February 16, 2011
kepala pusing
Pagi ini aku bangun,
seawalnya untuk aku lihat dunia yang penuh indah,aku menghirup udara yang sungguh berudara,membuat segala rongga berkomunikasi antara mereka.Aku pergi ke dapur,mengambil sebuah gelas untuk aku membuat air yang manusia panggilnya ''milo''.Aku tidak meminumnya untuk jadi sehat dan kuat,melainkan untuk aku meminumnya sahaja.Aku tidak tahu apa ang telah mereka campur dan letakkan didalam perisa milo itu,kerana ianya memang dari syarikat bangsa yang selalu punya helah.
Aku mula risau tentang apa yang telah dan akan aku masukkan dalam mulut untuk selama aku hidup,aku sememangnya mula risau itu semua.
Aku tidak sesempurna semua manusia,aku punya dosa,aku punya fikiran,aku punya pergaulan,aku punya segalanya,untuk itu yang menjadikan aku mula risau tentang segalanya.
Aku tidak punya iman yang seteguh tugu,seringkali ianya kurang,sebenarnya aku sudah bosan dengan apa yang didepan mata,aku masih mencari apa yang disebalik mata.Itu yang selamanya bagi siapa yang punya otak.Aku masih menggunakan otak yang tidak pandai penuh walau berbilion2 giga.Otak tidak pandai lemah?Tapi sebenarnya aku sudah lemah,apa yang didepan mata buat otak aku lemah.Apa yang mereka perkatakan juga membuat aku lemah.Aku sensitif terhadap semua benda,itu yang membuat mulut aku selalu terkunci,tapi tidak bagi jari aku,jari juga pandai berkata,itu kata mereka.
Aku bosan,
tapi tidak ramai manusia yang tahu haha..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment