June 29, 2013

Kembali bermain dengan masa.

Bermain dengan masa,bermain dengan masa,
salah satu permainan yang paling mencabar bagi aku.

Dulu sebelum aku tiba di bumi Piramid,
ramai kanak2 di kampung aku,
tapi itu dulu,sekarang mereka semua sudah menjadi muda belia,pandai bercinta,pandai make-up,
pandai sterika pakaian dan lain2.

Ya,aku sedar,bagi yang umur sebaya dengan aku,ramai antara mereka yang sudah beranak pinak.
Jadi aku berhasrat menghentikan masa sekejap,untuk berfkir.

Sekarang umur aku hampir mencapai 24 tahun,jika sang pencipta membenarkan aku hidup maksimum 60 tahun,aku masih mempunyai baki 36 tahun,jika 50tahun,aku masih mempunyai baki 26.
Jika 25tahun,aku masih mempunyai baki setahun.
Aku hampir2 ingin membuat pengiraan dengan kiraan Fibonacci untuk mengukur kemungkinan.

Jadi aku membuat perhitungan dengan no 50 itu.Aku masih mempunyai baki 26 tahun.
Suara kecil berteriak, "itupun kalau kau dibenarkan mencapai had itu".
Aku membalas "itupun kalau sang pencipta benarkanla".
Ya aku membuat perhitungan dengan angka 50 itu.
Aku melihat sekeliling dengan memperlahankan gerakan anak mata 50kilometersejam,melihat semua apa yang ada di dalam bilik,dari tilam ke pintu masuk.Semua diam.

Seperti biasa,aku melihat atas syiling rumah menunggu wahyu ilham,aku memanggil teman seperjuangan aku
si nikotina untuk menemani aku melihat siling itu.











April 30, 2013

mmm

Sekarang jam menunjukkan tepat 11:09pm.

Sekarang jam menunjukkan tepat 11:21pm,

sekejap lagi jam menunukkan jam 12:00.

March 11, 2013

Teman Wanita Baru


Oleh kerana dulu aku tidak punya teman wanita,
tiada peneman hati,
Aku menyunting bunga di taman dalam halaman Facebook,
Sudah seminggu aku berkenalan dia,
cek namanya dalam Google,dalam Yahoo,
melihat dia di dalam Youtube,
Aku mula jatuh cinta,
Tapi makcik aku kata,itu bukan jatuh cinta,itu jatuh hati namanya.
Aku angguk mengiyakan kebenaran.

Sekarang aku sudah memilikinya,
Aku bertanya khabarnya setiap hari,
memberinya tenaga setiap kali dia perlukan,

Aku harap dia tidak diambil ke tangan2 yang kotor,
mungkin dalam setahun dua tiga dari sekarang,
dia akan out of date.
Aku akan menyayanginya sampai waktu itu,
yang semua orang tahu waktu itu.
waktu out of date.


February 18, 2013

Sakit Belakang

Belakang aku.
Kerana terlalu gembira,
aku melompat terlalu tinggi,
hampir mengenai bangunan atas.
Tulang mula berbunyi,
kesannya hingga hari ini,
sudah kedua kali aku rasa begini.
Rukuk dan sujud,
sukar untuk wujud.

Boleh buat lirik lagu agaknya.

Sehingga hari ini aku masih berfikir dan terfikir,
kenapa aku masih boleh melakukan benda yang yang yang yang yang BODOH!
Melakukan benda bodoh.Melakukan benda bodoh terlalu senang,terlalu mudah.
Melakukan benda bodoh.

Manusia biasa.Haishhhhhh!!!
Kadang-kadang untuk kegembiraan,kadang-kadang untuk riang,kadang-kadang untuk suka-suka,
kadang-kadang ada yang terasa,kadang-kadang ada yang merasa.

Sekarang masih masa cuti,aku masih tidak berbuat apa-apa untuk tahun ini,tidak merebut masa lapang,
tidak ingat lima perkara itu.

Aku membuang masa lagi merenung anak cantik ini.



December 26, 2012

Abang Se"rock"er sudah kahwin






Manusia perlu pasangan,
Melengkapkan erti hidup di dunia,
melengkapkan erti cahaya mata.
Melengkapkan erti kemanusiaan.



Semoga berbahagia sehingga ke syurga Amin3.
Aku lagi yang masih belum berkahwin hehe.

Belajar dengan Ruang Masa


Apakah Matrix itu?


Menurut pengetahuan yang ada setakat ini,Matrix bermaksud ruang.Ruang di mana entiti dapat berdiri dan wujud.Ruang dimana entiti dapat menjalankan aktivitinya.Ruang di mana entiti hidup atau berdiam diri.Ruang ini terdiri daripada kod-kod yang terbina di dalam strukturnya.
-mistisfiles-

" Di antara bukti-bukti kekuasaan Allah yang luar biasa ialah dapat menghijab engkau daripada melihat kepada-Nya dengan hijab yang tiada wujudnya (yakni bayang-bayang hijab) di sisi Allah". (Hikam)

ya.



B
elajar adalah suatu perkara yang membosankan bagi sesiapa yang masih bersekolah.

Sebenarnya bukan belajar yang membosankan,mengingat,membaca buku,buat kerja rumah,takut salah,takut dirotan,takut lewat,buat perkara-perkara seperti kemarin,berulang-ulang,bangun awal pagi berulang,takut malu kalau markah rendah,perkara itu sebenarnya yang membuatkan kita bosan.

Lagi membosankan jika kawan rapat berkata"aku bosan".Secara psikologi kita menuruti perasaan kawan kita itu.

Tapi bila sudah mencapai umur2 untuk hidup sendiri,semua sudah menjadi berlainan,suasana berlainan,fikiran semua berlainan,telinga semua berlainan,rasa semua berlainan.
 

Bila baju sekolah menengah sudah masuk didalam stor,bila kasut putih atau hitam sudah masuk datam stor,bila buku latihan sudah masuk didalam stor,bila rambut sudah mulai panjang dan tidak ada siapa yang mahu menegur,bila seluar jeans sudah jarang digunakan,bila makan makanan segera,bila makan telur,bila sudah mula masak nasi sendiri,bila sudah mula berfikir sendiri,bila sudah mula mencari hala tuju sendiri,bila masa lalu semua tinggal dalam otak,semua sudah berubah.Aku sudah tua.


Pertolongan,aku sebenarnya masih kecewa dengan pertolongan dari manusia lain,ada orang berkata "orang yang sebenarnya yang ingin menolongmu adalah orang yang akan merasa tidak selesa jika engkau masih berada dalam kesusahan itu,dalam pertolongan itu,meminta maaf jika tidak dapat tunaikan permintaan kita".Itu kata mereka.Kadang=-kadang aku mengiyakan perkataan itu.

Aku sebenarnya sudah bosan dengan perangai sebegitu.
Aku ingin berubah.Ya Allah aku ingin berubah dari dunia yang aku sedang lalui hari ini.
Ya Allah aku ingin berubah dari apa yang aku sangka.
Aku ingin jalan yang selurusnya.

Aku ingin jadi manusia yang dapat memanusiakan manusia lainnya.



Sebelum aku punya keluarga sendiri,aku ingin menjadi manusia yang itu.
Tidak ingin anak aku melalui apa yang aku lalui hari ini.
Aku ingin buat yang terbaik untuk mereka,mulai sekarang aku sepatutnya ingin buat perubahan itu.
Radhi Oag juga sudah menasihati dalam videonya.Buat yang terbaik untuk cahaya mata.
Masuk pusat pemulihan,buat yang terbaik untuk rezki dari tuhan itu.

Aku bosan dengan manusia yang hanya pandai berkata-kata,memburukkan orang lain,menilai orang lain,aku ingin lari.



November 22, 2012

hmm

hmm..aku tangguhkan tarikh pulang ke Mesir,tangguhkan sebulan lagi.
Mau tengok abang aku kahwin dengan puteri dari daerah Tawau yang dijangka akan berlangsung pada 15 disember 2012 ini.
Balik mesir nanti terus masuk exam.








Balik mesir nanti terus bayar hutang.
Balik mesir nanti terus berjumpa dengan wartawan,T.V,Radio,surat khabar baru.

Kalau ikutkan betulnya,mungkin tahun depan adalah tahun last di bumi itu,tapi....hahaha,
dengan keadaan sebegini,aku kurang yakin,balik lambat,kuliah tidak masuk,beli buku pun belum.
Aku kurang yakin.
Dengan keadaan aku yang tidak berubah,sembahyang subuh lambat,cara berfikir sempit aku yang masih tidak berubah,cara aku mengawal diri yang masih tidak berubah,cara aku menipu yang masih tidak berubah,cara percakapan aku yang masih tidak berubah,masih menyakiti,cara melayan tetamu yang tidak berubah,cara dress up yang masih tidak berubah,cara bergaul dengan manusia lain masih tidak berubah,sifat sensitif yang masih tidak berubah,aku masih tidak dapat mengawal diri,masih merokok,cara aku menjaga pandangan juga masih tidak berubah,sifat pemalu yang masih tidak berubah,tahap bersosial dengan luar semakin merosot bila aku duduk lama-lama di negeri itu,kenapa?kerana ingin lari dari wartawan,aku sesungguhnya tidak dapat bernafas dengan manusia jenis-jenis sebegitu.Ah!apedulikan orang2 sebegitu.

Aku ingin perubahan dalaman dan luaran,amalkan penyuluh hidup yang telah aku kumpulkan dari sana,aku hanya pandai menulis~ haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahh~.


Buat masa sekarang aku hanya ada "InsyAllah".