October 12, 2010

kembali

masanya sudah hampir tiba untuk aku melangkah pergi dari tanah kesayangan.

Apa yang aku rasa?
Apa yang aku susahkan?

Aku rasa masa itu sekejap,aku susahkan tentang masa tinggal sedetik.
Tahun ini tahun untuk air mata,untuk bersesak dada,
tahun untuk duduk seorang,tahun untuk tidak keluar dari rumah,tahun untuk bermain alat muzik,tahun untuk kuatkan hati,tahun untuk melihat orang yang disayangi pergi.

Aku tidak pernah risau tentang itu semua,aku cuma risau dengan apa yang aku fikir,apa yang sudah dan sedang aku rasa.

Aku susahkan tentang perasaan,aku harap dapat kembali lagi disini suatu hari nanti,jangan ada yang berubah,itu cuma apa yang aku harapkan.

October 8, 2010

Psikologi

''Ya Allah,jadi kan dunia ini ditanganku,bukan di hatiku''

masa itu sebelum aku memijakkan kaki ke tanah air aku kembali,
Masa itu,aku sudah mula belajar tentang tajuk itu,
Aku sudah belajar tentang itu sejak mula aku lahir ke dunia,
Aku sudah terlalu faham dengan tajuk itu,
Aku tahu apa yang aku guna,apa yang aku pakai,apa yang aku rasa,di mana aku hinggap,dimana aku singgah,dimana si halal,di mana si haram,dimana otak aku bawa pergi,sejauh mana ilusi,mimpi.Aku sudah cukup faham.

Masa ini aku sudah kembali semula ke tanah air.
Tapi semua yang aku paparkantayangkan ditafsir songsang.
Ya,aku memang sudah faham,dari awal sebelum aku tiba,
aku sudah fikir benda ini sebelum-sebelum ini,

aku tidak peduli mata-mata yang pandai melihat,
aku tidak peduli apa kata si pandai berkata-kata,
aku betul-betul tidak perlu itu semua,
itu semua tidak penting,
kamu songsang kerana kata-kata si pandai berkata-kata sudah sebati dengan otak dan hati kamu,kamu sudah lupa,kamu belum bangun,kita masih bermimpi.
Kita masih punya ego,punya sejarah,kita sudah hilang kepercayaan,keyakinan sama dia yang esa tapi yakin dan percaya kata orang lain.
Kita masih ada peluang berfikir.


Celaka si dunia..

October 4, 2010

angan-angan dan cita-cita

Murid2 bangun,
''SELAMAT PAGI CIKGU!!''kata ketua kelas.
''SELAMAT PAGI CIKGU!!'' kata anak-anak buahnya membalas,mereka memberi ucapan kepada cikgu bahasa melayu(sekarang bahasa malaysia) mereka sewaktu cikgu itu baru hendak melangkah masuk dalam pintu kelas darjah 3 itu.
Selamat pagi,cikgu itu membalas ucapan,sambil menuju ke meja yg berada di hadapan kelas lalu meletakkan buku teks miliknya diatas meja itu.
"baiklah murid-murid,sebelum kamu semua duduk,cikgu ingin menanyakan satu soalan,baiklah bermula dari kanan cikgu,Bla bla bla,Apa cita-cita kamu?"
begitulah soalan yang diajukan oleh cikgu itu kepada murid-muridnya.

Aku masih ingat sewaktu soalan itu diajukan kepada aku,aku juga ingat dengan jawapan yang aku berikan kepadanya.
"cita-cita kamu apa?"

Hari ini,aku baru mula mencari apa itu erti cita-cita,
aku tidak punya cita-cita,pernah sekali terfikir,tapi kawan aku pernah kata"dunia sekarang tidak perlu cita-cita"
Kadang-kadang aku fikir kata-kata itu betul,kadang2 juga tidak,tapi itu terpulang bagi siapa yang memikirkan benda itu.

Aku banyak berangan,aku harap angan-angan itu menjadi cita-cita.

September 13, 2010

Dulu-dulu (2)

semua mahu berpakaian seperti apa yang mereka lihat,apa yang mereka dan kami banggakan.
Berseluar,berbaju,berkasut,berselipar dan yang sewaktu dengannya.
Suatu pagi,diwaktu cutinya asrama tempat kami berteduh,kami singgah di pekan itu,balik kampung sungguh enak rasanya.
Kawan aku seorang yang cukup fanatik membawa kami pegang gitar,bass dan drum dalam sebuah bilik.Aku pernah berangan-angan untuk masuk di situ sebelum masa itu,tapi baru kali ini termakbul.
Ya,itu kali pertama aku masuk dalam bilik itu,goyang kepala,bunyi drum yang teruk,gitar dan bass juga sama.Semua masih berada dalam masa pertama dan kali pertama pergi tempat sebegitu,jiwa yang sama kata mereka.Sampailah sekarang,hati aku sering gatal untuk masuk dalam bilik2 itu,di mana saja ia berada,aku rasa itulah cinta aku sebab aku tidak punya wanita hahahaha...emoticon Pictures, Images and Photos

Sampai sekarang,kawan2 yang masuk sama dalam bilik itu,ada yang masih berpegang pada jiwa keras itu,ada yang sudah berubah ikut zaman.Aku rasa itu demokrasi.
Demokrasi ideologi yang dibuat oleh penjajah.
Masa itu sungguh indah.

Sebelum aku pergi menjelajah ke negara padang pasir itu cari pengetahuan,aku sempat berkenal dengan sahabat lama yang memang kami sudah lama terpisah,dulu waktu kecil-kecil duduk sama,kami berjumpa kembali sewaktu masa aku hampir tamat untuk pergi kenegara berpiramid pertama kali juga gara-gara bunyian itu.Aku ingat di mana tempat dan waktu.Dia cukup bersemangat untuk naik atas pentas,pegang gitar di khalayak ramai,itu angan-angannya begitu juga aku waktu itu.Gaya permainan gitar cukup hebat,begitu juga untuk alat yang lain hebat!!
Dia sempat rakam lagu yang dia buat,cukup pecah bunyinya sebelum ini guna MP4.
Dan petang hari itu,kami ke gerai bakso yang ada dibawah pekan keningau yg indah,memang jiwa dan citarasa kami sama iaitu bakso tiada lain.
Dia ada cakap''kalau kau sudah pergi mesir,mesti ko tinggalkan ini muzikkan?''...dia ketawa.
Aku membalas ketawanya,''jangan risau,dimana pun aku p,aku tetap tidak lupa''dan kami ketawa.
Waktu itu masa cukup nostalgia,terlalu pantas,tidak terkejar dengan langkah,
aku bertolak juga pergi ke piramid itu sampailah hampir dua tahun.

Kini aku kembali ke tanah air untuk berjumpa kembali dengannya,aku masih ingat macammana perasaan aku berjumpa dengannya kembali waktu itu,teruja yang tidak terhingga kerana kami sering bercerita masa silam.
Tapi sekarang aku tinggal sendiri,jiwa yang kami berdua selalu cerita bersama hilang bila dia sudah pergi jauh dari teriakanku,dia dimakan oleh jalan raya yang selalu mengambil mangsa tidak kira tua atau muda.Aku rasa aku banyak berubah bila dia sudah tiada.
Aku tidak percaya dia sudah tiada,ya!dia masih ada,aku masih boleh cari dia dia mana,dapat ketawa,dapat menangis,dapat sesak nafas walau aku tidak lihat wajah,batang hidung,dia ada dihujung hati di pelusuk yang tidak dilihat oleh si mata,dia ada di istana,istana yang terlalu besar yang aku tidak mungkin padam,masa memang singkat,ya!masa memang singkat!masa memang singkat!Padahal aku dan dia banyak berjanji.Itulah ajal yang tidak kenal mangsa.


Jiwa yang kita berdua cerita selalu aku simpan,untuk masa depan,aku akan buat yang terbaik,agama bangsa dan negara.

tribute:

September 11, 2010

Dulu-dulu (1)

siapa lagi hebat?
Kurt cobain atau julian casablancas?
Jawapan terpulang kepada siapa yang mendengar,
Dulu aku pernah mendengar.Zaman itu masih zaman 4U2C,Westlife.Aku tidak tahu bila masa aku mula mendengar dan melayan lagu2 yang berirama keras..

Tapi aku rasa ianya bermula sewaktu aku duduk di depan komputer,
aku meng'klik' cuba2 dan test2 untuk mendengar dan melihat padahal aku baru tahu apa itu komputer.
Zaman itu sudah maju.Zaman masa aku belum kenal internet,zaman itu masih guna surat dan email,Zaman kaset.
Ya,memang dari sana aku mula kenal dengan dua kumpulan ini.
Aku jadi newcomer hari itu.
Kumpulan ini aku bawa ketelinga sehingga hari ini.Bila aku dengar lagu2 mereka,aku ingat sewaktu lompat2 di funfair bersama Radhi,masuk gig headbanging bersama kawan2,gig dibatalkan(diserbu polis),masuk tempat kugiran kali pertama,pakai jeans koyak lutut.
Dari sini juga bermula seluruh pemikiran,merangkumi hidup,itu pun jika aku tidak salah teka.
Zaman yang banyak nostalgia,pernah suatu masa ada 'spotcek' di dalam asrama,buku tentang knowledge dirampas oleh cikgu sebab aku rasa cikgu aku juga ingin menambah 'knowledge'nya.

Waktu Radio diharamkan di sekolah aku apalagi di asrama ntah hari ini bagaimana.
Waktu hujung minggu,aku pusing2 pekan itu cari kaset(kaset tau keset?)Nirvana kerana aku terlalu minat segala tentang mereka.Duit yang ibubapa aku bagi,aku belanja untuk beli kaset itu.Semua album dari band itu aku simpan buat inspirasi,untuk jiwa,untuk tenaga,untuk semangat.Aku suka dengan bunyi gitar yang dipetik si cobain,bunyi bass,bunyi drum.
Waktu itu seluruh asrama cerita pasal 'scence',punk,skinhead,grunge,metal,hip hop,dangdut,nasyid,pop,blues,'poser',mainstream,converse,Dr.cardin,Levis,Justin,Edwin.

August 31, 2010

hari-hari makan angin

Hati masih dalam mood kurang selesa,penambah tenaga masih diperlukan,
cas di dalam masih boleh berkurang,hanya menunggu ia berkurang.
Aku tahu itu ayat merepek,dan ini juga ayat merepek,apa maksud merepek?kau sahaja yang tahu,aku tidak tahu apa itu.
Itu makna kebebasan yang tidak bersangkut dengan benda2 luar bila baru saja dilihat oleh mata.Aku tahu itu juga ayat yang kau kita semua kata merepek.

Aku rasa aku aku dewa sedih bila aku dengar apa yang telah lama aku ingin dengar.
Ya!!itulah yang bernama rindu.Aku juga pernah rindu,setiap hari aku rasa aku rindu.Bunyinya seperti ayat aku dan mereka yang jiwang belaka.
Aku cuba untuk tidak mendengar walau aku tahu hati yang tidak sekeras kulit siput,tapi hati manusia memang keras dalam cahaya itu.

Aku tidak pernah puas untuk mendengar,sentiasa ada yang baru ingin dicari.
Aku harap apa yang aku lakukan tidak dapat apa2 kesalahan kerana aku tahu,aku tidak punya apa yang lain selain dari mendengar.

Bila telinga sudah mendengar,otak aku berpusing,dan tidak penat melakukan itu,aku cukup suka.

Itu cuma hobi,ya!itu cuma hobi.
Aku bersyukur kepadamu kerana memberi aku pendengaran,
terima kaseh sayang aku ucapkan padamu ya Allah~

http://www.youtube.com/watch?v=skf8-vWLNf8&feature=related

August 23, 2010

selamat tinggal dunia

Aku cuba untuk menulis,tapi ada lebih baik berkata.
Kami semua rindu padamu Ernang,
aku tidak akan pernah penat untuk sesak nafas mengingatimu,



in memory:

Onnly Pemin

August 19, 2010

oh nada oh nada


waktu aku berdiri,waktu aku menyembah muka ke bumi,waktu aku mengaminkan,waktu aku meminta,otak yang aku ada sentiasa berputar,
apa yang aku baca?apa yang aku ucap?apa makna?
ayat2 itu sering terkeluar dari bibir,aku cuba menyelam tak berudara.
Menyelam kepada kata dan ayat2 yang keluar itu,aku faham maknanya diluar di dalam sangat dalam,hati aku kalah padanya,dunia memang penipu,kau buat si dia dan si dia jadi hidung mancung kerana apa yang dia miliki darimu,
padahal itu semua hanya menunggu masa.

Aku betul2 berharap,hobi yang aku ada cukup dalam untuk buat nafasku lemas.
Aku mesti melangkah jauh lompat kijang,satu meter dari tempat permulaan,
jalan yang ada sudah tersedia,pedoman yang ada,aku harap dapat menampung supaya aku tidak sesak nafas dan tenggelam.

August 15, 2010

sekarang sudah hampir masa yang sesuai

selamat menyambut bulan mulia kepada sekalian alam,
sekarang hari yang ke-4 semua umat islam menunaikan ibadah puasa,
semakin hari,semakin hari dan semakin hari,
aku sudah mula kalah dengan bunga yang bernikotina,
yang bertona,
apa salah?aku juga manusia biasa,
tapi itu cuma apa yang aku rasa,
rasa tidak selalunya berperisa,
hanya hati yang rasa.

July 29, 2010

mentega

pelbagai manusia,suka kunjung kemari,
angin subuhnya dingin,waktu bersukaneka,
setelah penat mencari,ilmu rezeki di siang hari,
sebelum senjakala,riadah tiada salahnya,

hirup udara,tubuh segar bugar,
tanah menghijau,rumput di hiasi,
aku laksana seekor serangga,
hinggap di bunga,taman tasik perdana,

July 27, 2010

setelah penat

tulisan formal aku sudah di post di bawah,

sekarang waktu untuk melepaskan penat lelah,
cara dan benda yang perlu untuk anda perlu apabila membanci adalah:

1:soalan bernas
2:pensel
3:kertas soalan
4:suara hormat
5:senyuman mesra
6:kad listing

mulakan dengan soalan bernas,salin dengan bersungguh dan senyumlah dengan mesra.
selamat mencuba

July 24, 2010

mari kita mengenal antara satu sama lain sesama sedarah(hari membanci)

Sudah beberapa minggu aku mengira bilangan penduduk,mengetahui semua jenis pekerjaan penduduk yang berada dibawah kawasan yang diselenggarakan oleh aku,aku suka dengan pekerjaan ini.Segala jenis susah payah mereka,mereka luahkan bila aku bertanya dengan soalan yang bagi sesetengah mereka agak panas untuk menjawabnya,tapi mereka tidak kisah,mereka memahami dengan apa yang mungkin aku akan soal.Aku rasa,memang begitulah suasana bila berada di halaman luar bandar,mudah untuk bawa mereka-mereka bertegur sapa.Cara-cara mungkin penting untuk melakukan itu.


Kawasan yang aku selenggarakan untuk fasa pertama telah aku langsaikan,sungguh indah perasaan aku,tapi tidak untuk si penyelia,aku selalu lambat untuk semua perkara,harap-harap semua yang telah aku lakukan tepat dan padat.Tapi aku tahu,suatu hari aku akan ingat senyum untuk masa ini.Semua saat yang manusia lalui itu aku rasa akan jadi sejarah diri.Ya aku rasa begitu walaupun perkara itu tidak seberapa penting.

Semenjak aku menjejakkan kaki di arena ini,aku mula tahu bagaimana sebenarnya kehidupan si manusia,pengalaman yang aku ada kadang2 bertambah.Disana aku jumpa budak belasan tahun yang sudah mempunyai anak,anak2 yang di awal umurnya sudah tidak bersekolah,si emak yang meninggalkan anak di rumah ibunya,ibu jadi hamba si anaknya,anak sanggup membayar gaji kepada ibunya untuk penjagaan itu,rumah yang tidak berelektrik,tidak punya air untuk minum,hanya menunggu air turun dari langit.

Suatu hari,aku berjumpa dengan tuan rumah itu,tuan rumahnya sudah berumur yang hanya tinggal 20 tahun lagi untuk mencapai ratusan tahun.Kadang-kadang bahasa negara yang terkeluar dari kedua bibirnya susah dan sukar untuk aku faham.Kadang2 dia berucap dalam bahasa ayahanda aku,aku faham dengan ceritanya.

Dia mempunyai ramai anak perempuan,anak-anaknya semua sudah dibawa oleh suami2 mereka ke tempat yang sukar untuk dipandang oleh mata,kalau mereka teriak sekalipun,suara anak2nya tidak akan sampai ke telinga ibunya itu.Soalan yang mula-mula aku sampaikan kepadanya berbunyi"nek,berapa ramai orang yang tinggal dalam ini rumah?"
Si tuan rumah menarik nafas panjang,mungkin soalan yang sukar untuk dia jawab."suami saya sudah lama meninggal,saya ramai anak,ramai perempuan,yang satu disana,yang satu di sana,yang satu disana,dan yang satu lagi disana"si tuan rumah mula meluah.Aku terdiam bila mendengar setiap ahli rumah meluah.
Dulu rumah nenek bukan disini,rumah yang kau pijak ini baru siap,sudah lama tapi baru dicantikkan oleh anak lelaki nenek,dulu rumah lama kami terbakar,masa itu cucu nenek bermain dengan lilin,dia suka bakar2 kertas,suatu hari nenek pergi melihat2 kebun nenek,si cucu tadi berlari kearah nenek,"nek,tadi ada api,tapi sudah cucu padam itu api"
Tapi bila nenek lihat dirumah lama itu,asap terlalu tebal,nenek panik,lalu nenek berlari menuju ke rumah,nenek terlalu panik.Nenek tidak sempat mengambil semua barang2.Ada satu peti,didalamnya terdapat segala geran tanah,gelang emas nenek dan segala yang penting untuk hidup.Semua nenek tidak dapat selamatkan.
(aku mahu bercerita kisah ini,tapi mungkin bukan waktu ini)

Anak2 perempuan nenek itu meninggalkannya,mengikut si suami2 mereka,tapi apa yang kejamnya si anak2 itu,mereka meninggalkan anak2 mereka yang berpangkat cucu bagi nenek itu di rumah si nenek itu.Satu sen pun tidak diberi kepada si nenek.Segala perbelanjaan persekolahan si cucu diuruskan oleh si nenek.Padahal dia hanya bekerja mengutip sayuran di tepi jalan raya,mengutip bua2han dari kebunnya untuk di jual,tidak untuk yang lain.
Ya,kadang-kadang manusia memang tidak memahami apa itu yang manusia panggil ''susah'' kecuali yang mudah.
"nenek tidak tahu kalau tiba2 suatu hari nenek mati,siapa lagi yang mahu kasi makan ini anak2 cucu nenek"
Aku terdiam bila dengar ayat itu,membuat aku berfikir,sungguh power ayat itu,ayat yang keluar dari lidahnya itu aku ingat sampai hari ini mungkin juga akan datang.Aku tahu hati aku tidak tahan untuk itu.




Tapi tugas aku belum selesai,aku rasa aku akan jumpa lagi cerita yang lebih menarik.
Majulah bangsaku untuk bangsamu.

June 29, 2010

penat bertemu si penemu mata

hari ini sudah tiga hari aku kepenatan,
semalam aku naikkan kakiku di atas motosikal kepunyaan abangku menuju ke suatu destinasi yang hijau apabila mata memandang,nyaman apabila menghirup udara,tempat aku pernah membesar seketika.Itulah daerah Tenom,aku suka tempat itu,walau bandar yang kecil.
Aku gembira ketika sampai,sedih sewaktu sampai.
Aku tidak kira kepenatan yang aku lalui,kerana aku tidak nampak jalan kepenatan itu.

Aku ke sana satu tujuan yang sudah pasti dalam hati.Apabila sampai,memang sah apa yang aku fikir selama ini,aku nampak nenek aku tidak bernafas,mukanya ditutup oleh kain sarung yang memang kita semua kenali,disebelahnya pula orang meraung-raung menangis minta simpati moga-moga nyawanya diberikan semula oleh yang maha esa.Tapi itu tidak mungkin terjadi,aku pasti.Itukah kematian?aku bertanya dalam hati,tidak salah lagi,itulah kematian kata hatiku membalas.

Aku tidak mampu untuk lihat mata-mata yang sedang merah mengeluarkan air itu.Aku tahan,aku mampu mengeluarkan air itu dalam hati,tapi bila aku lihat perempuan yang melahirkan aku juga seperti mata-mata mereka,air itu hampir jatuh,aku tarik nafas sedalam mungkin,harapanku nafas itu menyelam dalam ke semua rongga,untuk menahan air itu.yah!aku berhasil.aku berjaya.

Semoga rohmu kembali dengan membawa kemenangan kepadamu kerana aku nampak engkau senyum apabila cahaya kamera singgah kearahmu sewaktu aku nyalakannya sebelum pemergianmu.Aku belum pernah lihat nazak yang seperti itu.Ibuku dari darahmu,dan aku juga seperti ibuku.

Kami rindu kepadamu.


in memory:
aru






June 23, 2010

sepetang bertemu duga


aku tidak sekreatif dirimu,tidak juga sepetah lidahmu,
aku tidak punya haruman mempesona sepertimu,
aku tidak punya nikotina,yang aku ada hanya fikiran aku.


sebulan lalu aku telah mengisi sehelai kertas yang tertulis diatasnya hitam dan putih,
aku mengisi kedua warna itu untuk aku mengumpul dana kepada sel-sel aku yang telah mati,aku ingin memperbaharui,kerana sudah sekian lama aku tidak membetulkan kedudukan mereka itu.Aku tahu mereka perlu diperbaharui.

kelmarin aku menerima jawapan dari apa yang telah aku isi sebulan lalu.Harapanku,aku dapatlah kekosongan itu,tapi kalau tidak pun tidak apa,aku cuba untuk tidak pernah menyesali perkara yang sudah ditulis.

Aku bangun sepagi yang mungkin untuk kedatangan awalku ditempat itu,Supaya aku tidak perlu untuk memotong barisan mana-mana barisan yang boleh dipotong.Kedatanganku awal,seperti yang telah dijadualkan,secara keseluruhannya aku penat untuk menulis apa yang telah berlaku hari ini.Tapi aku cuba untuk bercerita.

Aku datang tepat jam 830AM,sedang asyik aku menunggu,masa yang berlalu tanpa disedari oleh kucing yang berada dirumah kedua ibubapaku itu,rupanya jam sudah menunjukkan jam1201PM.AKu penat menunggu tapi aku tidak kisah,aku tidak kisah,aku tidak kisah,aku tidak kisah,...ayat itu hanya untuk menyedapkan hatiku sendiri.
Jadi sebenarnya kepala otak aku berserabut hari ini apabila aku dapat berjumpa si penemu duga pada jam4PM.

Masa memang cepat,bak kata The Times''tak terkejar dengan langkah''
Tapi kepala aku juga pening.

June 21, 2010

hari yang indah tidak selalu indah

aku sudah boring untuk rasa apa yang telah aku rasa,
i'm a goddess patient when i looked the windows,please help me!help me i'm hungry!

June 18, 2010

selamat selamat selamat selamat

sebelum kaki aku melangkah untuk lari dari dunia,
ingin aku ucapkan selamat kepada anda semua yang tidak berberat hati untuk membuka site ini,tidak aku pernah paksa untuk kalian berbuat demikian rupa.
tapi apakan daya,rupa yang tidak rupawan.

sudah sungguh lama aku tidak menulis untuk kepuasan hatiku ini sendiri,jadi hari ini aku ingin bercerita kembali,
sekarang aku sedang berada diatas kerusi rumah kedua ibu bapaku,rumah kedua ibu bapaku ini berada di suatu kawasan di dalam malaysia,iaitu keningau sabah.
walaupun aku keboringan tinggal di rumah,tidak ada yang aku ingin lakukan,namun aku bahagia berada di samping mereka,aku benci untuk melihat masa,semakin aku lihat,semakin suntuk masa aku di kota raya ini.
Aku mengeluh walau tidak berpeluh.
Apa yang telah aku lakukan untuk setiap masa ini?
aku penat mengira,
aku tidak tahu sampai berapa lama lagi aku disini,aku benci masa,aku benci masa,aku benci masa,selalu bawa aku pergi tanpa minta kebenaran.

April 12, 2010

panas terik cuaca panas

alhamdulillah,
aku sudah sampai akhirnya di ibu kota,sungguh panas terik di tengah kota,
bandaraya yg cukup sehari untuk buat sejarah,
kenderaan sungguh perlahan,makanan sungguh berperisa,peluh yang cukup melekit mudah untuk berpeluh,tidur yang tidak cukup lena,hujan yang berpetir,manusia yang tidak mudah untuk dibawa berbual apalagi memberi salam,
Hanya dunhill,

April 4, 2010

Dari Kaherah ke Kuala Lumpur

ribuan terima kasih,
aku sudah pun membeli hitam putih,
tapi tarikh jadual ada sedikit kesilapan,
memang sudah ditulis,
tadi aku kemas barang-barang semua,segala kain,selipar,kereta,untuk aku bawa pulang.Sungguh berat,mudah-mudahan di terima si kekasihku security di sana,takut ada charge lebih.Maklumlah,kambing yang aku tanam belum tumbuh.

Kalaulah kejadian ini terrrrrrrrjadi,aku dikabarkan transit di Doha sana,berhenti 10jam,mungkin kami dibenarkan untuk stay2 di atas bangku selama masa itu,jadi aku fikir untuk makan dan minum,
namun perutku sudahku latih untuk menangani segala masalah yang bakal berlaku.
Jadi setelah itu,aku sampai ke Kuala lumpur,dan mungkin bakal ke kedah jelapang padi.
semua itu kemungkinan.

Kalau semua itu terjadi,
aku ingin mengucapkan terima kasih cairo bumi cantik dengan segala budaya.
Terima kasih daun keladi.

kawan penulis di salah sebuah stesen keretapi "ayam"

March 31, 2010

pusing2

aku rasa sudah tiga hari kepala aku pening,syukur..
aku harap kepala aku cepat sembuh,
kerana aku sudah tidak sabar mahu balik-balik-balik-balik-balik dan balik,kadang2 sabar,kadang2 tidak,
kadang2 suka untuk aku fikir untuk balik rumah,kadang2 tidak juga,kadang tidak terfikir langsung di tempurung kepala,
tapi kali ini aku sudah terpaksa,kerana sudah tertulis hitam putih,

jadi kalau aku fikir pasal balik,aku terfikir dengan bakso,
balik=bakso
bila aku fikir,sedikit demi sedikit air liur membasah dan terkeluar tanpa tersengaja..
Tapi feel itu hilang bila aku dengar nenek aku sedang sakit tenat di hospital.
moga2 dia cepat sembuh dari pembaringan,dia la satu2nya merangkap nenek bagi kami,
sebab yang lain sudah dulu.
Aku risau juga dengan ibu,kalau ada apa2 yang berlaku,aku tidak dapat tidur semalaman memikirkan benda ini.

March 24, 2010

meet me in the bathroom


When they say promises
They mean promises.
They'd say, "that's ok,
Long as we can celebrate"
You see, my uncle would say
things would change when he's dead...

"Meet me in the bathroom"
That's what she said
I don't mind...it's true.

Never was on time
Yes, I once was mine
Well, that was long ago
And darling, I don't mind.
Yeah, we were just two friends in lust
And baby, that just don't mean much
You trained me not to love
After you showed me what it was

Now she's staring wide-eyed
Can't close her eyes
Anywhere is fine
just don't waste my time
You see, my uncle would say
things would change once he's dead...

"Meet me in the bathroom"
That's what she said
I don't mind...it's true.

Never was on time
Yes, I once was mine
Well, that was long ago
And darling, I don't mind.
Yeah, they were just two fucks in lust
Baby, that just don't mean much
You trained me not to love
After you taught me what it was.

March 18, 2010



aku rasa,aku pernah jumpa gambar ini dalam dompet

March 17, 2010

03.23 am

hari ini sejuk kembali,
aku menggunakan selimut tebal untuk memanaskan kaki,
tapi lama kelamaan aku kepanasan,
kepanasan+sejuk=boleh masak maggie.

jadi setelah fikir-sefikirnya,
aku dengan tekad akan membeli tiket hari ini,
kalau tidak pun,esok lusa siapa tahu,
tangan aku sudah gatal,
lidah aku begitu juga,
aku harap kamu semua dapat bersabar,

Banyak benda yang mahu dipikirin,
kalau bercerita tentang ayam,
aku pun tidak tahu,sebenarnya ayam ini berasal daripada emaknya,atau telurnya?
kerana aku pernah bertanya dengan seorang ustazah aku,sewaktu aku berumur 11 tahun,
"ustazah,ayam berasal dari telur ka atau emak ayam?"
Ustazah aku pun berfikir2 sewaktu memberi jawaban,dia pun tidak pasti.
begitu juga bunga,adakah pertama kali ia muncul di dunia dengan keadaan asalnya besar dan mempunyai bunga secara semula jadi atau ianya tumbuh dari biji benihnya?
pokok durian,bila pertama kali ia muncul di dunia,adakah terus2 sepokok tumbuh@dari biji benihnya?
Tapi kalau mengikut teori Karl Marx,komunisme,
semuanya berasal daripada revolusi.Begitu juga Darwin,katanya manusia daripada spesis kera.Kau ja la kera!

Tapi aku rasa mereka berdua ni bingung,semua berasal dari satu sel konon,
padahal sel yang satu ni,dia tidak jelaskan dari mana datangnya.(teori mereka:manusia mcm binatang,siapa yang kuat dia hidup,yang lemah,dibaham)
Jadi berlakulah perang dunia kedua,pertama dan ketiga.

Tapi aku rasa ayam,bunga,durian,memang terjadi dari induk yang matang mungkinlah,
kalau tumbuhan,dari kecil,baru ke peringkat matang waktu pemunculan pertama.Mungkinlah,siapa tahu.
otak aku berkata-kata dan bekerja begitu tiap hari.



Aku akan bercerita lagi pasal ini satu hari nanti,
mungkin itik pula.

March 16, 2010

satu dua tiga empat

duit aku sudah banyak,
tinggal sepuluh sen lagi jadilah dua juta,aku mahu balik rumah,
mahu berbakti kepada satu perut aku,
minta maaf silap salah,

alamak,
berdosa menipu,
tadi kawan aku tanya,
rosley:'pe barang cinta2 ni,blang rock'
aku:'ya pulak'
padahal aku juga pernah merasa,
apa itu,
jadi sy gunakan touch light,
bagi terang.

March 9, 2010

i want to talk about this feeling

kepala aku tidak sihat,
dahi aku berkerut,
segala kulit terkupas tanpa niat untuk aku melakukannya,
mungkin temurun,
atau kurangnya air yang masuk dari bibir yang sentiasa kering,
udara yang hangat,
menghangatkan badan,kadang terasa ingin mandi,
tapi itu cuma rasa,
rasa yang tidak berperisa,

aku dapat sebuah bilik,
yang mempunyai tuan,aku sebagai hamba,
cukup untuk tempat aku stay,
memikirkan benda yang belum pernah terjadi,
selamat tidur tuan.

baju,seluar,selipar jepun,
aku harap aku memiliki kamu semua kembali,
aku tahu sungguh payah untuk itu,
cukup sekadar tulisan.


antidote itu penawar,
aku harap aku terjumpa penawar,
untuk aku merasa,
untuk aku ucapkan selamat tinggal,
selamat tinggal yang sementara,
dari tempat bagi siapa yang inginkan berita,
berita yang tidak terkeluar dari media.

March 7, 2010

tangan gatal,kepala pusing

balik,
aku rasa aku mahu balik kampung,
kalau tidak pun,aku mahu kerja macam-macam,
sehingga dapat kumpul duit buat di hari tua dan kemudian hari,

you've found it now go and get it,

February 27, 2010

Mawar Merah untuk Pak Lah

Aku masih ingat,
disuatu malam,
sekolah lama aku dulu dijemput menghadiri suatu majlis yang dibikin dan dibuat oleh kerajaan tanah tumpah airku di sebuah hotel milik anak Tun Dr.Mahathir.

Jadi,setelah selesai penyampaian kata-kata yang diberikan oleh Pak Lah@Abdullah Ahmad Badawi,kami rakan menadah tangan dengan hasrat,tangan yang ditadah dapat dicapai oleh Pak Lah.

Aku mencapainya,lalu aku mencium tangannya lalu aku berikan kepadanya sekuntum mawar yang dipetik dari meja makan.Lalu mawar yang aku berikan dicapai oleh Pak Lah.

Engkau merenung mataku,aku merenung kembali,
Engkau senyum kepadaku,aku senyum membalas senyummu.

Mulanya aku harap engkau simpan mawar itu,tanam ditepi tingkap,
kerana itu ikhlas dari hati,
tapi,PA,bodyguard yg berada disebelahmu mencapai Mawar itu,mungkin untuk diberikan kepada kekasihnya.

Takut beracun,

Harapanku,kita akan jumpa lagi di suatu hari.

February 26, 2010

stay here dont go away

sila rujuk perkara diatas:

01: pertama kali mendengar lagu yang bagi aku berhantu,sama seperti lagu season in the sun-nirvana,bunyi-bunyian garage,

02: sudah lama ingin mencari lagu sebegini rupa,mengingatkan zaman yang lalu,


03: jam menunjukkan jam 432 pagi,
sebentar lagi azan akan berkumandang,
menandakan akan masuknya waktu untuk solat subuh.

Segala kesulitan amat dihargai.
Majulah muzik bersound garage untuk hati anda.

yang benar;

pendengar

February 25, 2010

yesterday&tomorrow

semalam aku tidur selepas subuh dan bangun selepas asar,
kemarin dulu,aku tidur setelah subuh dan bangun setelah azan asar,
kemarin,aku tidur selesai subuh dan bangun selesai azan asar,

Selesai bangunnya aku dari tidur,aku buat solat tarawih,walaupun waktu yang tidak sesuai.
Bukan terniat untuk melakukan sedemikian,cuma aku masih belum cukup kekuatan,semoga suatu hari nanti akan ada kekuatan itu.Jadi,aku tidak membuat apa-apa yang berfaedah untuk setiap hari-hari lalu.

boring,setiap hari bersarapan dengan asap tar&nikotin,mudah2an waktu malam hidangan lain,aku rasa aku sudah kehilangan sedikit lemak yang aku simpan di dalam pipi.Padahal sudah lama aku menyimpan lemak itu.
Rasa ingin makan semakin berkurangan,rasa ingin minum juga begitu,rasa ingin melangkah tiada perasa.

Mungkin kekurangan protin,zat besi,garam galian yg tidak digali,kurang makan nasi,cara berfikir orang lapar dengan orang kenyang mungkin berlainan.Kalau aku disuruh lompat satu anak tangga,aku sanggup.Bahaya berlapar.Jadi ada orang kata,''kalau lapar tu makan lah!!''
Ya memang cadangan yg cukup istimewa,memang betul apa yang dikatakan olehmu itu,aku bukan berada di tempat aku,jadi berdiam lebih baik.
Aku bukan sengaja untuk meyeksa perut aku ini,tapi aku cuba untuk menyeksa nafsu.

Sebenarnya aku tidak mempunyai duit dan wang untuk melakukan aktiviti itu.Duit yang ada dalam poket sudah habis zero,kerana aku membeli barangan yang sudah lama aku idamkan,tapi susah untuk jadi kenyataan.
Yang aku tahu,aku hanya mampu berfikir dan berfikir dan berfikir dan berfikir dan berfikir.

Sungguh senang,enak,suka hati aku.

Dalam hati,''ui!!minta kirim la duit".Ada juga,''kau sudah besar,kau kata dulu kau mampu hidup walau kau diletakkan di pasang pasir,kutub utara selatan''.Aku tersenyum.
Aku masih ingat dimana pertama kali aku mengeluarkan ayat itu,tapi aku lupa bagaimana ayat itu boleh terkeluar dari kedua bibirku.Itulah ayat yang terkeluar sewaktu ibuku menanya aku sesuatu.Masa budak masih mempengaruhi kepala aku.Aku tahu ibu sayangkan anaknya,kalau tidak mungkin aku sudah menjadi batu.

Jadi sebenarnya aku tidak ada duit.

February 14, 2010

menghukum akal

hari sabtu,
hari yang indah,udara yang berpasir,
membuat hidungku kerap kali tersumbat,
mulanya aku mahu pergi ke pameran buku yang masih berjalan pada hari ini,
tapi aku tidak mempunyai sedikit aset,
jadi aku membatalkan niatku,
seperti biasanya,aku membaringkan diriku diatas tilam yang empuk,
hanphoneku,
aku hidupkan bersama penyambung melodi kearah hawa telinga,
aku menekannya mencari sesuatu yang bunyinya telah lama hilang dalam kepala,
apabila aku mendengar,ya........sungguh membuat segala nukleus yang ada dalam sel bergetar.
mereka saling berapat dan merapat antara satu dengan lain,
menunjukkan ada kerjasama yang terjalin antara irama dan suasana,

aku menarik nafas perlahan-lahan,kemudian aku hembuskannya,
aku menarik kembali,kemudianku hembus,begitulah yang selalu aku buat secara sedar ataupun tidak.
kenapa jantung berdenyut semulai dan bermula munculnya aku ke dunia,
tidak pernah berhenti walau sesaat dua saat pun tidak,kemungkinannya boleh dalam tiga saat.
jadi aku berterima kasih padamu,kerana belum memberhentikannya sampai suatu hari.

aku berfikir kembali,kenapa aku diciptakan ke dunia,aku teringat suatu kisah sewaktu aku hidup dalam belasan tahun,segala permainan muzik sering aku dengar.Scene,grunge hardcore,skinhead,pop,punk,alternatif,bawah tanah...aku senyum ketika kepalaku masih memikir benda ini,dan sewaktu itu juga telingaku masih mendengar alunan yg kuat berkumandang...masa lalu yang indah,(ayat mcm orang tua).Pada mula kemunculan,memang aku berkeinginan untuk menjadi pemain gitar yang berkebolehan,pernah juga mahu terbang seluruh dunia.
Tapi aku fikir hidup bukan untuk jadi seorang pemain gitar,doktor,tukang simen,pengembala kerana semua itu tidak tercapai melainkan hanya satu,atau dua,atau tiga sahaja,ya..matlamat aku bukan itu sebenarnya,matlamat itu jauh,sembah dia yang satu.

Semua hilang bila mati,ada bila hidup.
Ok,lagu sudah tamat..


February 7, 2010

tentang dia yang berpengaruh dan terpengaruh


selepas mendengar lagu chatmonchy,Noodles dan Toodles band jepun yang berkumandang ke hawa telinga,hawa yang cukup sedap.Ada yang berpendapat,kenapa ada sebahagian manusia suka untuk mendengar lagu yang dia sendiri pun tidak memahami apa yang disebut oleh lagu tersebut,ada juga yang berpendapat,cukuplah untuk anda menghayati bunyi muzik yang sama dengan jiwa anda.
Dan ada juga yang berpendapat''tidak baik mendengar lagu selain nasyid''.Ada juga yang berkata''Tak rock la dengar lagu jiwang''.Ada yang berkata''aku lebih suka mendengar lagu daripada membuat perkara maksiat,aku duduk dalam bilik,senyum,sukakaku,dukaku hanya aku yang rasa''.Seperti makanan ruji''nasi'',semua makan nasi,tapi jika dinegara lain makanan ruji gandum,nasi untuk hidangan ringan.
Tapi yang pasti,be your self, tengok yang positif negatif,lagipun semua manusia mempunyai sebuah benda yang cukup besar nilainya,jika terkeluar sesuatu darinya,tiada yang siapa dapat menghalang,Manusia tidak sama,seperti Albert Einstein,dituduh gila sewaktu umur muda kerana sebuah idea yang menentang.itulah Otak dan idea.Paling berharga dalam diri yang bernyawa dan tidak bernyawa.
Seperti Malcolm X,dibunuh kerana idea yang menentang,mendokong pihak hitam,yang cukup terkenal dengan Hip Hop,Rap,Reggae.Begitu juga Bob Marley,pernah ditembak,dua hari sebelum persembahan,dia membuat suatu bunyi yang dia dapat luahkan perasaan hati,mereka semua ada idea dan ideologi.Rasta!!

''Don't let them fool ya,
Or even try to school ya! Oh, no!
We've got a mind of our own,
So go to hell if what you're thinking is not right!
Love would never leave us alone,
A-yin the darkness there must come out to light. ''-Bob marley-

Tapi malang,ada sebahagian manusia juga yang melakukan semua dan setiap perlakuan hariannya berdasarkan pendapat manusia lain,cara makan idea orang,minum idea orang,pakaian idea orang,kemungkinan semuanya melalui kebanggaan yang tiada membawa erti apa2.

syahadah!!

January 30, 2010

cerita malam2

sungguh indah hari ini,
mcm ayat cewek plak..
ya tapi memang indah bila dapat haruman duit yang masih baru,
aku sungguh gembira,hampir-hampir kegembiraan aku membuatkan aku berusaha untuk makan di restoran hadara maut kerana kelaparan..
aku sudah puas dan kenyang makan ikan bersalut kubis dan bunganya,
dan perutku sedang meminta pertolongan bersama raungan untuk aku memasukkan peha ayam kedalamnya,aku cuba menghalang,tapi aku sedar aku lemah,
dan aku berusaha untuk menguatkankan kembali kelemahanku itu,
tetapi,
semakinku cuba,semakin kuat perasaan itu,aku mencuba untuk kali kedua,tapi memang nyatalah kelemahanku itu,akhirnya,aku membelinya,sungguh indah hari ini,aku minta maaf kepada perutku,semoga dia selamat dan dapat rehat secukupnya..

baru habis exam paper kedua untuk tahun ni,
belum fikir apa plan dan planing yang mahu dibuat tuk tahun ni.
moga dapat keluar ,bagi yang faham maksud keluar la.
aku sangat rindu untuk membuat petikan gitar,bunyinya yang sungguh merdu,
petik seutas tali,boleh mengeluarkan dua puluh juta lagu.
Tapi aku cuba untuk mengurangkan petikan itu,itu cuma khayal.
baikku fikir kawan2 dan lawan2 yang masih dalam tempurung,
sungguh mewah dan nyaman hidup kamu sekarang,
tapi fikirla jo,jo,john,john, sekalian,
hidup sementara ja la,dalam mimpi.
kamu belum bangun lagika?tersesat ditengah malam.
Tapi aku rindu kau semuala.
kau semua buat aku jadi popoye@papai the sailorman,kalau tak silap tulisan la,
lagi pun aku bukan pandai sangat,
rindu gila sama warga kampung,makanan dekat dengan padang bola,
kadang2 aku heran,kenapa aku suka dengan benda2 yang bersup ni,mungkin keturunan,kalau bukan sebab dia tak baik tuk kesihatan,mahu juga makan sampai puas,tapi memang tak puas punya lah,
aku rasa moyang aku dulu pun macam aku juga,petik gitar,
main panah,mungkin juga atok aku hensem,
sebab semua dalam keluargaku bro2 aku hensem2 belaka,(ketawa dalam hati),
tinggal satu paper lagi tuk tahun ni,
aku betul2 mengharap darimu tuhan yang patut manusia sembah,moga2 diluluskan,
banyak aku dengar dari kawan2 dan lawan2 yang lulus,seronok mereka sampai mukaku di ludah.Tapi ludah itu aku terima buat jiwa ku yang buta.
Aku lebih selesa duduk stay di tepi jalan,tidur2 di depan kedai orang waktu malam,aku benci dengan sombong''er''.Moga jiwaku begitu selamanya.

January 1, 2010

haPPy nEw yeAr..

selamat tahun baru untuk semua,
untuk siapa saja yang melihat dan terlihat blog ini,
waktu ini hanya pukul 7:52 pm,ntah habis jam berapa ni..
belum pun masuk waktu2 yang sama waktu dengannya,
di negeri bawah bayu sudah lebih sejam masuk tahun masehi yang baru,
mungkin dorang atau mereka sekarang tengah hisap rokok,
mungkin juga sedang minum2,
mungkin ada juga yang sedang mandi sungai atau laut,
buang cerita lama jadi sejarah..
keturunan darah dulu2..
yang pasti,aku mahu tidur,
mataku belum mengantuk lagi,
bawa dimana sajaku pergi..huh,mcm lagu butter plak..

aku rindu kampung,haha..
aku rasa inilah tempat yang sesuai untuk luah perasaan dan perasan,
macam diari,
tak rock plak kalau buat diary ni..
mcm cewek2 plak..
pernah kami tertawakan seorang sahabat pasal dia buat diary,
sepatutnya tidak boleh buat begitu,
merah muka..malu..

apa-apa pun selamat tahun baru..
moga tahun ni dapat cewek2 yang baik hati haha..