Dan sekarang aku sudah berada di negara yang berpiramid.
Aku masih belum tiba di tempat terletaknya universiti dan masjid untuk aku stay.Aku masih berada di tempat berlindung dari hujan panas adik aku.
Aku rasa lebih selesa,duduk fikir masalah dari berjalan-jalan mencari masaalah.
Ramai orang kata kebebasan itu penting,tidak kira kebebasan dalam bersuara atau dalam apa juga perkara.Ya,sebenarnya itu yang manusia paling mahukan.
Aku selalu berfikir tentang laungan yang rakyat Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara.ISA yang telah dihapus?Aku sehingga sekarang tidak faham sepenuhnya tentang konsep itu.Tapi itu semua terpulang kepada siapa sahaja,siapa berkuasa selalunya akan berada diatas.
Bila blog ini dibuka oleh seseorang selain dari aku,aku sebenarnya rasa kebebasan untuk menulis semakin sedikit,kebebasan untuk aku menyuarakan apa yang aku sedang rasa,apa yang sepatutnya aku suarakan,apa yang sedang aku lakukan,menjadikan aku tersipu untuk menulis.Kebebasan hampir-hampir hilang.Aku berkata seorang diri,''jadi apa sebenarnya tujuan engkau tulis blog ini?''
Aku berfikir,aku menulis untuk kebebasan,ya hati aku bebas.Kadang2 untuk menguji ayat.Pui!!!Aku meludah dalam hati.Selalunya ramai yang pandai mengomen orang lain,padahal orang yang mengomen itu kadang2 lebih teruk dari apa yang dia komenkan,aku juga seperti itu.
Tapi jangan risau,dimana ada manusia,disitu terkumpulnya benda2 sebegini,di mana?di seluruh dunia,benda ini sama,aku cuba memahami benda ini kerana apa yang telah agama ajarkan dengan benda ini jauh bertentangan.
Agama kata ''A'' tapi perlakuan manusia kata ''Z'',sungguh jauh berbeza.
''Orang yang mengamalkan sunnah di akhir zaman itu seperti menggenggam bara api''
Aku beriman dengan ayat itu.Dan setelah aku menulis ayat itu,berkatalah dalam hati2 yang cemburu,''Ceh!sombong bongkaknya ayat,mcm la dia ni alim sangat,aku nak tengok orangnya bagaimana'',Dan aku berkata,kau ini bodoh,kau sudah rampas kebebasan orang untuk menulis.
Itu semuanya Psikologi,dari mula aku menulis buku ini sehingga ayat ini semuanya tentang psikologi,dan aku percaya masih ada yang hasad dengan ayat ini.
Bumi,jangan sudikan dirimu menelan aku,
Matahari sependapatlah dengan aku,
Aku masih belum basuh pakaian.
No comments:
Post a Comment