August 29, 2012

Sekeliling yang mempengaruhi

"Menangis di dalam hati " ;


Dulu,ada orang pernah berkata seperti ayat diatas,dan aku tahu maksudnya tetapi aku tidak faham,
cerita bermula di suatu petang pada bulan ramadhan yang indah permai,sewaktu aku dan beberapa orang sahabat pergi ke tepi jalan untuk berbuka puasa.
Orang mesir panggil tempat itu "maidah".Maidah ni macam restoran atau warung tepi jalan,banyak dibuka dan dibuka hanya pada bulan ramadan untuk memberi makan kepada orang yang berpuasa.Kira,makanan free la begitu.

Orang yang membuka tempat itu ikhlas InsyAllah,dan itulah sebabnya puasa di Mesir itu begitu indah.
Oleh kerana aku lelaki,memang ngam,dan padan ada maidah,sebabnya aku time tu lapar,malas nak fikir masak2,ya lelaki kebiasaannya malas untuk masak.


Petang itu jam tangan aku masih berpusing,begitu juga jam di atas skrin handphone,
"ah,sudah pukuh 6.40 pm,sikit lagi azan"

Oleh kerana maidah itu seperti restoran,mejanya segi empat panjang,aku lambat datang untuk duduk petang itu,aku terduduk di meja paling last,dengan serta merta datang lelaki dengan berpakaian seperti seorang makenik kereta,duduk berhadapan dengan aku,umur dia dalam linkungan 20-an,bajunya lusuh,penuh dengan habuk,mukanya juga begitu.tersedia di tangannya "tamarhind" air asam jawa.

Azan maghrib berkumandang,selesai berdoa,kami semua yang ada di maidah itu makan makanan yang tersedia.
Mata aku masih memerhatikan lelaki yang ada di hadapan.Anak mata sebenarnya.
Dia minum sikit,dan tamarhind yang lebih itu diberikan orang yang berad disebelahnya,
setelah itu dia makan sesuap,belum pun dia habis mengunyah makanan itu,
Tiba-tiba datang orang buta dari jarak 10 meter,dia berkata "oo..oooo..oooo"

Pantas kilat lelaki dihadapan aku itu bangun menolong orang buta itu membawa pergi orang buta itu ke tempat tujuan,aku kira dalam 100 meter jauhnya.
Kunyah belum habis,
muka penat,
tamarhind belum habis,
baju lusuh,
habuk.
Dia datang setelah 3 minit mengikut perkiraan.
Lelaki yang mulia memang tidak pernah pupus.

Aku terpegun,sesak nafas seketika,aku cukup cukup cukup cukup cukup mudah terkesan dengan perkara sebegitu.Perkara-perkara tentang "hati" berselerakan di mesir dan hal biasa,perkara itu buat aku selalu bandingkan di negara tumpah darahku.Tapi yang sebenarnya,banyak juga perkara bikin panas di mesir ini.

Aku dapat pelajaran mata hati waktu itu juga.


Sekarang telah masuk raya ke 10@9@11@12@13 dalam perkiraan.

Buka facebook,tengok status orang,ada yang bertunang,ada yang masih single,bujang,bercerai,berkahwin.




August 19, 2012

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

"Anak muda dirantauan,semuanya pulang ke desa,
 Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terhingga"

-Anuar Zain & Ellina-

Lirik diatas itu salah,yang sebenarnya~

"anak muda dirantauan,TIDAK semuanya  pulang ke desa,
 Ibu dan ayah kerinduan,bersyukur tak terhingga"


Aku berhari raya di Kota Kaherah untuk yang ketiga kalinya.





Ain't that hard to live alone
Ain't that far to be from home
Cause gravity can never pull me down
Calculate the days I've spent proscinating
God knows when
Grow in silence feverish or flu
And again it's me and myself and I
Fall on me
Stand aside trying to keep my cool
Stand in line feeling like a fool
It's getting late now get back in your bed
Then remembered a what my daddy said
What' cha gonna be
And again it's me and myself and I
Stay with me. 





August 10, 2012

Berpuasa 10 di Kaherah

Sahur!
Bangun,masak nasi,belah2 ayam,potong sayur,potong bawang merah,halia,tapi sebenarnya bukan aku yang buat semua itu kecuali tolong sedikit sahaja.Segan.

Suasana di Kaherah begitu hangat yang boleh membawa mata cepat terlelap.summer.
Suasana di pagi hari lapang,kereta mengurangkan bunyi hon.Bunyi Hon juga berpuasa agaknya.
Jalan raya juga lapang untuk diwaktu paginya.
Kucing-kucing juga berkeliaran di sana sini,mereka memberanikan diri untuk mengorek rezki-rezki dari sisa makanan yang dibuang oleh si penyahur di subuh hari,dalam tong sampah ataupun yang masih berada di dalam kuali.Ini memang kerja mereka turun temurun,kucing liar.
Tengahari dan petangnya pula berlainan dari pagi hari,sesak,hari yang hangat bertambah dengan pembuangan sisa karbon dioksida dari kenderaan yang dibawa oleh manusia di Kota Kaherah ini.
Jika anda menaiki motorsikal untuk berkeliaran pada waktu itu,dan kebetulan di sebelah anda adalah bas besar,dan juga anda berada di tepat2 sebelah ekzos kereta itu,anda akan berhalusinasi seperti berada di dalam oven?oh salah,ketuhar elektrik.

Sekarang sudah masuk hari ke 21 berpuasa,itu kalau aku tidak salah dan silap.
Sepuluh akher ramadhan yang mulia.


Seperti biasa,aku plan mahu masuk syurga.




July 24, 2012

Kalaulah Stadium Olimpik London itu di Bom

Kalaulah stadium olimpik London itu di Bom pada tahun ini,Umat Muhammad memang dalam bahaya besar.
Dituduh sebagai Pengganas sekali lagi.
Protokol zionis  tertulis,Perang dunia ketiga mesti berlaku antara Islam dan Zionis?.
Ya,zionis,penggabungan antara Yahudi,yakjuj dan makjuj,kristian dan si mastermind dajjal,pertubuhan Freemason,Illuminati.

Konspirasi,konspirasi!
Konspirasi!

Selepas di bom,
Jadi harga minyak akan naik,bila harga minyak naik,harga barang juga naik,
kenapa naik?sebab pakai duit kertas yang tidak bernilai,apa beza duit kertas RM50 dengan RM10,dua2 dicipta dari kertas kosong yang ditulis diatasnya corak,dan setelah itu diciptakan nilai?ya!!nilai yang dicipta,nilai yang tidak real!.Nilai yang dikawal oleh?Federal Reserve?
Jadi dunia sekarang memang pembohongan.Fikir-fikir-fikir!
Baca sejarah.

bila harga barang naik,orang-orang dalam rumah berselisih faham,"jangan membazir",
bila orang rumah berselisih faham,maka kuranglah makan,
bila kurangnya makan,si manusia tidak dapat berfikir dengan waras,
bila tidak dapat berfikir dengan waras,selisih faham yang kecil dengan orang lain boleh menjadi perkelakihan,pembunuhan,pentetakan di leher,bakar rumah orang,
penjenayah,kecurian semakin banyak,polis pening menguruskan kes yang banyak,
wakil rakyat pening,wakil rakyat mengadu kepada kerajaan,kerajaan semakin tertekan,
Semua orang didalam rumah berhati-hati ketika tidur,ketika bersendirian,
orang mencari dadah,pengkhayal,menghilangkan kesakitan
makin ramai yang merempat,orang miskin semakin miskin.

Siapa ada sebidang tanah yang ada ayam,kambing,lembu,padi,sungai akan selamat,mereka selamat.

Mudah-mudahan kes tidak seteruk tulisan ini.

Tapi apa yang aku pasti,Umat Muhammad sekali lagi akan dituduh.
Atlet yang tidak bersalah akan mati,pelumba kuda,perenang,pemanah,pelari 100meter,200meter,400meter,badminton,olahraga,akuatik dan sebagainya.

Setelah dibomnya kota London itu,suasana panik akan berlaku,orang menangis,bila menangis,hati orang yang melihat akan cair,kasihan,semua media membuat laporan tentang itu,
Nbc,BBC,New York times,London times,Keningau FM,Berita harian,Utusan malaysia semua media!

"ini kerja pengganas!ini kerja pengganas!ini kerja pengganas!" kata mereka.
Terpapar wajah osama??tidak osama sudah mati mereka kata,dibuang kedalam laut yang dalam.

"Ini mesti kerja Iran,kalau bukan Iran,Mesir,Tunisia,negara mereka ditadbir parti politik Islam,jadi ini mesti kerja mereka kata mereka?"

Simbah air di muka,bangun!
Tidak,Sepatutnya simbah dengan Asid.

Aku sakit hati.
Mudah-mudahan ini persangkaan sahaja.








July 15, 2012

Karkun

                             Aku azam mahu keluar 3 hari tahun ini masa berpuasa.