June 17, 2017

Melankolik





Sejak akhir-akhir ini, aku terasa setiap hari aku punya rasa yang melankolik,
aku secara peribadi juga tidak memahami perasaan itu.
Mungkin kerana berkhayal mendengar lagu yang secara psikologi bernada melankolik,
aku secara mendalam dengan nada perasaan ingin meluahkan semua yang aku rasa pada seseorang,
ketika mendalami menggunakan roh, aku faham yang aku sebenarnya perlu ditemani sementara ini.

Bulan ramadhan untuk tahun ini sudah hampir ke gerbang yang penghabisan,
entah sudah berapa tahunnaku menulis di waktu bulan ramadhan dengan perasn yang sama,
bermula dari tahun 2009 aku kira sehingga tahun ini,
aku rasa perass\aan ketika menulis di bulan ini sama seperti menulis di tahun sebelum-sebelumnya.
Aku perlu teman, ya aku perlukan teman dengan sesungguhnya.



Selamat menyambut hari-hari terakhir bulan yang mulia ini, tahun 2017 yang banyak mengajar aku tentang kehidupan, tentang maksud hidup sebenarnya, mengajar aku apa yang sepatutnya aku cari dalam kehidupan.

Minggu ini aku ada masuk ke kelas tahun 5 sekolah tempat aku menghabiskan 3 bulan ini,
aku bertanya kepada kelas itu, soalan yang tidak sesuai untuk umur mereka,tapi aku mencuba untuk bertanya dengan mereka pa sebenarnya maksud yang mereka tahu setakat ini, aku menambah soalan itu dalam bahasa inggeris, "what is life"?, apa yang akmu faham tentang kehidupan?angat tangan dan jawab aku berkata kepada mereka,
Seorang murid angkat tangan dan berdiri,"hidup adalah untuk kita menikmati keindahan alam, keindahan dunia.!

Seorang berdiri" Hidup untuk makan, tengok tv, ketawa, bergembira".
Dan banyak jawapan betul dan pelik yang lain.
Aku menghurai kepada mereka sedikit tentang makna hidup, kerana aku tahu, aku juga pernah seumur dengan mereka beberapa tahun yang lalu, aku harap adabeberapa murid ingat tentang apa yang aku huraikan itu kerana aku tahu ada yang akan ingat seperti aku dahulu.

No comments:

Post a Comment