Belakang aku.
Kerana terlalu gembira,
aku melompat terlalu tinggi,
hampir mengenai bangunan atas.
Tulang mula berbunyi,
kesannya hingga hari ini,
sudah kedua kali aku rasa begini.
Rukuk dan sujud,
sukar untuk wujud.
Boleh buat lirik lagu agaknya.
Sehingga hari ini aku masih berfikir dan terfikir,
kenapa aku masih boleh melakukan benda yang yang yang yang yang BODOH!
Melakukan benda bodoh.Melakukan benda bodoh terlalu senang,terlalu mudah.
Melakukan benda bodoh.
Manusia biasa.Haishhhhhh!!!
Kadang-kadang untuk kegembiraan,kadang-kadang untuk riang,kadang-kadang untuk suka-suka,
kadang-kadang ada yang terasa,kadang-kadang ada yang merasa.
Sekarang masih masa cuti,aku masih tidak berbuat apa-apa untuk tahun ini,tidak merebut masa lapang,
tidak ingat lima perkara itu.
Aku membuang masa lagi merenung anak cantik ini.
No comments:
Post a Comment