Aku sekarang masih berada di kampung halaman yang jauh dari negeri berpasir itu,jauh dari rusuhan yang berlaku,jauh dari masaalah yang berada di sana,jauh dari wangi roti,jauh dari saudara yang berada di sana,jauh dari berbagai masaalah.
Seperti yang kita sedia tahu,masaalah memang sentiasa akan timbul dari masa ke semasa,memang manusia hidup ini untuk menangani masaalah dan wajib berjumpa dengan masaalah,ia tidak akan berhenti sampai hembusan nafas akhir,dan akan bersambung kembali setelah itu.
Ada yang membunuh diri untuk lari dari masaalah,tapi sebenarnya masaalah akan timbul juga setelah itu.
Ramai yang berkata lari dari masaalah itu penakut,masaalah harus ditangani dan dikakikan.Tapi aku rasa untuk kurang bermasaalah,
kita harus kadang-kadang lari dari masaalah.
mereka kata sensitif yang amat itu tidak bagus dan baik,tapi sebenarnya semua manusia punya rasa sensitif yang membezakan cuma
seberapa kuatnya rasa itu.Aku terlalu kuat untuk sensitif,aku tidak sensitif tapi hati aku yang terlalu sensitif.
Bila dikaji balik apa yang membuat manusia terlalu sensitif itu adalah latar belakang atau background yang mencorak.
Jadi kita pedulikan kata orang yang mengomen''ah kau ni,terlalu sensitif''.
Aku akui kata pakar itu.
Jadi aku rasa masaalah yang timbul ini selalunya berpunca dari sensitiviti,tidak kira siapa.Orang yang kurang sensitif selalunya kurang masaalah yang merangkumi kawan2,sanak saudara,masyarakat.
Dulu aku punya teman yang terlalu sensitif dengan keadaan semasa,apa yang manusia perkatakan hari itu,dia juga ingin perkatakan.Sewaktu ramai yang memperkatakan tentang selipar crocs,dia juga ingin perkatakan,kadang2 dia mahu jadi dia yang terlalu arif tentang selipar itu.Masa berlalu,zaman berubah,orang sekeliling memperkatakan tentang Domo.Dia sekali lagi menonjolkan yang dirinya terlalu ''Domo'' dari semua orang.Segala jenis barangan dari Domo itu dia miliki.Zaman berlalu,orang memperkatakan tentang ''angrybird''.Dia pun memulakan aksinya kembali.Memang inilah orang yang sensitif dengan keadaan.Aku rasa hingga sekarang dia masih memperkatakan tentang hijab Hana Tajima.
Mengikut catatan orang2 perancis dan belanda,''orang melayu ini suka dengan kesukaan'',aku berfikir dengan ayat itu,mungkin inilah maksudnya dari kata itu.Kebebasan dan demokrasi katanya.
Kalau aku kaitkan keadaan diri aku dengan sensitif keadaan,aku suka masa lalu,bercerita tentang muzik,pakaian dan kehebatan zaman remaja.Kau peduli apa.
No comments:
Post a Comment