January 14, 2016

Mark Renton Bab 2

''sebenarnya''

Renton mengulangi perkatan itu untuk kali yang kedua,matanya meracau tidak tentu arah,
berkemungkinan ada sesuatu lagi akan diluahkan dari lidahnya sendiri atau mungkinkah sesuatu yang besar itu akan diluahkan sesama perasaannya sendiri yang tiada siapa pun yang akan tahu.

"bro".Dia mula bersuara.

"aku juga sama seperti kau,
 ya,kita kadang2 sama dalam perwatakan.
 Aku tahu kau juga seorang yang masih berada di dalam bilik makmal,
 melakukan eksperimen,cuba mengeksploitasi bahan ujikaji.
 Bereksperimen tentang watak perwatakan seseorang,eksperimen tentang perasaan suka,sakit,gembira,dan  rasa yang lain tapi perasaan dan rasa itu semua sudah kau tahu semenjak kita baru lahir ke dunia,
 baru sekarang kita cuba memahaminya,
 Bereksperimen tentang cuaca,psikologi,ideologi,methodologi,nafsu,keluarga,masyarakat dan semua yang lain  kerana kita sama,tidak percaya tentang sesuatu kecuali setelah melakukan hipotesis yang sementara itu".

Aku diam dan kembali merenung tajam matanya.

"Kau tahu kenapa aku bertahan dengan semua ini?kerana ada satu rasa yang selama ini aku cuba untuk memahaminya,Kau tahu apa itu bro?
Ya,perasaan yang selalu buat para lelaki melayang jauh dari keadaan normal,perasaan yang membuat lelaki sihat menjadi sakit,dari sakit menjadi sihat,dari orang gua keluar melihat dunia,dari parak menjadi jelita,
perasaan yang boleh membuatkan perkara salah itu menjadi betul,perasaan yang membuat kita melupakan semua kesalahan orang lain dengan sekelip mata,melupakan semua masa lalu,
perasaan yang membuat dunia kerusuhan menjadi tenang tenteram aman dan damai,
Kau pasti tahu perasaan itu kan bro?
,bila aku berkata kau akan tertawa,kerana dahulu kita pernah berkata perasaan itu adalah sampah,kita diasuh oleh mereka2 yang tua bahawa perasaan itu tidak sesuai untuk umur kita suatu ketika dahulu,
mereka berkata juga perasaan itu hanya untuk mereka yang ingin mendirikan tangga rumah mahligai di dunia,
mereka juga berkata "jangan bermain-main dengan perasaan itu",
siapa mereka yang berkata itu bro?
mereka-mereka yang tua,yang berkata mereka dahulu lebih awal memakan garam,gula,panadol,nikotin dan yang lain,mereka guru,para pereka ideologi,ada perkataan mereka kita imani sampai kita sendiri mengalami,dan ternyata banyak kesalahan dari ideologi itu dan banyak juga betulnya.
Tapi bila kita perhalusi satu persatu perasaan itu,kita sedar bahawa kita sebenarnya lahir,terbit ke dunia dari perasaan suci itu juga dan perasaan itu juga yang membawa maksud kita lahir ke dunia,
perasaan itu juga yang menentukan di mana kedudukan kita di dunia lain yang sebenar samaada kita di sebelah pihak kanan atau kiri."

"kau tahu perasaan apa itu bro?"


Aku mengalihkan pandangan,melihat siling itu.

"cinta?"Aku menjawab.


"Ya,cinta". Renton membalas.





January 7, 2016

Mark Renton bab 1

Renton melihat luka tikaman dan kesan luka2 kecil yang masih lembut berdarah,


Aku bertanya kepada Renton,

"Apa sebenarnya yang buat kau bertahan setelah hati kau yg berpelangi itu,
di tikam berkali2,
kau dikata tempat melepaskan lelah,pembuangan masaalah,kau dianggap sampah,ditipu,
makhluk perosak,watak kau di bawa ke dunia maya lain untuk dihakimi,
ditertawakan,dihakimi dan dihakimi,padahal kau menjaga penuh setia watak orang lain,
 kau tahu itu semua,
apa sebenarnya engkau mahukan Rent boy?"


Renton yang duduk berhadapan menundukkan kepala melihat lantai pelastik bercorak hitam putih,.
Penglihatannya tajam,matanya bercahaya,seperti ada sesuatu yang besar ingin dikatakan olehnya.
Ianya berlalu hampir beberapa minit.
Setelah menarik nafas panjang.Renton mula bersuara.

"bro,kau tahu apa yang paling manusia perlu dalam kehidupan?"

Aku menggelengkan kepala melihat tepat ke matanya sambil menyedut rokok yang masih panjang di celahan jari.

"bro".Renton bersuara kembali.

"ya".Aku membalas.

"what you need is love".

Kami berpandangan sesama sendiri,dan mula senyum dan setelah itu tergelak.

"sebenarnya"
Renton berdiam diri,lama termenung,seperti  dia ingin menyusun ayat.