hari ini sudah tiga hari aku kepenatan,
semalam aku naikkan kakiku di atas motosikal kepunyaan abangku menuju ke suatu destinasi yang hijau apabila mata memandang,nyaman apabila menghirup udara,tempat aku pernah membesar seketika.Itulah daerah Tenom,aku suka tempat itu,walau bandar yang kecil.
Aku gembira ketika sampai,sedih sewaktu sampai.
Aku tidak kira kepenatan yang aku lalui,kerana aku tidak nampak jalan kepenatan itu.
Aku ke sana satu tujuan yang sudah pasti dalam hati.Apabila sampai,memang sah apa yang aku fikir selama ini,aku nampak nenek aku tidak bernafas,mukanya ditutup oleh kain sarung yang memang kita semua kenali,disebelahnya pula orang meraung-raung menangis minta simpati moga-moga nyawanya diberikan semula oleh yang maha esa.Tapi itu tidak mungkin terjadi,aku pasti.Itukah kematian?aku bertanya dalam hati,tidak salah lagi,itulah kematian kata hatiku membalas.
Aku tidak mampu untuk lihat mata-mata yang sedang merah mengeluarkan air itu.Aku tahan,aku mampu mengeluarkan air itu dalam hati,tapi bila aku lihat perempuan yang melahirkan aku juga seperti mata-mata mereka,air itu hampir jatuh,aku tarik nafas sedalam mungkin,harapanku nafas itu menyelam dalam ke semua rongga,untuk menahan air itu.yah!aku berhasil.aku berjaya.
Semoga rohmu kembali dengan membawa kemenangan kepadamu kerana aku nampak engkau senyum apabila cahaya kamera singgah kearahmu sewaktu aku nyalakannya sebelum pemergianmu.Aku belum pernah lihat nazak yang seperti itu.Ibuku dari darahmu,dan aku juga seperti ibuku.
Kami rindu kepadamu.
in memory:
aru
No comments:
Post a Comment