August 17, 2015

ready steady go,too much pain.

Jam sekarang menunjukkan jam 1040 malam,bertarikh 17/8/2015,
nampaknya aku semakin berkedut,

Aku cuma ingin katakan jangan risau,
jam masih berjalan,
tidak, jam masih berpusing menuju nombor-nombor yang ada di putarannya,
entah sampai bila.

Emm,beberapa benda yang sering berpusing-pusing dalam kepala,
setiap hari,setiap jam masa ini,

aku sering berfikir,adakah aku terlalu ataupun terlebih dalam gurauan,
dalam lawak,dalam cinta,dalam perkataan dan lain-lain,
gurauan sesama orang-orang yang aku kenal?
adakah aku perlu serius?ataupun perlu matang dalam perkara-perkara itu?
aku rasa ya,terlalu dalam pergurauan.

Ingin aku katakan kepada mereka-mereka yang telah berada dalam pergurauan yang aku cipta,
aku minta maaf dengan semua.

Kadang-kadang dalam gurauan itu selalunya aku selitkan dengan penipuan,kadang-kadang aku berkata jujur,perkara itu yang menyebabkan nafas-nafas mereka tersesak seketika,
aku tahu,aku dapat rasa,aku dapat teka dengan tepat,
jantung mereka bergerak pantas,adrenaline juga,kadang muka mereka berkerut,kadang senyum,kadang kadang kadang kadang,
gurauan dalam cinta,dalam keluarga,dalam teman-teman,dalam cerita-cerita karut,
semua aku cipta,samaada aku sedar ataupun tidak,

ya aku suka buat benda yang membuat nafas orang tersesak seketika dalam gurauan itu,
ketika terdiam baru aku dapat rasakan itu semua salah.
Aku jadi serba salah.

Kadang-kadang aku sebenarnya ingin mengatakan perkara sebenar,
kadang-kadang semua itu bergurau,tapi kenapa...

mungkin mungkin dan mungkin  aku tidak mahu orang lain fikir apa yang aku sedang fikir,
aku letakkan mereka dalam dua keadaan,
samaada apa yang aku perkatakan itu gurauan tipu ataupun kenyataan jujur dari hati.



Aku perlu serius buat masa ini,
aku ingin keluar dalam gua yang gelap ini,
ya aku perlu keluar untuk menghirup udara yang masih segar,
dan menghembuskannya.
Aku perlu sendiri,
perlu fikir tentang kehidupan,kemanusiaan.
Jam menunjukkan jam 1102 malam,
Aku sepatutnya berfikir masa ini.

i'd rather be alone

No comments:

Post a Comment