April 27, 2011

sensitiviti

Aku pernah lihat si rama-rama terbang diudara,aku juga pernah lihat di mana si rama-rama sewaktu ada di dalam kepompongnya,aku juga pernah membunuh si kepompong itu.
Selalunya kepompong itu ada di sebalik daun pisang,kadang juga di pokok limau.

Ya,begitulah hidup si rama-rama,kalau ia kuat ia akan hidup sehingga menjadi rama-rama,
kalau tidak,ia terppulang siapa yang membunuhnya.

Ada sebuah tempat khas untuk si ikan hidup,suatu hari ikan itu ditinggalkan hidup sendirian kerana tuannya pulang balik ke negara asal selama hampir sebulan lebih.Jadi tidak ada siapa yang menjaga diri ikan tersebut melainkan hanya dengan kekuatannya sendiri.Hanya dua spesis yang hidup dalam akuarium itu,salah satunya spesis ikan yang melekat pada mana2 bahagian dengan menggunakan mulutnya.
Jadi,ikan ini sahaja yang dapat hidup selama sebulan lebih itu.Ia sungguh kuat.

Si wanita itu suka untuk makan coklat,si lelaki suka makan bakso,si kanak2 lelaki suka dengan gula2,si kanak2 waita suka dengan anak patung,si kucing suka dengan benda bergerak untuk di kejarnya,kadang terlalu suka untuk dibelai,si pembelainya juga suka berbuat demikian.

Apa yang ada dengan sensitiviti?
kita semua serupa,cuma perlu hormat pada kehormatan.

Sebenarnya aku jatuh cinta pada cinta,mereka kata ada apa dengan cinta.
Ya,itulah cinta.

April 21, 2011

Tunjuk perasaan

Bangun pagi,
mereka hirup udara berdebu,udara sungguh membuat pertahan badan sedikit sebanyak menjadi teguh,
Suatu hari kami disuruh pulang ke negeri bawah bayu disebabkan ''tunjuk perasaan'' mereka,tapi orang kata,masa itu tidak pernah berhenti,sentiasa berputar terus menerus,oleh kerana itu,aku sudah sampai masa untuk pulang kembali ke tanah piramid ini.
Sekarang apa yang aku dan kami perlu cuma membuka buku?
Apa yang ada dengan masa depan?
Apa yang ada dengan menara gading?

Jawapan yang aku jumpa cuma satu..
Untuk terus hidup,itu terpulang pada otak siapa yang memikirkan tentang hidup itu.
Samaada untuk di tanah ini,atau ditanah yang lama akan datang.

Kawan aku pernah kata,''sampai bila pun mereka2 mahu enjoy dengan dunia,mereka akan cari juga Siapa pencipta''dengan erti kata lain,enjoy macammana pun,kita akan cari tuhan juga.
Aku berfikir dengan ayat itu,agak lama juga aku fikir.aku membetulkan ayat itu.