March 4, 2017

kalau pandangan kau cuma sebatas pandangan, 
itu bukan hakikat sebenarnya penglihatan,
di dalam banyak kitab suci menyebutkan bahawa penglihatan hendaklah memberi kesan ke dalam penglihatan kedua manusia,
itulah hakikat penglihatan,
penglihatan yang sesungguhnya,
penglihatan yang paling merdeka,
tembus ke dalam hati,

Jadi orang yang berperang dengan penglihatan kedua itu melakukan satu perang,
perang kecil yang sekarang sudah langsung tidak disedari ramai orang,
adakah peperangan itu masih perang kecil ataupun sudah hampir penghujung?
peperangan kesyirikan.
Cuci otak! Cuci otak mereka!
Buat mereka hidup seperti yang kita mahu!
Cuci otak mereka!
Brainwash!

ya,
Kerosakan dari kerohanian dan kesucian murni manusia,
perang hendaklah dan mesti dilakukan dengan perkara berkaitan cahaya,
kerosakan yang mereka buat mestilah bersama cahaya,
kerosakan itu hendaklah sepantas cahaya,
kerana binatang Buraq itu juga pantas,
dicipta dari cahaya.
Malaikat sama juga halnya.
ya,
kerosakan yang dicipta oleh mereka mestilah sepantas cahaya dan tidak langsung memberi kesan dengan penglihatan kedua(hati).

Masaalahnya, adakah kau sedar dengan kerosakan itu?
apa yang kau lihat?
kalau kau sudah mula melihat, lihatlah juga dari sisi mata yang lain,
adakah kau hidup dengan peringatan ayat2 suci dari sang pencipta ataukah kau cuma melihat dari satu sisi pandangan manusia yang sudah tidak kenal halal dan haram,
yang kebanyakan manusia itu hanya melihat babi,arak, judi, membunuh dan lain2 itu sahaja yang haram?

Suatu hari kau akan sedar yang kebanyakan dari manusia cuma hidup berdasarkan dan bersandarkan apa yang dilihat,di dengarnya, budaya, adat sekeliling.
Hidup berdasarkan ikut-ikutan, fikiran ikut-ikutan, seperti sebuah mesin copy/fotostat dan seterusnya di masukkan kedalam mesin "paper shredder"dalam pejabat dan seterusnya kau mati.
 Itukah kemerdekaan diri?hidup seperti binatang di dalam zoo?

Binatang dalam zoo dipukul, disiksa, tidak diberi makan untuk mereka mempelajari cara untuk mengeluarkan bunyi pelik yang disukai manusia, dan bunyi yang dikeluarkan oleh binatang itu indah didengar dikhalayak ramai tapi manusia lupa bagaimana binatang itu diperlakukan sebelumnya,
peliknya, manusia berkata itulah binatang "terlatih".
Sama sepertinya hal kau diperlakukan selama ini, penjara rohani dan jasmani yang kau tidak nampak, lihat dan langsung tidak sedar.

Ya undang-undang.

Itukah kebebasan? itukah kemerdekaan? cubalah berfikir sejenak.



 فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada."-Surah A-hajj 46.-