sependapatlah dengan aku,
Aku masih belum basuh pakaian.

December 12, 2011

Aku Mahu pusingan balik

Aku sekarang masih berada di kampung halaman yang jauh dari negeri berpasir itu,jauh dari rusuhan yang berlaku,jauh dari masaalah yang berada di sana,jauh dari wangi roti,jauh dari saudara yang berada di sana,jauh dari berbagai masaalah.
Seperti yang kita sedia tahu,masaalah memang sentiasa akan timbul dari masa ke semasa,memang manusia hidup ini untuk menangani masaalah dan wajib berjumpa dengan masaalah,ia tidak akan berhenti sampai hembusan nafas akhir,dan akan bersambung kembali setelah itu.

Ada yang membunuh diri untuk lari dari masaalah,tapi sebenarnya masaalah akan timbul juga setelah itu.
Ramai yang berkata lari dari masaalah itu penakut,masaalah harus ditangani dan dikakikan.Tapi aku rasa untuk kurang bermasaalah,
kita harus kadang-kadang lari dari masaalah.
mereka kata sensitif yang amat itu tidak bagus dan baik,tapi sebenarnya semua manusia punya rasa sensitif yang membezakan cuma
seberapa kuatnya rasa itu.Aku terlalu kuat untuk sensitif,aku tidak sensitif tapi hati aku yang terlalu sensitif.
Bila dikaji balik apa yang membuat manusia terlalu sensitif itu adalah latar belakang atau background yang mencorak.
Jadi kita pedulikan kata orang yang mengomen''ah kau ni,terlalu sensitif''.
Aku akui kata pakar itu.
Jadi aku rasa masaalah yang timbul ini selalunya berpunca dari sensitiviti,tidak kira siapa.Orang yang kurang sensitif selalunya kurang masaalah yang merangkumi kawan2,sanak saudara,masyarakat.

Dulu aku punya teman yang terlalu sensitif dengan keadaan semasa,apa yang manusia perkatakan hari itu,dia juga ingin perkatakan.Sewaktu ramai yang memperkatakan tentang selipar crocs,dia juga ingin perkatakan,kadang2 dia mahu jadi dia yang terlalu arif tentang selipar itu.Masa berlalu,zaman berubah,orang sekeliling memperkatakan tentang Domo.Dia sekali lagi menonjolkan yang dirinya terlalu ''Domo'' dari semua orang.Segala jenis barangan dari Domo itu dia miliki.Zaman berlalu,orang memperkatakan tentang ''angrybird''.Dia pun memulakan aksinya kembali.Memang inilah orang yang sensitif dengan keadaan.Aku rasa hingga sekarang dia masih memperkatakan tentang hijab Hana Tajima.
Mengikut catatan orang2 perancis dan belanda,''orang melayu ini suka dengan kesukaan'',aku berfikir dengan ayat itu,mungkin inilah maksudnya dari kata itu.Kebebasan dan demokrasi katanya.
Kalau aku kaitkan keadaan diri aku dengan sensitif keadaan,aku suka masa lalu,bercerita tentang muzik,pakaian dan kehebatan zaman remaja.Kau peduli apa.