June 28, 2011

Sebenarnya

sebenarnya

sebenarnya

sebenarnya aku fikir apa yang bermain dalam fikiran,dalam tempurung kepala.

Aku memang tahu,aku sebenarnya tidak perlu hadir,tidar perlu jumpa,tidak perlu memandang matamu,tidak perlu menekan keypad untuk aku nyatakan cinta aku padamu,dan bila hati suda menampakkan ikatan,aku lari,aku sebenarnya pengecut,sebenarnya itu tidak perlu,aku bukan takut masa yang berputar itu,hari yang beribu jauh itu,aku tahu itu sakit.Aku tahu itu adalah harapan,aku juga berharap.
Cuma aku mahu kau tahu yang aku memberi padamu masa untuk menilai diri penulis ayat ini.
Sudah aku kira mulai dari satu sampai jam aku menulis ayat ini,aku tidak layak untuk apa yang engkau harap-harapkan itu,untuk tinggal sebumbung,aku bukan lari,cuma aku hadiahkan untukmu nilai,aku ini siapa.Aku cinta,aku rindu,aku sayang pada dirimu itu,tapi itu cuma apa yang aku rasa,itu bukan selama mana,sekejap saja.Serius aku cinta,aku minta maaf zahir batin,aku tidak sanggup melihat harapanmu padaku itu.

Sebenarnya aku berbohong.

No comments:

Post a Comment