September 20, 2009

edisi raya




raya2....
pagi tadi aku telefon keluarga,minta maaf semua dosa,
minta maaf dgn abah ibu,tapi tahun ni lain sikit la,abah ibu dulu cakap minta maaf,
lagipun pagi tu baru dorang mau p solat raya,mahu cepat,direct to da point.
Air mataku hampir2 jatuh,walaupun aku seorang yg kuat nangis,tp aku dapat tahan,sengaja minta simpati mau duit raya.


"minta maaf kalau ibu ada terkasar,sebenarnya ibu bukan begitu,nampak ja begitu,"
aku senyum,hampir ketawa,sebab selama ni,aku tak pernah dengar perkataan itu muncul dibibir ibuku."tapi dalaman lain.....dalaman baik"aku menyampuk.
ibu sengih,aku rasa ibu malu,mungkin merah muka ibu waktu tu.love u mama..


Dapat telefon adik aku yg seorang,mgkin akan datang sini juga,aku suruh dia bawa baju banyak2,jgn jadi mcm aku yg kekurangan pakaian,
sekarang dia sedang makan kuih yg enak2 disana.

Aku bukan seorang yg perindu,tapi nda taw la,pagi2 raya macam ni lain pula,nasib baiklah mereka semua maafkan aku.

Pagi tadi pun hampir2 tidak sempat solat raya,solat jam 6 pagi,aku tidur tak sampai setengah jam,nasib baiklah kawan aku yg juga merangkap tuan rumah mengejutkan aku.

Memang raya di sini tak semeriah seperti malaysia,aku hanya berpakaiankan baju lengan panjang dan seluar "slek" saja solat tadi.Rumah terbuka pun belum ada,harap selepas ini ada.
aku rindu makan keropok raya,kuih siput tu,enak dimakan begitu saja.Tapi sebenarnya aku rindu makan bakso buatan pasar malam keningau.Sungguh sedap.




P/S : kepada kaum family,makanlah kuih banyak2,kepada bro2,,nanti kita kasi meriah tu kampung

No comments:

Post a Comment