Oleh kerana sekarang jam sudah menunjukkan angka 1215 pagi,
jadi hari ini sudah masuk 8september,
kemarin adalah 7september aku hari lahir,
apa aku dapat?
Pergi Kota kinabalu dari Keningau pada jam 2:15petang menaiki teksi,
dan teksi hanya bergerak pada pukul 3:07 petang ,
aku sampai ke Kota Kinabalu pada jam 4:27 petang dan secara langsung ke Muis untuk menghantar borang,
Wisma Muis bukan MUSE.
Setelah itu,aku ke bangunan UTC bersebelahan Muis berjumpa dengan Kazen.
Setelah itu kami menuju ke Pasar Sembulan dan seterusnya kawan sekampung yang juga seorang driver bas singgah mengambil aku di pasar tersebut dan kami pulang semula menuju ke keningau pada jam 7;14 petang,
Kami singgah di perhentian untuk solat dan meneruskan kembali perjalan ke Keningau.
Kami tiba di keningau pada jam 8:40 malam dan singgah makan bakso menemaninya,
aku mengeluarkan duit untuk membelanjakan sedikit wang kerana aku tidak membayar tambang,kerana kawan kata tidak payah bayar tambang.
Aku sampai di rumah pada jam 9:24 malam.
Habis cerita hari lahir tahun ini walaupun tidak sampai 180 patah perkataan dan tidak mengikut format Penilaian Menengah Rendah PMR.
No comments:
Post a Comment