April 9, 2017

sakit perut

Hari ini aku sakit perut,
Kemungkinan sudah lama tidak makan dengan normal,
aku kira sudah dua minggu sejak kebelakangan ini.

Berat badan juga turun dengan mendadak,
Ya, perut aku sakit,

Sekarang telah masuk waktu solat maghrib untuk kawasan tempat aku sedang menulis ini,

Kawan serumah di Kota Kinabalu hari ini dijangka akan merisik sekuntum bunga,
aku berdoa dan harap dia akan berjaya dengan sesungguhnya,


Aku cuma sakit perut,
sakit yang masih boleh aku tahan,

Manusia tidak berhalkum,
tolong berhenti bermain di minda aku sebentar boleh?.












March 4, 2017

kalau pandangan kau cuma sebatas pandangan, 
itu bukan hakikat sebenarnya penglihatan,
di dalam banyak kitab suci menyebutkan bahawa penglihatan hendaklah memberi kesan ke dalam penglihatan kedua manusia,
itulah hakikat penglihatan,
penglihatan yang sesungguhnya,
penglihatan yang paling merdeka,
tembus ke dalam hati,

Jadi orang yang berperang dengan penglihatan kedua itu melakukan satu perang,
perang kecil yang sekarang sudah langsung tidak disedari ramai orang,
adakah peperangan itu masih perang kecil ataupun sudah hampir penghujung?
peperangan kesyirikan.
Cuci otak! Cuci otak mereka!
Buat mereka hidup seperti yang kita mahu!
Cuci otak mereka!
Brainwash!

ya,
Kerosakan dari kerohanian dan kesucian murni manusia,
perang hendaklah dan mesti dilakukan dengan perkara berkaitan cahaya,
kerosakan yang mereka buat mestilah bersama cahaya,
kerosakan itu hendaklah sepantas cahaya,
kerana binatang Buraq itu juga pantas,
dicipta dari cahaya.
Malaikat sama juga halnya.
ya,
kerosakan yang dicipta oleh mereka mestilah sepantas cahaya dan tidak langsung memberi kesan dengan penglihatan kedua(hati).

Masaalahnya, adakah kau sedar dengan kerosakan itu?
apa yang kau lihat?
kalau kau sudah mula melihat, lihatlah juga dari sisi mata yang lain,
adakah kau hidup dengan peringatan ayat2 suci dari sang pencipta ataukah kau cuma melihat dari satu sisi pandangan manusia yang sudah tidak kenal halal dan haram,
yang kebanyakan manusia itu hanya melihat babi,arak, judi, membunuh dan lain2 itu sahaja yang haram?

Suatu hari kau akan sedar yang kebanyakan dari manusia cuma hidup berdasarkan dan bersandarkan apa yang dilihat,di dengarnya, budaya, adat sekeliling.
Hidup berdasarkan ikut-ikutan, fikiran ikut-ikutan, seperti sebuah mesin copy/fotostat dan seterusnya di masukkan kedalam mesin "paper shredder"dalam pejabat dan seterusnya kau mati.
 Itukah kemerdekaan diri?hidup seperti binatang di dalam zoo?

Binatang dalam zoo dipukul, disiksa, tidak diberi makan untuk mereka mempelajari cara untuk mengeluarkan bunyi pelik yang disukai manusia, dan bunyi yang dikeluarkan oleh binatang itu indah didengar dikhalayak ramai tapi manusia lupa bagaimana binatang itu diperlakukan sebelumnya,
peliknya, manusia berkata itulah binatang "terlatih".
Sama sepertinya hal kau diperlakukan selama ini, penjara rohani dan jasmani yang kau tidak nampak, lihat dan langsung tidak sedar.

Ya undang-undang.

Itukah kebebasan? itukah kemerdekaan? cubalah berfikir sejenak.



 فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى الْأَبْصَارُ وَلَٰكِنْ تَعْمَى الْقُلُوبُ الَّتِي فِي الصُّدُورِ

"Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada."-Surah A-hajj 46.-

                                                                                                





February 28, 2017












Money is an illusion,power is an illusion"

-Alexader Supertramp-




Jika kau berkata mata itu melihat hakikatnya,sebenarnya kau salah,
Mata hanya seperti sebuah kamera yang bekerja sebagai penangkap cahaya.Kamera automatik yang tidak perlu penukaran ISO,Shutter speed dan lain-lain.
Kereta, rumah, bunga-bungaan di taman yang indah, lawan sejenis yang cantik dan lain-lain itu semua berasal dan berhujung pangkal daripada pantulan cahaya.
Semua hanya pantulan cahaya, jadi bagaimana kau boleh berkata inilah realiti sebenarnya padahal cuma pantulan cahaya yang kau lihat?
Apa yang indah di mata itu cuma pantulan cahaya?Bagaimana pula jika ayat suci tertulis yang sememangnya manusia mempunyai dua penglihatan?

"Kehidupan dunia hanya sebuah "permainan"."  -Alquran

February 22, 2017

Pasangan

"siapa cewek kau sekarang?"




Soalan dan pertanyaan kedua orangtua aku,
aku rasa sudah sebulan dua mereka mempertanyakan soalan tersebut,
dan baru-baru ini sama juga halnya.


"siapa cewek kau sekarang?"
"siapa cewek kau sekarang?"
"siapa cewek kau sekarang?"
"siapa cewek kau sekarang?"
"siapa cewek kau sekarang?"

"kalau kau sudah serius denganya,bolehlah gerangan kami memetiknya" sambung mereka.


Aku dapat rasakan yang soalan mereka sedalamnya,semaksudnya,keseriusan mereka kali ini.



Aku juga sebenarnya lupa bertanyakan soalan yang sama kepada diri sendiri.



January 29, 2017

Selamat menjalani tahun baru

Tahun baru ini berlangsung kerana telah berlalu tahun-tahun yang telah lalu.

Tahun baru masehi kata mereka.
Tahun diangkatnya Nabi Isa@ Prophet Jesus kata mereka.
Nampak gayanya jika diperkirakan mengikut tempoh itu,sudah berlalu 2000+tahun Jesus telah diangkat kelangit.Lebih tepat 2017 tahun telah berlalu.
Mengikut putaran matahari.

Tahun perkiraan dalam agama Islam pula pada tahun ini adalah 1438 Hijriah,
tahun penghijrahan dari kota Makkah ke Kota Madinah,
kalau diperkirakan mengikut tahun itu nampaknya sudah satu ribu empat ratus tiga puluh lapan tahun penghijrahan pertistiwa itu berlaku.
Mengikut putaran bulan.


Masa yang sangat lama bagi mereka,tapi masih lagi aku lihat pertengkaran pada ayat-ayat untuk menunjukkan tulisan dan dakwat siapa paling hitam,disangkakan mereka ayat-ayat tuhan itu cuma tulisan-tulisan padahal sang musuh sudah jauh melangkaui zaman.

Selamat tahun baru cina,

Sekarang masih terasa bahang tahun baru untuk masyrakat Cina.
Tahun ayam.


Apa sebenarnya maksud masa?
Aku pasti tuhan memaksudkan sesuatu dengan masa.





 Sudah 27 tahun aku bernafas,ya sudah 27 tahun aku hidup dan kalau diizinkan akan berlalu 28 tahun aku hidup pada tahun ini.Dengan doa tulus ikhlas aku sangat mengharapkan yang hati kosong ini terisi, dari pedoman, zikir, aku banayk menyesali banyak perkara dan benda terhadap orang yang aku kenal, kawan, sahabat, teman,keluarga dan lain-lain hati, aku terlalu bersalah kepadamu wahai Tuhan.Aku berharap juga tahun ini bukanlah tahun terakhir.











December 26, 2016

Aku mahu



''Dan aku harap menjadi bahagianmu,
aku bisa gila tak berharap,
dan aku harap menjadi harapanmu''





December 18, 2016

Sudah Lama

Rasanya sudah lama,
Sudah lama tidak memberikan sebarang komen kepada kehidupan,


Banyak rasa yang sudah berlainan dan aku semakin terasa,
dari rasa lidah,rasa telinga,rasa hati,rasa sentuhan,rasa fikiran,rasa kepada semua rasa,
banyak perubahan berlaku kepada aku tahun ini.

Agaknya semua deria yang aku ada sehingga hari ini aku gunakan dengan sebebasnya dari segala pengaruh.
Cuma aku yang faham agaknya rasa kebebasan,rasa merdeka,deria yang merdeka jauh dari pengaruh sesungguhnya.Terima kasih wahai Tuhan.

Rupanya ilmu itu bukan hanya atas tulisan,jika tiada diatas tulisan maka ianya penambahan baru,penambahan yang dihukum sesat kata mereka?sebenarnya tulisan ada punya makna tersurat.tersirat.


Tahun ini rasanya banyak perkara yang berlaku,dari sekecil-kecil perkara sehingga perkara terbesar,
menulis cuma secara spontan,aku sebenarnya tidak cukup masa kepada masa bermuhasabah diri,berfikikir tentang sebab kewujudan di dunia,ya berfikir sebab musabab kewujudan diri,

Aku tidak punya masa waktu,

Ya Allah ampuni aku,
dari salah letaknya halal dan haram,
dari salah letaknya sunat dan makruh,
dari dosa  siang dan malam,
dari dosa perlawanan akal dan nafsu.