February 16, 2011

kepala pusing


Pagi ini aku bangun,
seawalnya untuk aku lihat dunia yang penuh indah,aku menghirup udara yang sungguh berudara,membuat segala rongga berkomunikasi antara mereka.Aku pergi ke dapur,mengambil sebuah gelas untuk aku membuat air yang manusia panggilnya ''milo''.Aku tidak meminumnya untuk jadi sehat dan kuat,melainkan untuk aku meminumnya sahaja.Aku tidak tahu apa ang telah mereka campur dan letakkan didalam perisa milo itu,kerana ianya memang dari syarikat bangsa yang selalu punya helah.

Aku mula risau tentang apa yang telah dan akan aku masukkan dalam mulut untuk selama aku hidup,aku sememangnya mula risau itu semua.

Aku tidak sesempurna semua manusia,aku punya dosa,aku punya fikiran,aku punya pergaulan,aku punya segalanya,untuk itu yang menjadikan aku mula risau tentang segalanya.

Aku tidak punya iman yang seteguh tugu,seringkali ianya kurang,sebenarnya aku sudah bosan dengan apa yang didepan mata,aku masih mencari apa yang disebalik mata.Itu yang selamanya bagi siapa yang punya otak.Aku masih menggunakan otak yang tidak pandai penuh walau berbilion2 giga.Otak tidak pandai lemah?Tapi sebenarnya aku sudah lemah,apa yang didepan mata buat otak aku lemah.Apa yang mereka perkatakan juga membuat aku lemah.Aku sensitif terhadap semua benda,itu yang membuat mulut aku selalu terkunci,tapi tidak bagi jari aku,jari juga pandai berkata,itu kata mereka.

Aku bosan,
tapi tidak ramai manusia yang tahu haha..

February 10, 2011

Hard to live in the city

ya,memang susah dan agak sukar untuk hidup di kota bagi aku yang tidak punya harta bergunung2,yg tidak punya emas,yang tidak punya kereta mewah,yang tidak punya rumah untuk berteduh dari halilintar,tapi apa yang berharga cuma otak fikiran yang aku ada.

London kota lama dan baru,ramai syaitan,ramai malaikat,ramai binatang,ramai merak,merpati sejoli,merpati puteh,merpati hitam,coklat,sang itik,sang kancil dengan sang buaya.Kadang2 terdapat juga bangsa-bangsa yang bersatu.

Kota ini sungguh indah,apa yang buat ianya indah?itu hanya otak yang menentukan.Bagi aku,manusia sebenarnya teruja dengan bangunan lama,bangunan besar,patung lama,patung besar,berhala yang tidak di sembah,semua kebesaran itulah yang si manusia mahu.Memang itulah yang manusia suka,itu naluri.

Siapa sangka?
siapa yang hebat??Tiada siapa,mari guna otak lawan mereka.