May 20, 2011

Seperti Biasa

Subuh tadi aku bangun dengan bersemangat,mungkin dalam jutaan manusia yg bangun,akulah yang paling bersemangat,itu menurut perkiraanku.
Kelmarin hari Khamis,hari ini hari jumaat,dan esok sabtu.Minggu lalu dan minggu ini tidak jauh beza,cuma umur sentiasa meningkat bila saat itu berputar,masa memang dan sememangnya pantas.
Hari ini aku punya berita gembira,adik perempuanku yg sedarah dan sedaging mahu berpindah ke bumi kenyalang,ya!untuk itu yg membuat aku gembira,sepatutnya seluruh dunia tahu apa yg aku rasa,tp itu cuma rasa,aku biarkan seperti bulan yg timbul tenggelam,ceh...
Waktu periksa hampir menjelang,itu juga membuat rasa.



May 17, 2011

Otak mahu mendekati masa,Masa tidak pernah menoleh

Ya,otak aku sudah pulih semula,begitu juga dengan hati.
Hari ini aku bangun,begitu juga semalam,entah esok bagaimana.
Semalam aku tidur seperti biasa,dengan wajah senyum,seperti biasa,aku menutup mukaku dengan tuala kecil,mata adalah bahagian penting untuk itu.Jadi,begitulah keadaan aku setiap kali ingin beradu.
Sebelum mataku hampir lelap,aku selalu berharap dapat dan punya mimpi indah dimasa tidurku,tapi itu jarang berlaku.Kawan2 selalu kata'mimpi indah' dalam SMS,FB dan sbgainya,tp aku tidak dapat apa yang mereka katakan sewaktu tidurku,mereka tidak ikhlas,barangkali.
Semalam aku bermimpi bersama2 sekumpulan monyet,hari ini aku bermimpi jamming d kg yg sudah lama aku tinggalkan,padahal aku sudah jauh beribu batu.
Aku jarang pcya dengan mimpi,tapi sudah banyak kali mimpi suruh mempercayainya.Aku jadi serba salah untuk itu.
Masa exam hampir dekat,aku masih berusaha untuk bersedia,aku hampir kalah,tapi mengaku kalah itu pengecut,khunsa dan sebagainya,itu kata kawan aku.

Aku sebenarnya baru bermula,mata aku mengantuk,semoga dapat mimpi indah.

May 15, 2011

hari ini dan semalam

Aku sudah mula menangkap,
tentang apa itu psikologi,
apa yang buat hati-hati manusia fikir,
apa yang membuat rasa-rasa mereka berperisa,
aku sudah banyak belajar dari itu semua.
Aku sudah lihat dari halaman pertama hingga episod akhir,jangan pernah berulang.

Manusia selalu bekerja untuk hati,hati yg membuat rasa,rasa yg membuat kita jadi manusia.Jadi kalau ia rosak,kitalah makhluk perosak.Kalau ia baik,kitalah racun serangga.
Suasana sudah berubah,media massa juga selalu berubah.
Aku buang semua rasa kecil dan besar hati,itu semua tidak berguna,tidak dapat merubah struktur hidup,tidak dapat merubah nyawa yg masih bernafas,itu apa yg aku fikir.

Aku berusaha untuk halaman baru,untuk aku bernafas.ya!aku mesti tahan semua rasa.

May 12, 2011

Kereta kecil

Malam ini malam khamis,
ada baiknya membaca yasin,membuang dosa,
aku ingin ada pada hari kesepuluh ribu dua ratus dua puluh,
mungkin pada waktu itu,
aku sudah punya hidup
yang aku buat sendiri,
tapi apa yang aku ada cuma
insyAllah

May 1, 2011

Bersambung


''cikgu kata berdiri tegak''
begitulah yang dikatakan oleh teman aku sewaktu berlawak jenaka.

Siapa yang pernah menjadi guru dan chekgu kita?
aku berkata,cikgu itu cikgu itu dan cikgu itu.
Ramai yang telah menjadi cikgu dan guru aku,tapi yang paling menyeramkan zaman ini,aku berkata yang ''Youtube'' adalah cikgu dan guru aku sekarang.Haha,aku ketawa.Telah banyak yang cikgu moden aku itu ajar.Terima kaseh guru@cikgu jasamu tetap aku kenang,
nanti hari guru akan aku hadiahkan kepadamu sebuah pulau untuk kau hidup di kota Freemason dan Illuminati.

Hati aku tidak menentu,tidak sedatar dahulu,setiap kali berubah musim,sekarang masuk musim ke lima.
Suatu hari ada seorang kawanku menelefon keluarganya yang berada beribu batu.
Ibunya berkata,''sekarang ditempat bernafasmu musim apa?''
Kawanku menjawab,''disini ada lima musim''
Ibunya berkata kembali,''ibu belum pernah dengar ada lima musim.Apa2 musim di tempat itu?''
kawanku menjawab''musim panas,dingin,luruh,bunga''
''jadi yang kelima apa?''
''yang kelima itu musim mengawan''
Haha..Ibunya ketawa kerana anaknya meloudspeaker setiap perbualan mereka jadi kami terdengar.Kami juga senyum2 kambing.

Jadi sekarang sudah mulai masuk musim panas,bunga2 tumbuh mekar.Kalau berada ditaman waktu ini,suasana sungguh indah.
Aku kenal dengan sekuntum bunga,tapi tidak jauh setakat kenal.Aku jatuh cinta haha.
Tapi apa yang ada dengan jatuh cinta?Semua orang boleh jatuh cinta.Tapi itu cuma rasa,rasa yang tidak berperisa.
Aku tidak punya apa2 yang dapat menyenyumkan dia,aku tidak punya rupa,kereta mewah,rumah 16 tingkat,iman yang cukup,emas sekilo,aku sedar,tiada guna,tidak layak.Aku senyum mengalah.
Aku cuma kumbang yang hanya boleh hinggap pada rasa jatuh cinta tapi tidak pada cinta hahaha.
Terima kasih facebook.Aku akan meng-anugerankanmu pingat green light.

ketawa-ketawa

''Hoi!!kuatkah?mari kita beradu tenaga!!"
Itulah kata Hang Jebat yang tewas ditangan Hang@Hand Tuah.
Sungguh bersemangat.
Aku tersentuh dengan ayat itu,jiwaku tertusuk olehnya.
Tepat tengah malam itu,aku kehilangan cerita yang ingin digubah.
Kawan aku datang,kerana aku berada di situ.
''Hei,termenung apa tu?''.Aku ketawa,meng'cover'.
''mari kita cerita tentang masa yang panjang''.Aku berkata.

Suatu hari,nanti,akan datang,wanita,kenderaan,pujangga,itulah antara tajuk yg diperbualkan.Cerita membuat kami melayang,itu plan masa depan.Kawan aku seorang lagi datang,padahal dia sudah lama mendengar perbualan kami.

''Cerita kamu Itu kira o.k,dari melayan perasaan keremajaan yang mahu bercinta dengan para wanita dan para pria yg kesepian,padahal apa yang dia tahu pasal cinta,ikut trend,ptuih!!.
Kata2nya aku hafal,kami ketawa selepas itu.Sebenarnya dia baru sahaja ''putus cinta'' kata orang puteh,melayu kata ''break''.

Dia menyambung,''oh kau la pujaan hatiku,aku harap kaulah suami atau isteri yang diciptakan untuk aku.aku sentiasa berdoa untuk itu,kaulah satunya pujaan hatiku,aku rindu padamu''
Ah!aku bosan dengan itu.Masanya belum tiba''.Kami ketawa.
Sejam berlalu,dua jam berlalu,dan tiga jam berlalu,azan fajar berkumandang.Masa tidak menyedarkan kami.

April 27, 2011

sensitiviti

Aku pernah lihat si rama-rama terbang diudara,aku juga pernah lihat di mana si rama-rama sewaktu ada di dalam kepompongnya,aku juga pernah membunuh si kepompong itu.
Selalunya kepompong itu ada di sebalik daun pisang,kadang juga di pokok limau.

Ya,begitulah hidup si rama-rama,kalau ia kuat ia akan hidup sehingga menjadi rama-rama,
kalau tidak,ia terppulang siapa yang membunuhnya.

Ada sebuah tempat khas untuk si ikan hidup,suatu hari ikan itu ditinggalkan hidup sendirian kerana tuannya pulang balik ke negara asal selama hampir sebulan lebih.Jadi tidak ada siapa yang menjaga diri ikan tersebut melainkan hanya dengan kekuatannya sendiri.Hanya dua spesis yang hidup dalam akuarium itu,salah satunya spesis ikan yang melekat pada mana2 bahagian dengan menggunakan mulutnya.
Jadi,ikan ini sahaja yang dapat hidup selama sebulan lebih itu.Ia sungguh kuat.

Si wanita itu suka untuk makan coklat,si lelaki suka makan bakso,si kanak2 lelaki suka dengan gula2,si kanak2 waita suka dengan anak patung,si kucing suka dengan benda bergerak untuk di kejarnya,kadang terlalu suka untuk dibelai,si pembelainya juga suka berbuat demikian.

Apa yang ada dengan sensitiviti?
kita semua serupa,cuma perlu hormat pada kehormatan.

Sebenarnya aku jatuh cinta pada cinta,mereka kata ada apa dengan cinta.
Ya,itulah cinta.