June 9, 2012


Mereka hebat,Tidak lama lagi akan jatuh.

From east to Africa to Europe.

Dari Asia ke Afrika.
Dari Afrika ke Eropah.
Dari Eropah ke Asia.
Dari Asia ke Afrika.
Dari Afrika ke Asia dan Asia Timur Jauh.
Kembali ke Asia Tenggara.

Horse Sea



Cinta

Semalam aku menelefon si Cinta.Rindu rasa hati.
Naluri.

June 7, 2012

SURVIVAL

Setelah penat mencari Ilmu Rezki di siang hari' -ButterFingers- Ada manusia menghabiskan masa,memuaskan mata,melihat dunia yang dicipta oleh tangan-tangan manusia lain. Ada manusia menghabiskan masa bercakap tentang perlakuan orang lain. Ada manusia menghabiskan masa mencari kelemahan orang lain. Ada manusia menghabiskan masa tidak berhenti bercakap tentang orang lain,biarpun di dalam hati. Ada manusia menghabiskan masa membuang masa. Ada manusia menghabiskan masa dengan menonton,mendengar lagu,membuat lemak yang tidak pernah bertambah. Ada manusia yang sememangnya ingin menjadi manusia yang semua manusia fikir terbaik. Ada manusia yang selalu berfikir perkara diatas,Itulah aku. Aku banyak kali berfikir benda itu. Ya kenapa? Bila bosan manusia mencari TV. Bila bosan manusia mencari Radio. Bila bosan manusia mencari MP4. Bila Bosan manusia mencari Mp3,Wma. Bila bosan manusia mencari TIDUR. Bila bosan manusia mencari Movie. Bila bosan manusia mencari Bola Sepak. Bila bosan manusia mencari Kawan. Bila bosan manusia mencari Panggung wayang. Bila bosan manusia mencari Buku. Blia bosan manusia mencari Laptop Computer. Bila Bosan manusia mencari Video Game. Bila bosan manusia mencari Makanan. Bila bosan Manusia mencari tempat STAY. Bila bosan manusia mencari Futsal. Bila Bosan manusia mencari penghibur. Bila bosan manusia ingin berjenaka. Bila bosan Manusia mencari KETAWA. Bila bosan manusia mencari mengangis. Bila bosan manusia mencari marah. Bila bosan manusia mencar Geram. Bila bosan manusia mencari musuh. Bila bosan manusia mencari Masalah. Bila bosan manusia mencari keluarga. Bila bosan manusia mencari anak. Bila bosan manusia mencari telefon. Bila bosan manusia mencari tetangga. Bila bosan manusia mencari pasangan. Bila bosan manusia berbunuh. Aku selalu berfikir begini apabila bosan, Aku respect orang yang bosan mencari Tuhan,Sebab dia sebenarnya tidak pernah bosan. Setelah itu engkau mati. Hidup Cuma menghilangkan Bosan?

June 6, 2012

EXAM

Bulan ini masih dalam bulan exam, Apa yang ada dengan exam?peperiksaan? Dari siapa bermulanya idea penubuhan exam ini?di mana bermula? Bila bermula?Kenapa ianya bermula? Di negara kita pula bagaimana bermula? Buku sekolah kata,ianya bermula di negara China. Memang,kepala aku sering berfikir benda sebegitu. Jika aku diberi bunga,soalan-soalan seperti diatas juga timbul. Sekarang aku masih berfikir dari mana duit KERTAS ini datang. Mereka kata duit ini dari bank. Ya dari bank. Sewaktu aku masih kecil,aku pernah berfikir,bagaimana duit KERTAS yang mudah koyak ini boleh membeli benda lain,aku rasa sewaktu itu hati,otak,fikiran aku masih bebas, tapi mereka kata, fikiran budak-budak masih primitif,tidak boleh diguna pakai,aku mengiakan waktu mereka berkata demikian. Jadi sekarang baru aku berfikir semula,kerana waktu ini terlalu sesuai,kononnya umur ini bukan lagi umur primitif, bagaimana dan macammana duit kertas ini boleh diguna pakai,yang manusia selalu berbunuhan unutuk mendapatkannya. Oleh kerana minat aku untuk mencari,akhirnya aku terjumpa dengan jawapan yang selama ini sesungguhnya aku cari. Cerita yang cukup panjang untuk ditulis,susah untuk difahamkan,jarang diterima pakai oleh semua manusia,ianya terlalu logik tapi kadang2 fantasi lebih logik dari realiti,aku harap suatu hari nanti terbuka juga hati2 yang lain untuk menerima apa yang aku sudah jumpa tentang duit kertas ini. Aku berhenti menulis,kedua biji mata aku melihat ke dinding yang berwarna hijau itu, peta Malaysia terpampang di minda,aku khayal,khayal dan khayal seperti kehebatan dadah jenis marijuana telah menguasai kepala otak. Dari melaka,TIDAK,SALAH! sepatutnya dari kemboja,dan Champa-ka,Tidak! sepatutnya dari kepulauan sulu yang dipanggil Flipina itu,TIdak! salah juga,Sepatutnya bermula dari Langkasuka,Tidak tidak tidak!dari srivijaya atau majapahit. Salah!salah! Sepatutnya dari kepulauan Maluku ataupun Madagaskar.Ataupun Dari Borneo yang dipanggil Brunei itu. Aku sepatutnya bermula dari kepulauan Sulu ataupun sumatera atau Semenanjung Cherosene?atau dari borneo? AKU TERLALU MENGHARGAI SEJARAH. Perjalanan si Dajjal itu sungguh jauh sampai ke tanah tumpah darahku! Aku sepatutnya bermula dari Perang Salib. Sewaktu negara aku belum merdeka,yang berkuasa pada hari itu adalah Orang Inggeris,Di Sabah juga begitu,di bawah naungan British. Kenapa Inggeris menguasai tanah nenek moyang aku dan tanah nenek moyang kawan-kawan aku?kenapa mereka terlalu kuat? Kononnya senjata mereka canggih,kita berlawan dengan pedang,mereka menggunakan meriam dan pistol???sekolah juga mengajar yang demikian. Padahal kita juga menggunakan senapang,meriam dan pistol,kita ada kota batu. AHHHHHHHHH!!!!!!!Kenapa aku dulu terlalu bodoh mengikut kata si SEKOLAH. Kalau aku jadi orang inggeris,aku tidak akan lepaskan Malaysia dan tanah2 jajahan lain dengan sebegitu sahaja.Buat apa bagi lepas free,padahal sudah banyak duit habis,nyawa melayang menawan tanah2 ini. Sewaktu aku baca sejarah yang telus ikhlas,akhirnya aku tahu,sebelum Inggeris berundur dari tanah jajahan, mereka telah membuat satu Plan,apa Plan itu? Memerdekakan tanah jajahan,tapi masih menjajah dari dalam.!!! Boleh dapat kerja,tapi mesti keluaran sekolah inggeris?? Pening,aku tidak faham apa yang aku tulis!