April 13, 2012


WOODY,woody!!!!woody!

Waktu aku kecil-kecil:

Aiskrim,
Choki-choki,
gula-gula,
gula kapas,
kereta kayu,
kereta mainan,
getah,
guli,
tapak,
Komik,
Dragon Ball,
Doraemon,
Kreko,
Basikal,
gasing,
lastik,
Pancing,
mangga,
lada,
garam,
kicap,
Rambutan,
terap,
Nintendo,
Mercun,
Police and thief,
masak-masak.

Banyak perkara dan benda yang aku tidak dapat ketika aku masih kecil,Ya.
Kenapa?sebab banyak benda-benda diatas yang mustahil untuk dibelikan
atau diberikan oleh mereka.Siapa mereka?mereka orang yang aku kenal.

1:kurang berfaedah
2:tidak bermanfaat
3:buang masa
4:Kena suruh belajar
5:kurangkan bermain
6:dan banyak lagi.

Jadi apa yang berlaku?perkara paling berharga waktu kanak-kanak,"berkongsi apa sahaja" kadang-kadang ada juga yang "temaha".
Berkongsi mainan,makanan,berkongsi masa,buat bodoh berkongsi sama-sama,
Sekarang bila sudah mencapai umur begini,perkara berharga itu semakin hilang,sebab:

1:segan.
2:malu.
3:takut diumpat.
4:nampak cool.
5:DIY-do it yourself.

Ya,banyak benda yang buat kita terpisah,bila sudah mencapai umur begini,perkongsian makin lama makin hilang,kalau ada pun kurang untuk dikongsi.
Semua mahu buat hidup sendiri,perkara sendiri,rumah sendiri,keluarga sendiri,makan sendiri dan lain-lain dengan sendiri.Apa yang dikongsi sekarang??
Dulu waktu kecil,seperti biasa,berkongsi kegembiraan,sama-sama ketawa terbahak,dirotan sama-sama,main hujan,main bola,memancing,berbasikal dan lain-lain,Sekarang perkongsian banyak kepada benda-benda tentang kehidupan,kesedihan,perasaan marah,tidak puas hati,keluarga,wanita,lelaki,keindahan,kita semakin kurang untuk menunjukkan emosi,pandai mengawal emosi,pandai mengawal kepandaian,pandai mengawal kebodohan.
"Perkongsian" itu banyak berpindah kepada pasangan aku rasa.
Jadi apa yang tinggal dengan orang-orang yang kita kenal?
kawan,persahabatan,kasih sayang,nostalgia dan lain-lain.



Dengan pasangan apa pula yang tinggal?.
Kasih sayang.ya,aku melihat orang yang sudah tua,yang sudah tidak bernafsu dengan pasangan,masih setia.Yang tinggal pada mereka persahabatan,kasih sayang antara suami isteri,sebab itu mereka masih sayang menyayang,untuk hidup bersama,kasih sayang lah yang paling penting,hidup yang penuh dengan kasih sayang.
Aku berfikir,didunia ini kasih sayang paling penting,benda paling ajaib didunia.Ya,benda yang paling ajaib didunia,rasa yang boleh datang sekelip mata dan boleh hilang dengan sekelip mata.

Ramai kawan aku yang sudah berkahwin,disini,disana,sudah beranak pinak,ada yang tengah dalam percintaan.
Kadang-kadang aku terfikir yang aku ini sudah sebatang kera,semua orang semakin lari meninggalkan,ya,kerana aku juga manusia seperti yang lain.Bila itu berlaku,aku mencari orang yang masih berfikir macam apa yang aku fikir sekarang,perkara itu kadang-kadang susah dan agak mustahil,kadang-kadang juga aku ingin pulas jarum jam beribu-ribu kali untuk sampai waktu kecil itu.

Perkara begitu memang biasa kata mereka,aku sedar yang aku sekarang masih belajar tentang kehidupan,pelajaran itu tidak akan pernah berpenghujung kerana umur aku pendek,tapi tidak mustahil untuk si Iblis yang berumur panjang,semua kehidupan manusia sudah dia pelajari.

Waktu kecil itu sungguh banyak mempengaruhi.
Banyak benda sewaktu kecil itu tidak dapat dan tidak mampu untuk aku miliki,
aku rasa aku mahu membalas dendam dengan masa.

2 comments:

  1. Hmm.. Btul jugak ckp bro. Bila dh bsar ni, kongsi bab remeh2 dah takde dah. Zmn knak2 ni trlalu suci. Smua bnda remeh2, smua bnda biasa2 kita anggp luar biasa. Kita anggp penting.
    Bila dh bsar, smua buat hal msing2. Klu kongsi hal remeh, dh mcm budak2..

    Zaman budak2.. Hmm, dh trlalu lama prgi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan anda :)
      Hidup mesti terus~

      Delete