May 29, 2011

Tarikh luput


Banyak barangan dari tanah air yg aku bawa sudah sampai waktu tarikh luputnya,aku tidak dan sememangnya tidak perasan.
Bila jumpa tong sampah,mahu juga aku baling semua ke sana,tapi payah,sebab ada air tangan ibundaku,ahh...tidak kisah sakit perut,tidak kisah dengan keracunan makanan,daripada minum kencing syaitan.Kalau derma itu barangan ke Somalia,masih ada yg berebut untuk memiliki.
Semua pun punya tarikh luput.
Jadi,hidup itu mudah dan ringkas.

Makanan makanan makanan makanan makanan makanan makanan makanan makanan

Berhati-hati dengan makanan.

May 28, 2011

3

'ya Allah,tuhan sekalian alam semesta!engkau sungguh sempurna,yg menjadikan segalanya,yg tiada mula dan tiada akhir,aku mohon,kuatkan hatiku,kuatkan hati-hati kami,aku tidak tahu dimana fikiran aku berada,yg pasti bukan dunia nyata,aku sungguh mohon padamu'


2

Rabu ini bermula,
serius,aku masih bingung,semua buku2 belum aku khatam.
Barcelona vs manchester united.
Aku mesti kembali kedunia tempat semua imagine2 itu.
Serius aku masih bingung,apa yang mahu dijawab diatas kertas.


May 26, 2011

Budak Baru Belajar


Aku kira,hari ini sudah masuk hari yang sedikit hari lagi ujian akan bermula,itu cuma ayat yg selalu berputar di setiap urat dalam kepala,setiap kali bangun,setiap kali tidur,setiap kali makan,dan setiap kali minum itu sahaja benda yg berputar.
Ingin aku tikam sahaja perasaan itu biar dia mati,tp aku sudah agak,itu takkan berlaku,kalaulah perasaan itu berbentuk benda,akan aku bakar sampai hangus tidak tersisa,mahu sahaja aku tumbuk dan meludahinya,terajang dan yg sewaktu dgnnya.
Bro besar aku sudah berkerjaya,Bro e.d juga begitu,dan Bro akim sama halnya dengan mereka,cuma aku lagi yg masih menunggu masa itu,tidak tahu bila tiba masa,setiap kali aku fikir tentang masa,kadang2 buat si jiwa serabut,otak bawa jauh pergi,perasaan itu juga buat aku 'stak' sekejap.
Aku harap masa tahun2 itu berlalu juga,aku cuma perlu rilex,perlu tenang,masuk dalam semua gaya2 si manusia,layan sajaaa.
Hati mesti kuat,hati mesti besar.
Beginilah hidup aku,tiada apa beza,cuma yg perlu aku buat berpura2 jadi orng lain,act act act,itu buat sakit. Tapi memang semua tempat sama,cuma jangan buang masa anda,itu kata si julian casablancas,aku pernah membetulkan kata2 itu,
ya!aku mesti tidak membuang masa,mesti rilex,jangan buat itu ini,dengar cakap,tidak bermain di jalan raya,tidak membazir air,dan aku berkata,ya! chekgu,aku budak baru belajar,aku baru mahu berkenalan dengan dunia.

May 22, 2011

1

Mesir,kota indah,dumyat bandar indah,cairo ibu kota,alexandria anak kota,
aku tidak tahu dimana kedudukan,aku sedang berada di Sabah.

Blog

May 20, 2011

Seperti Biasa

Subuh tadi aku bangun dengan bersemangat,mungkin dalam jutaan manusia yg bangun,akulah yang paling bersemangat,itu menurut perkiraanku.
Kelmarin hari Khamis,hari ini hari jumaat,dan esok sabtu.Minggu lalu dan minggu ini tidak jauh beza,cuma umur sentiasa meningkat bila saat itu berputar,masa memang dan sememangnya pantas.
Hari ini aku punya berita gembira,adik perempuanku yg sedarah dan sedaging mahu berpindah ke bumi kenyalang,ya!untuk itu yg membuat aku gembira,sepatutnya seluruh dunia tahu apa yg aku rasa,tp itu cuma rasa,aku biarkan seperti bulan yg timbul tenggelam,ceh...
Waktu periksa hampir menjelang,itu juga membuat rasa.



May 17, 2011

Otak mahu mendekati masa,Masa tidak pernah menoleh

Ya,otak aku sudah pulih semula,begitu juga dengan hati.
Hari ini aku bangun,begitu juga semalam,entah esok bagaimana.
Semalam aku tidur seperti biasa,dengan wajah senyum,seperti biasa,aku menutup mukaku dengan tuala kecil,mata adalah bahagian penting untuk itu.Jadi,begitulah keadaan aku setiap kali ingin beradu.
Sebelum mataku hampir lelap,aku selalu berharap dapat dan punya mimpi indah dimasa tidurku,tapi itu jarang berlaku.Kawan2 selalu kata'mimpi indah' dalam SMS,FB dan sbgainya,tp aku tidak dapat apa yang mereka katakan sewaktu tidurku,mereka tidak ikhlas,barangkali.
Semalam aku bermimpi bersama2 sekumpulan monyet,hari ini aku bermimpi jamming d kg yg sudah lama aku tinggalkan,padahal aku sudah jauh beribu batu.
Aku jarang pcya dengan mimpi,tapi sudah banyak kali mimpi suruh mempercayainya.Aku jadi serba salah untuk itu.
Masa exam hampir dekat,aku masih berusaha untuk bersedia,aku hampir kalah,tapi mengaku kalah itu pengecut,khunsa dan sebagainya,itu kata kawan aku.

Aku sebenarnya baru bermula,mata aku mengantuk,semoga dapat mimpi indah.

May 15, 2011

hari ini dan semalam

Aku sudah mula menangkap,
tentang apa itu psikologi,
apa yang buat hati-hati manusia fikir,
apa yang membuat rasa-rasa mereka berperisa,
aku sudah banyak belajar dari itu semua.
Aku sudah lihat dari halaman pertama hingga episod akhir,jangan pernah berulang.

Manusia selalu bekerja untuk hati,hati yg membuat rasa,rasa yg membuat kita jadi manusia.Jadi kalau ia rosak,kitalah makhluk perosak.Kalau ia baik,kitalah racun serangga.
Suasana sudah berubah,media massa juga selalu berubah.
Aku buang semua rasa kecil dan besar hati,itu semua tidak berguna,tidak dapat merubah struktur hidup,tidak dapat merubah nyawa yg masih bernafas,itu apa yg aku fikir.

Aku berusaha untuk halaman baru,untuk aku bernafas.ya!aku mesti tahan semua rasa.

May 12, 2011

Kereta kecil

Malam ini malam khamis,
ada baiknya membaca yasin,membuang dosa,
aku ingin ada pada hari kesepuluh ribu dua ratus dua puluh,
mungkin pada waktu itu,
aku sudah punya hidup
yang aku buat sendiri,
tapi apa yang aku ada cuma
insyAllah

May 1, 2011

Bersambung


''cikgu kata berdiri tegak''
begitulah yang dikatakan oleh teman aku sewaktu berlawak jenaka.

Siapa yang pernah menjadi guru dan chekgu kita?
aku berkata,cikgu itu cikgu itu dan cikgu itu.
Ramai yang telah menjadi cikgu dan guru aku,tapi yang paling menyeramkan zaman ini,aku berkata yang ''Youtube'' adalah cikgu dan guru aku sekarang.Haha,aku ketawa.Telah banyak yang cikgu moden aku itu ajar.Terima kaseh guru@cikgu jasamu tetap aku kenang,
nanti hari guru akan aku hadiahkan kepadamu sebuah pulau untuk kau hidup di kota Freemason dan Illuminati.

Hati aku tidak menentu,tidak sedatar dahulu,setiap kali berubah musim,sekarang masuk musim ke lima.
Suatu hari ada seorang kawanku menelefon keluarganya yang berada beribu batu.
Ibunya berkata,''sekarang ditempat bernafasmu musim apa?''
Kawanku menjawab,''disini ada lima musim''
Ibunya berkata kembali,''ibu belum pernah dengar ada lima musim.Apa2 musim di tempat itu?''
kawanku menjawab''musim panas,dingin,luruh,bunga''
''jadi yang kelima apa?''
''yang kelima itu musim mengawan''
Haha..Ibunya ketawa kerana anaknya meloudspeaker setiap perbualan mereka jadi kami terdengar.Kami juga senyum2 kambing.

Jadi sekarang sudah mulai masuk musim panas,bunga2 tumbuh mekar.Kalau berada ditaman waktu ini,suasana sungguh indah.
Aku kenal dengan sekuntum bunga,tapi tidak jauh setakat kenal.Aku jatuh cinta haha.
Tapi apa yang ada dengan jatuh cinta?Semua orang boleh jatuh cinta.Tapi itu cuma rasa,rasa yang tidak berperisa.
Aku tidak punya apa2 yang dapat menyenyumkan dia,aku tidak punya rupa,kereta mewah,rumah 16 tingkat,iman yang cukup,emas sekilo,aku sedar,tiada guna,tidak layak.Aku senyum mengalah.
Aku cuma kumbang yang hanya boleh hinggap pada rasa jatuh cinta tapi tidak pada cinta hahaha.
Terima kasih facebook.Aku akan meng-anugerankanmu pingat green light.

ketawa-ketawa

''Hoi!!kuatkah?mari kita beradu tenaga!!"
Itulah kata Hang Jebat yang tewas ditangan Hang@Hand Tuah.
Sungguh bersemangat.
Aku tersentuh dengan ayat itu,jiwaku tertusuk olehnya.
Tepat tengah malam itu,aku kehilangan cerita yang ingin digubah.
Kawan aku datang,kerana aku berada di situ.
''Hei,termenung apa tu?''.Aku ketawa,meng'cover'.
''mari kita cerita tentang masa yang panjang''.Aku berkata.

Suatu hari,nanti,akan datang,wanita,kenderaan,pujangga,itulah antara tajuk yg diperbualkan.Cerita membuat kami melayang,itu plan masa depan.Kawan aku seorang lagi datang,padahal dia sudah lama mendengar perbualan kami.

''Cerita kamu Itu kira o.k,dari melayan perasaan keremajaan yang mahu bercinta dengan para wanita dan para pria yg kesepian,padahal apa yang dia tahu pasal cinta,ikut trend,ptuih!!.
Kata2nya aku hafal,kami ketawa selepas itu.Sebenarnya dia baru sahaja ''putus cinta'' kata orang puteh,melayu kata ''break''.

Dia menyambung,''oh kau la pujaan hatiku,aku harap kaulah suami atau isteri yang diciptakan untuk aku.aku sentiasa berdoa untuk itu,kaulah satunya pujaan hatiku,aku rindu padamu''
Ah!aku bosan dengan itu.Masanya belum tiba''.Kami ketawa.
Sejam berlalu,dua jam berlalu,dan tiga jam berlalu,azan fajar berkumandang.Masa tidak menyedarkan kami.