Si Renton Mark sudah jumpa kehidupan,dia sudah berubah,diri sudah bersih dari Dadah,kehidupan lama dia dahulu.Tapi aku masih membersih otak untuk berfikir tentang kehidupan itu.
Muzik aku pasang,buku aku baca,sejarah aku baca,psikologi aku baca,kawan-kawan sudah aku baca,muzik sudah aku baca,barat sudah aku baca,timur juga,begitu juga utara dan barat,tiada yang berbeza,aku masih percaya yang kita tiada beza,yang membezakan itu cuma cara berfikir.Otak memang paling berharga,aku gunakan sebanyak mungkin.
Duduk dalam bilik seorang diri,lampu selalunya terpadam,mata aku buka,badan aku baringkan,telinga aku pasang,otak aku jalankan,aku menggunakan mata lihat atas syiling walaupun apa yang aku nampak cuma hitam gelap,aku masih boleh melihat.Kadang-kadang cara aku jadi buah mulut si burung murai,tidak pandai berhenti bercerita pasal tepi kain orang,padahal kain yang dia jemur juga masih basah.Aku sungguh tidak suka perbuatan itu.
Masa,saat,jam,minit,hari,bulan,tahun,kawan,keluarga,cinta,perasaan,perasan,
agama,sejarah,negara,negeri, itu yang selalu buat aku melihat syiling yang gelap itu,tidak pernah berhenti.Aku bercerita dengan otak,pendengar setia selama ini,tidak pernah mengeluh dengan apa yang aku ceritakan,ia cuma mendengar dengan tekun.Selepas puas mendengar apa yang aku ceritakan,ia bagi nasihat yang baik,kadang-kadang juga ia suruh aku buat benda yang tidak sepatutnya.Tapi aku masih kalah dengan hati.
Apa yang aku pelu cari selamanya ini hanya kehidupan,
semua orang selalu mencari kehidupan,kehidupan yang baik untuk diri,
tapi itu semua terpulang cara berfikir,kehidupan lama membuat cara kita berfikir,sekeliling,keluarga,kawan,itu yang aku rasa.
Aku sepatutnya minum arak,menagih dadah tapi aku masih punya tuhan,pencipta melarang buat perkara begitu,dia bagi cara,baik untuk diri dan orang sekeliling,aku bangga punya agama walaupun sudah banyak larangan agama itu yang telah aku langgar,sepatutnya jadi manusia yang baik,untuk keluarga,sekeliling,untuk anak-anak.
Masa depan itu sungguh susah buat udara untuk aku bernafas,banyak tanggungjawab,peranan,aku masih bingung betulkah jalan ini yang aku pilih.
Aku masih berfikir tentang masa depan,syurga.Itu yang terakhir aku jumpa selama ini sewaktu aku melihat syiling gelap itu,cerita akhir yang buat mata aku selalu lelap.
No comments:
Post a Comment