May 1, 2011

Bersambung


''cikgu kata berdiri tegak''
begitulah yang dikatakan oleh teman aku sewaktu berlawak jenaka.

Siapa yang pernah menjadi guru dan chekgu kita?
aku berkata,cikgu itu cikgu itu dan cikgu itu.
Ramai yang telah menjadi cikgu dan guru aku,tapi yang paling menyeramkan zaman ini,aku berkata yang ''Youtube'' adalah cikgu dan guru aku sekarang.Haha,aku ketawa.Telah banyak yang cikgu moden aku itu ajar.Terima kaseh guru@cikgu jasamu tetap aku kenang,
nanti hari guru akan aku hadiahkan kepadamu sebuah pulau untuk kau hidup di kota Freemason dan Illuminati.

Hati aku tidak menentu,tidak sedatar dahulu,setiap kali berubah musim,sekarang masuk musim ke lima.
Suatu hari ada seorang kawanku menelefon keluarganya yang berada beribu batu.
Ibunya berkata,''sekarang ditempat bernafasmu musim apa?''
Kawanku menjawab,''disini ada lima musim''
Ibunya berkata kembali,''ibu belum pernah dengar ada lima musim.Apa2 musim di tempat itu?''
kawanku menjawab''musim panas,dingin,luruh,bunga''
''jadi yang kelima apa?''
''yang kelima itu musim mengawan''
Haha..Ibunya ketawa kerana anaknya meloudspeaker setiap perbualan mereka jadi kami terdengar.Kami juga senyum2 kambing.

Jadi sekarang sudah mulai masuk musim panas,bunga2 tumbuh mekar.Kalau berada ditaman waktu ini,suasana sungguh indah.
Aku kenal dengan sekuntum bunga,tapi tidak jauh setakat kenal.Aku jatuh cinta haha.
Tapi apa yang ada dengan jatuh cinta?Semua orang boleh jatuh cinta.Tapi itu cuma rasa,rasa yang tidak berperisa.
Aku tidak punya apa2 yang dapat menyenyumkan dia,aku tidak punya rupa,kereta mewah,rumah 16 tingkat,iman yang cukup,emas sekilo,aku sedar,tiada guna,tidak layak.Aku senyum mengalah.
Aku cuma kumbang yang hanya boleh hinggap pada rasa jatuh cinta tapi tidak pada cinta hahaha.
Terima kasih facebook.Aku akan meng-anugerankanmu pingat green light.

2 comments:

  1. sekuntum bunga yg mekar, pasti akan menarik kumbang bekerja siang malam...
    hati yg suci tidak akan pernah bertukar, kerana cinta sudah tertanam.

    ReplyDelete