July 24, 2012

Kalaulah Stadium Olimpik London itu di Bom

Kalaulah stadium olimpik London itu di Bom pada tahun ini,Umat Muhammad memang dalam bahaya besar.
Dituduh sebagai Pengganas sekali lagi.
Protokol zionis  tertulis,Perang dunia ketiga mesti berlaku antara Islam dan Zionis?.
Ya,zionis,penggabungan antara Yahudi,yakjuj dan makjuj,kristian dan si mastermind dajjal,pertubuhan Freemason,Illuminati.

Konspirasi,konspirasi!
Konspirasi!

Selepas di bom,
Jadi harga minyak akan naik,bila harga minyak naik,harga barang juga naik,
kenapa naik?sebab pakai duit kertas yang tidak bernilai,apa beza duit kertas RM50 dengan RM10,dua2 dicipta dari kertas kosong yang ditulis diatasnya corak,dan setelah itu diciptakan nilai?ya!!nilai yang dicipta,nilai yang tidak real!.Nilai yang dikawal oleh?Federal Reserve?
Jadi dunia sekarang memang pembohongan.Fikir-fikir-fikir!
Baca sejarah.

bila harga barang naik,orang-orang dalam rumah berselisih faham,"jangan membazir",
bila orang rumah berselisih faham,maka kuranglah makan,
bila kurangnya makan,si manusia tidak dapat berfikir dengan waras,
bila tidak dapat berfikir dengan waras,selisih faham yang kecil dengan orang lain boleh menjadi perkelakihan,pembunuhan,pentetakan di leher,bakar rumah orang,
penjenayah,kecurian semakin banyak,polis pening menguruskan kes yang banyak,
wakil rakyat pening,wakil rakyat mengadu kepada kerajaan,kerajaan semakin tertekan,
Semua orang didalam rumah berhati-hati ketika tidur,ketika bersendirian,
orang mencari dadah,pengkhayal,menghilangkan kesakitan
makin ramai yang merempat,orang miskin semakin miskin.

Siapa ada sebidang tanah yang ada ayam,kambing,lembu,padi,sungai akan selamat,mereka selamat.

Mudah-mudahan kes tidak seteruk tulisan ini.

Tapi apa yang aku pasti,Umat Muhammad sekali lagi akan dituduh.
Atlet yang tidak bersalah akan mati,pelumba kuda,perenang,pemanah,pelari 100meter,200meter,400meter,badminton,olahraga,akuatik dan sebagainya.

Setelah dibomnya kota London itu,suasana panik akan berlaku,orang menangis,bila menangis,hati orang yang melihat akan cair,kasihan,semua media membuat laporan tentang itu,
Nbc,BBC,New York times,London times,Keningau FM,Berita harian,Utusan malaysia semua media!

"ini kerja pengganas!ini kerja pengganas!ini kerja pengganas!" kata mereka.
Terpapar wajah osama??tidak osama sudah mati mereka kata,dibuang kedalam laut yang dalam.

"Ini mesti kerja Iran,kalau bukan Iran,Mesir,Tunisia,negara mereka ditadbir parti politik Islam,jadi ini mesti kerja mereka kata mereka?"

Simbah air di muka,bangun!
Tidak,Sepatutnya simbah dengan Asid.

Aku sakit hati.
Mudah-mudahan ini persangkaan sahaja.








July 15, 2012

Karkun

                             Aku azam mahu keluar 3 hari tahun ini masa berpuasa.






Untuk kali Ketiga

Hitung,perhitungan.

Sewaktu aku buka chat yang ada dalam facebook,tiba2 ada seorang insan yang bernama perempuan menyapa.Padahal sudah lama kami tidak bersapa.
Orang yang selalu aku ceritakan di dalam laman ini,perempuan yang baik,campin bergaya,sopan santun amalan mulia,penyayang aku kira,mengambil berat,tegas sikit,ya tegas dan berfikiran jauh.
Tapi ada apa dengan itu semua?


Umurnya kurang setahun dari aku,tinggal betul-betul diutara sabah,perbualan kami bermula seperti bentuk kata orang menyapa.
Salam,apa khabar?lama tidak chat.,sudah makan?sudah minum?sudah cuci muka?sudah bernafas?sudah sudah sudah?
dan sampailah waktu klimaks,

Wanita:"Boleh saya tunggu ko?"
Lelaki: "kau sanggup?"
Wanita : "ya,ya,ya"
-(Aku stuck beberapa saat,pantas bangun mendapatkan nikotin dan tar,teman setia berfikir)

Lelaki:"jangan.Nanti suatu hari kau akan jumpa dengan orang yang lebih baik dari saya,.Lebih dari saya,saya takut hati kau berubah dan saya juga takut hati saya juga pandai berubah.,dan bla bla bla bla.."
Wanita:"ya itu saya tahu..

Jiwang?yaaa,mungkin sebahagian kata jiwang,dan mungkin sebahagian kata mat jambu,tapi aku sebenarnya menggunakan ayat "respect".
Mungkin ini sudah kali ketiga dia memperkatakan ayat diatas,ya,sudah tiga kali aku kira.

Serba salah,aku sebenarnya serba salah.
Aku mengambil senapang M16 menembak tepat ke kepala.

Setelah lama,aku memberi kata2 nasihat seperti apa yang Fadzilah kamtumi kata.,dia juga bertukar seperti itu.
Jadi aku kira,nasihat menasihati itu amalan mulia.

"kalau kita da jodoh".Dia berkata.
"ya kalau kita ada jodoh", aku membalas.

Yaa..ini juga ayat "respect.
Ini kali kesebelas gunung Kinabalu jatuh dari langit menghimpit dada,tiada ruang,saluran pernafasan sungguh sempit.
Aku terlalu serba salah.Aku sebenarnya serba salah.
Aku sebenarnya sudah memetik bunga di halaman orang lain,dan hati ini belum disimpul dengan kuat,tapi itu kata aku sebagai seorang yang mahu lari dari masaalah,aku sebenarnya suka mnunggu masa.
Kembali bermain dengan masa.




“We live in a world where we have to hide to make love, while violence is practiced in broad daylight.” 
― John Lennon



July 12, 2012

Homesick?


Everything seems to go wrong when I start drinking,
Everything seemed to go my way last night.
Everything seems so wrong to me this morning,
I know things'll be brighter later tonight.

-Julian Casablancas-


Si Julian Casablancas sedang memperkatakan tentang Alkohol agaknya?


Tadi aku masak Sardin yang ditinggalkan oleh seorang tuan rumah,oleh kerana dia sekarang hendak pulang ke kampung halaman di sebuah tempat di dalam negeri Sabah,jadi ada sesetengah peninggalan,dan sedikit peninggalan,mengikut adat lelaki bujang,apa-apa yang ditinggalkan orang lain dalam rumah untuk waktu yang lama,ianya menjadi hak mutlak orang yang tertinggal di dalam.\m/.
Tidak perlu untuk meminta kebenaran,sebab mereka pasti akan berkata:

"ish,okay jak bah tu"
"ish,Ambil jak"

Semasa aku memasak sardin masak ala2 orang perancis,wangi tong sampah dari arah pintu belakang dapur keluar menusuk hidung walaupun bau dan wangi itu tidak punya pisau atau pedang unutuk menusuk deria hidung aku.Aku sudah lama tidak buang sampah.Mungkin sudah "bergiuk2" sampah di dalam.
Kira2 dua pelastik hitam sudah full penuh.
Aku mungkin menunggu sebulan setengah lagi baru buangkan mereka.Pemalas.

Lipas,lipas sungguh banyak,kadang2 mahu bermanja dengan aku,mengusap tangan,kadang2 mahu mengikut aku sewaktu beradu.
Dulu di sekolah lama aku terlalu banyak tikus,di suatu tengah malam yang indah,sewaktu aku tengah bermimpi dengan seorang puteri yang indah berasal dari kayangan,aku merasakan kaki aku dihinggap oleh seorang binatang,tangannya basah2 lembab,tapak tangannya terlalu kecil,bermain2 di buku lali,ya,itulah tikus.
Dengan sepantas cahaya aku bangun dan berteriak:
"TIKUSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!!!!!!!!!!!!!"
Semua orang dalam asrama mendengarnya aku sangka.

Balik kampung?balik kampung?balik kampung?
Balik bandar? balik bandar? balik bandar?










Tahun ini abang aku dijangka akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang bidadari dari daerah Tawau.
Jadi aku betul2 mahu ingin melihat di hari persandingan mereka.
Abang se'rockers'.
Kadang2 bila semangat Rock hilang,gua baca blog dia,sebab sekarang gua merasa seperti apa yang dia rasa dulu.Semangat datang.Blogmu betul2 bermanfaat bro.
Aku banyak ambil barang dari dia,kasut,baju,seluar,mp3.
Aku miskin dulu,susah mahu cari duit haha.menapau jak.
Semoga berbahagia bro ke anak cucu,dunia akherat.












July 5, 2012

Penglihatan Kabur

Duduk di dalam bilik,dengan tingkap yang tidak tertutup,langsir juga terikat sembarangan memungkinkan udara untuk masuk ke dalam.Aku boleh melihat pemandangan orang-orang mesir di bawah jelas melalui tingkap itu.

Aku menarik nafas panjang,berdiri menuju ke ruang tamu,aku duduk dan menyandarkan badan aku kedinding.
 "udara hari dan malam ini panas".
Aku berkata di dalam hati.
Ya.tentu,kerana ini memang musimnya.

Aku menarik nafas panjang semula,sedalam-dalamnya,seperti orang yang sedang kesakitan pada mata hati.
Oksigen merebak dengan cepat dalam otak membuat aku tenang dan termenung seketika.Pegun seketika.
Aku memandang keatas syiling seperti orang yang hilang pedoman meminta rahmat dari tuhan.

"oh Allah,Tuhan langit dan bumi,tuhan sekalian makhluk,benarkah ini jalan yang sepatutnya aku ambil?aku selalu membuat mungkar denganmu,oh Allah,beri aku pandangan mata hati,supaya aku dapat melihat dengan jelas,tunjukkan aku jalan yang benar"

Aku masih berfikir dan terfikir dengan kata-kata seorang Ulama yang berkata "beruntung siapa yang diberikan oleh tuhan dengan penglihatan hati".

Sangat beruntung,dua biji mata ini sebenarnya tidak melihat keadaanya,mata cuma menangkap cahaya!mata cuma menangkap cahaya!dua biji mata ini cuma menangkap cahaya!.Cahaya yang ditangkap dikurung dalam otak dalam keadaan songsang,dan minda memproses cahaya itu.
Otak manusia memang terhad.Jadi apa yang dilihat oleh dua biji mata itu cuma tafsiran si minda.
Kalau aku melihat dengan pandangan itu sahaja,aku masih boleh sesat.


Haaaah~~.Bunyi hembusan.Aku mengeluarkan karbon dioksida dan wap air melalui mulut.
aku menyalakan mancis itu,mengambil sedikit nikotin peneman berfikir,padahal ramai melarang.

Aku berfikir kembali tentang wang kertas.







July 1, 2012

Cerita Masa Hadapan

Assalamaualaikum!!




Assalamualaikum!!



Assalamualaikum!!


Gerbang pintu rumah mahligai milik sahabatku dan isterinya terbuka.

"eh,astaga...Kau..Bila sampai?"
sahabat aku bertanya.

"Hehe..baru juga sampai ni"
aku menjawab.


"masuk-masuk,monggo"


"Dari mana kau ni?cari awek ka?haha"

"nda lah,baru balik dari kursus bah ni".aku menjawab.



"sayang~~Buatkan air kopi untuk tetamu kita ni".Dia berkata kepada isterinya.

  
Aku menyampuk.
"hey sahabat,bukan minuman kita air bandung dan air ber'gas'?"

Hahahahahaha..Kami ketawa.



-TAMAT-



Kadang-kadang aku senyum terfikir sebegini.
Benda yang tidak mustahil untuk berlaku.
Cerita masa depan.
Siapa sangka,orang sekeliling kita,teman rapat dan yang lain suatu masa kita akan bertemu di suatu tempat,
ditempat itu kita menyapa mereka,bertanya khabar,padahal dulu-dulu masa muda mudi jika kita berjumpa akan memaki manja,mengeluarkan lidah,ketawa,tapi bila mereka semua sudah mempunyai anak,isteri,suami,
perasaan segan timbul.
 dan secara sedar tidak sedar,kita sudah menjadi sebahagian masyarakat yang dipanggil DEWASA.
Penyambung cerita orang dewasa.