Waktu itu mata aku masih belum terbuka,aku masih mahu mencari dunia yang mereka selalu kata,aku mencari dunia yang mereka banggakan,waktu itu juga aku melihat dunia sekeliling yang mereka sedang dan akan mereka kata,mata aku hampir tertutup.
Apa saja yang berbeza?
Aku sendiri tidak pernah tahu apa yang aku katakan.
Bila mata sudah dibuka,dunia yang dilihat tidak banyak beza,semua serupa,apa yang berbeza cuma perancangan,apa yang berbeza cuma fikiran?aku sebenarnya masih mencari.
Apa yang kita perlu untuk hidup?
itu perancangan,
Permulaan,kita mula bernafas,menghirup udara dengan tangisan? berbaring,kedua kita merangkak,ketiga kita berjalan,keempat kita jalan membongkok,dan kembali kepada baring?
Memang hidup adalah roda.Kalau aku punya cucu,mereka juga fikir benda sama.
Ahmad Dhani dan Once kata hidup ini indah,tapi mereka bukan dewa untuk kata sebegitu.
Kehidupan memang membosankan,kadang keseronokan datang tidak sampai seminggu.
Mataku pernah kata 'takkan bosan hilang di dunia'.
Otak aku sudah kering,habis perah,aku takut akan punya penyakit,mulut aku sudah lama terkunci,mata aku tidak berani bertentangan dengan mata-mata yang lain,itu yang membuatkan aku kalah selamanya,aku sudah puas mengubah,aku kalah.Bendera putih sudah lama aku angkat.Tapi itu cuma mata.Aku tidak kisah,semakin aku kisah,semakin itu bendera itu tinggi.
Aku selesa dengan suasana,apa yang aku ada,apa yang aku fikir,aku selalu berkata dengan hati,mereka kata itu psikologi,tapi aku serabut,kepala aku sudah kering.
Apa yang aku selesa buat mata2 mereka tidak seselesa apa yang membuat aku selesa.
Terlalu banyak selesa.
Nikotin dan tar yang masuk dalam rongga terlalu banyak kerana perbuatan mata2 mereka.Kadang2 aku mahu buat,lakukan untuk mata2 mereka selesa,tapi apa yang aku telah baca selalu songsang dengan mata mereka.Aku rasa itu yang buat si mulut terkunci.
Aku selesa dengan apa yang aku fikir.Itu yang membuka mata terbuka kata mereka.
Aku harap aku dapat membuka mata-mata yang lain.
No comments:
Post a Comment