July 18, 2011

Keluarga



cuti!cuti!

Sewaktu aku mula masuk umur belasan tahun,aku cukup suka mendengar perkataan diatas.
Aku rasa anda2 juga sama.

Sekarang masuklah waktu cuti2 se'Mesir' dan se'egypt'.
kalau anda berada di tempat tinggal aku,anda akan melihat ramai bilangan umat Adam
mengambil kesempatan cuti semusim panas di daerah ini.
Aku rasa mereka ini banyak simpan harta,pandai mencari harta,pandai tahan perut,
berfikir panjang,sebab itu mereka punya banyak rumah,musim panas tinggal sini,musim sejuk tinggal di sana,musim luruh tinggal di situ,dan musim yang lain di sana sini.

Sungguh hebat mereka,aku berkata dalam hati.
Kadang2 aku bosan dengan apa yang ada di sekeliling kita,kadang2 buat aku terbeliak mata,kadang2 tergamam,tapi itu semua kadang2 sahaja.Sebenarnya tiada apa yang hebat.

Waktu2 begini yang buat aku berfikir panjang sama seperti orang2 yang berfikir,sebelum tidur,selepas makan,sewaktu minum,dan yang sama waktu dengannya,tiada apa yang beza.

Kelmarin aku telefon keluarga aku,ibu aku,abang aku sudah berjaya jadi seorang ayah,aku harap adik beradik aku jadi ibu bapa yang baik.
Aku gembira.Itu berita gembira.Sepatutnya satu dunia tahu berita ini.

Abang aku jadi ayah,aku jadi pakcik kepada anaknya.Tapi lama kelamaan anak2 mereka sudah tidak kenal siapa kami.Apatah lagi dengan cucu2 cicit,aku menggunakan ayat skema untuk itu.Manusia sentiasa berkembang biak sama seperti orang-orang lama dahulu.
Aku tidak kenal siapa moyang aku,aku agak,hanya nama yang aku ingat,tiada yang lain,jika aku punya cucu,mereka sama sahaja seperti aku.
Aku berfikir...

Kadang2 yang buat orang ingat orang seperti aku,mestilah dengan kebanggan yang aku buat,kadang2 keburukan yang aku buat,itu yang buat mereka berzikir dan dengan zikir itu akan buat kita diingati.
Siapa si Tiong Hua?Siapa si Hakka?Siapa Nabi Ibrahim?Siapa Bangsa Arab?Siapa bangsa Asia?siapa Bangsa Afrika?SIapa bangsa eropah?Siapa bangsa Bajau?kadazanDusun siapa pulak?Bugis?
Kalau tulisan belum digunakan waktu ini,kalau manusia belum punya buku,dan keluarga itu beredintiti sendiri,
aku rasa abang aku dan kita semua boleh buat satu bangsa baru.
Waktu itu kita akan dengar Bangsa Anwar Ibrahim,Bangsa Najib dan bangsa Mahathir.


No comments:

Post a Comment