Duduk di dalam bilik,dengan tingkap yang tidak tertutup,langsir juga terikat sembarangan memungkinkan udara untuk masuk ke dalam.Aku boleh melihat pemandangan orang-orang mesir di bawah jelas melalui tingkap itu.
Aku menarik nafas panjang,berdiri menuju ke ruang tamu,aku duduk dan menyandarkan badan aku kedinding.
"udara hari dan malam ini panas".
Aku berkata di dalam hati.
Ya.tentu,kerana ini memang musimnya.
Aku menarik nafas panjang semula,sedalam-dalamnya,seperti orang yang sedang kesakitan pada mata hati.
Oksigen merebak dengan cepat dalam otak membuat aku tenang dan termenung seketika.Pegun seketika.
Aku memandang keatas syiling seperti orang yang hilang pedoman meminta rahmat dari tuhan.
"oh Allah,Tuhan langit dan bumi,tuhan sekalian makhluk,benarkah ini jalan yang sepatutnya aku ambil?aku selalu membuat mungkar denganmu,oh Allah,beri aku pandangan mata hati,supaya aku dapat melihat dengan jelas,tunjukkan aku jalan yang benar"
Aku masih berfikir dan terfikir dengan kata-kata seorang Ulama yang berkata "beruntung siapa yang diberikan oleh tuhan dengan penglihatan hati".
Sangat beruntung,dua biji mata ini sebenarnya tidak melihat keadaanya,mata cuma menangkap cahaya!mata cuma menangkap cahaya!dua biji mata ini cuma menangkap cahaya!.Cahaya yang ditangkap dikurung dalam otak dalam keadaan songsang,dan minda memproses cahaya itu.
Otak manusia memang terhad.Jadi apa yang dilihat oleh dua biji mata itu cuma tafsiran si minda.
Kalau aku melihat dengan pandangan itu sahaja,aku masih boleh sesat.
Haaaah~~.Bunyi hembusan.Aku mengeluarkan karbon dioksida dan wap air melalui mulut.
aku menyalakan mancis itu,mengambil sedikit nikotin peneman berfikir,padahal ramai melarang.
Aku berfikir kembali tentang wang kertas.
No comments:
Post a Comment