August 10, 2012

Berpuasa 10 di Kaherah

Sahur!
Bangun,masak nasi,belah2 ayam,potong sayur,potong bawang merah,halia,tapi sebenarnya bukan aku yang buat semua itu kecuali tolong sedikit sahaja.Segan.

Suasana di Kaherah begitu hangat yang boleh membawa mata cepat terlelap.summer.
Suasana di pagi hari lapang,kereta mengurangkan bunyi hon.Bunyi Hon juga berpuasa agaknya.
Jalan raya juga lapang untuk diwaktu paginya.
Kucing-kucing juga berkeliaran di sana sini,mereka memberanikan diri untuk mengorek rezki-rezki dari sisa makanan yang dibuang oleh si penyahur di subuh hari,dalam tong sampah ataupun yang masih berada di dalam kuali.Ini memang kerja mereka turun temurun,kucing liar.
Tengahari dan petangnya pula berlainan dari pagi hari,sesak,hari yang hangat bertambah dengan pembuangan sisa karbon dioksida dari kenderaan yang dibawa oleh manusia di Kota Kaherah ini.
Jika anda menaiki motorsikal untuk berkeliaran pada waktu itu,dan kebetulan di sebelah anda adalah bas besar,dan juga anda berada di tepat2 sebelah ekzos kereta itu,anda akan berhalusinasi seperti berada di dalam oven?oh salah,ketuhar elektrik.

Sekarang sudah masuk hari ke 21 berpuasa,itu kalau aku tidak salah dan silap.
Sepuluh akher ramadhan yang mulia.


Seperti biasa,aku plan mahu masuk syurga.




No comments:

Post a Comment