September 19, 2009

cerita satu syawal...





Satu syawal menjelang lagi,bagi si kanak2 inilah masa yg paling bermakna dan paling bergembira sekali untuk dirinya meraikan,kerana disinilah terdapatnya mercun,meriam buatan buluh,dapat berjumpa teman baru,baju baru,dapat makan kuih muih yg enak2 belaka,berjumpa pakcik makcik dan sememangnya duit raya.

Masih aku teringat diwaktu aku berumur kanak2 dan setahun jagung itu,seberapa lama masa hari sebelum menjelangnya raya itulah aku mula mengenakan meriam buluh buatan sendiri,mercun,membuat kuih jauh sekali dan melakukan pelbagai acara.
Sememangnya di zaman itulah semuanya jadi indah yg menjadikan aku seorang manusia yg mungkin berguna kepada manusia lainnya.Zaman itulah jugalah selalu membuat aku sentiasa bermimpi indah kesiangan.

Terbitnya matahari di pagi syawal itu,kami selalunya dikejutkan oleh kedua yg tersayang untuk mandi menggunakan pakaian raya baru.sememangnya aku berbangga dengan pakaian baru itu,sering kali kami selalu merungut kepada keduanya"mak napa baju dia lawa sikit?",ketidak "puas hatian" sesama itu membuat aku senyum dan tersengih bila aku mula menceritakan kisah lama dan berstanza.

Pagi syawal itu selalunya kami merayau entah kemana selepas selesainya solat raya,menanyakan kepada kedua tersayang rumah mana awalnya hendak diserbu oleh kami bertujuh,rumah sebelah ibu atau abah?.tetapi selalunya selesai solat raya,kami berkumpul di rumah untuk bermaafan kepada kedua tersayang itu,berpeluk pelukan dan mencium tangan,.

Bagi aku disitulah terasa beratnya dosa yg aku lakukan kepada kamu berdua,bukan niat aku untuk membuat dosa,tapi aku hanya budak nakal yg belum cukup pengetahuannya.
Mulalah upacara pembersihan telinga,si tujuh kadang2 5,6 duduk tersipu bila diberi nasihat,tersenyum2 antara satu sama lain"itulah dia tu,kuat betul begaduh""itulah dia tu...itulah la dia tu...".Sering kali ayat itu yg terkeluar dari mulut2 kami.Tuduh menuduh antara satu sama lain.Pengakhirannya,kami diberikan sesampul yg penuh dengan makna,selepas itu,kami bertanya sesama,"ui,ko dapat berapa??sy dpat $$$$$ jak ni"..ko berapa?"...

Banyak betul "plan" yg keluar selepas diberikan duit raya,"mau p bandar men game ni""mau kumpul duit sampai habis raya".kadang2 pernah juga terfikir mau jadi jutawan dengan duit sebanyak tu.

Sememangnya menu pagi hari itu adalah mee sup buatan ibu,sungguh sedap,kalau K.F.C hingga menjilat jari,mee sup itu lebih lagi bagiku,kerana ianya dimasak dengan penuh resepi,tanggungjawab,rindu,cinta dan sayang.Abah pula siap mengenakan kereta mewahnya untuk meneruskan misi destinasi raya kami berikutnya.
Memang betul kata bro aku,abah memang garang,kerana dia terlalu sayang kepada anak2nya,mahu melihat kami beradik semuanya berjaya,"zaman kamu lebih susah dan mencabar",itulah kata2 abah aku yg selalu diutarakan dan bermakna,abah selalu memberi kata2 pendek tapi dalam maksudnya,itulah abah aku..
Bila difikirkan balik,memang betul apa yg dikatakan olehmu abah...
Zaman kami,zaman kerosakan,zaman pancaroba,orang berlumba2 mencapai segulung ijazah.kata2mu itu membuatkan aku bersemangat selalu.Terlalu banyak lontaran nasihat yg engkau beri abah,tidak terhitung bilangannya.Kepada ibu,watak dan perwatakanmu menjadi sumber inspirasiku.

Aku beraya disini untuk kali keduanya.Sudah dua kali kita semua tidak dapat berjabat tangan dan berpelukan seperti masa2 dulu,rasanya sepilah sikit apabila syawal tanpa kehadiran kamu berdua dan kamu semua.
Biarlah kita berjauhan,tapi semua cerita kita aku ingat selalu.
Aku mohon maaf kepadamu berdua,terlalu banyak dosaku kepadamu berdua,tidak terkira banyaknya.Seindah2 kata,secantik2 bunga,seluas2 langit yg ingin aku lontarkan kata rindu kepada kamu berdua..



selamat hari raya aidilfitri untuk semua rakyat di kg taman rakyat yg sentosa,
ampun maaf dipinta,simpanla duit raya untuk aku itu di tahun2 yg akan datang..

No comments:

Post a Comment