Coretan terakhir:
Dan rasanya inilah coretan terakhir di dalam blog ini.
Kisah hidup yang terlalu panjang,
rasanya cerita dalam scene jiwa-jiwa ini juga sudah berakhir,
Aku cuma ingin berkata yang aku terlalu mencintaimu.
under one flag
hari-hari
September 11, 2018
September 7, 2018
June 14, 2018
Selamat tahun 1439H
Nampaknya sudah hampir beberapa bulan tidak menulis di tempat ini,
masihkah ada yang ingin membaca?
masihkah ada yang ingin membaca?
kerinduan masa lalu ketika bermain kata-kata dengan tulisan dalam blog,ketika berada di bumi berpasir,
tempat penulisan yang di zahirkan dari dalam hati,penulisan tulus suci murni,
sudah lama aku kira, hampir satu dekad lamanya,
kawan-kawan dulu pun sudah melalui hidup yang lain, masing-masing punya pemikiran sendiri, kehidupan sendiri,
perkara yang aku fikir beberapa tahun lalu memang betul berlakunya,
semua itu bermain di dalam otak, aku sudah jangka, jadi perkara terjadi itu tidak cukup merisaukan,
cuma aku risau tentang pengakhiran aku bagaimana? bagaimana aku akan bertemu dengan tuhan semesta?
Esok sebenarnya sudah mula untuk berhari raya,
raya tahun 1439H.
Puasa,
puasa tahun ini tidak cukup semeriah dahulu, puasa yang kurang dengan peribadatan kepadanya,
moga tahun2 hadapan aku masih bertemu dengan ramadhan dengan jiwa yang penuh dalam pegangannya dan dunia masih dalam keamanan,
Banyak perkara tidak disangka berlaku,
dari kisah kemiskinan ke kisah kekayaan,
dari kisah pembunuhan ke kisah percintaan,
Aku sesungguhnya telah jatuh cinta,
ya, memang benar, aku sesungguhnya telah jatuh cinta,
December 31, 2017
Beberapa minit untuk ke 2018
Mulai esok,
Esok aku mahu berubah,
berubah jadi baik,
Esok aku mulai sudah ke sekolah,
padahal sepatutnya hari selasa,
GB tegas bermula esok.
Esok aku mahu berkhidmat sepenuhnya,
kepada kedua orang tua, keluarga.
Esok aku mahu bersungguh kepada tuhan,
aku mulai tanam niat.
Bermula esok....
Minit terakhir yang sangat istimewa,
masa yang tercukup istimewa, tahun yang sangat bermakna, tahun struggle,
tahun yang banyak berdosa kepada manusia-manusia,
tahun yang cukup sunyi, cukup berdiam,
tahun yang serius memikir hal dunia, penjahat dunia,
tahun yang banyak dihabiskan masa di dalam bilik,
tahun yang banyak membuang masa, aku takut jika masa itu disoal di hari kemudian,
Setiap hari last di tahun ini aku berfikir yang membuat aku bergetar hati, aku takut dengan semua perkara yang telah aku lakukan, dosa yang telah aku lakukan dan belum dilakukan,
aku pernah bermimpi di tahun ini, mimpi yang buat aku takut sepenuhnya, mimpi yang membuat aku tidak suka berkata-kata, aku tahu, mimpi punya maksud.
Aku cuma mahu hidup dengan lurus, jauh dari dosa 'consumer',
aku sudah merasakan perit meninggalkan kebanyakan dari keinginan semata-mata mahu lari dari dunia ciptaan mereka.
Aku banyak berdosa kepada kedua orang tua, kepada keluarga, kepada diri sendiri,
sebenarnya aku seorang pengecut,
pengecut dengan dosa.
Wahai tuhan, tetapkanlah hati aku,
wahai tuhan, jagalah lidah aku,
wahai tuhan, tenangkanlah hati aku,
wahai tuhan hanya engkau tempat aku meminta.
Untuk ini, aku masih punya InsyAllah.

July 24, 2017
Last Raya
Hari ini last raya,
aku mahu pergi rumah kazen.
aku mahu pergi rumah kazen.
June 17, 2017
Melankolik
Sejak akhir-akhir ini, aku terasa setiap hari aku punya rasa yang melankolik,
aku secara peribadi juga tidak memahami perasaan itu.
Mungkin kerana berkhayal mendengar lagu yang secara psikologi bernada melankolik,
aku secara mendalam dengan nada perasaan ingin meluahkan semua yang aku rasa pada seseorang,
ketika mendalami menggunakan roh, aku faham yang aku sebenarnya perlu ditemani sementara ini.
Bulan ramadhan untuk tahun ini sudah hampir ke gerbang yang penghabisan,
entah sudah berapa tahunnaku menulis di waktu bulan ramadhan dengan perasn yang sama,
bermula dari tahun 2009 aku kira sehingga tahun ini,
aku rasa perass\aan ketika menulis di bulan ini sama seperti menulis di tahun sebelum-sebelumnya.
Aku perlu teman, ya aku perlukan teman dengan sesungguhnya.
Selamat menyambut hari-hari terakhir bulan yang mulia ini, tahun 2017 yang banyak mengajar aku tentang kehidupan, tentang maksud hidup sebenarnya, mengajar aku apa yang sepatutnya aku cari dalam kehidupan.
Minggu ini aku ada masuk ke kelas tahun 5 sekolah tempat aku menghabiskan 3 bulan ini,
aku bertanya kepada kelas itu, soalan yang tidak sesuai untuk umur mereka,tapi aku mencuba untuk bertanya dengan mereka pa sebenarnya maksud yang mereka tahu setakat ini, aku menambah soalan itu dalam bahasa inggeris, "what is life"?, apa yang akmu faham tentang kehidupan?angat tangan dan jawab aku berkata kepada mereka,
Seorang murid angkat tangan dan berdiri,"hidup adalah untuk kita menikmati keindahan alam, keindahan dunia.!
Seorang berdiri" Hidup untuk makan, tengok tv, ketawa, bergembira".
Dan banyak jawapan betul dan pelik yang lain.
Aku menghurai kepada mereka sedikit tentang makna hidup, kerana aku tahu, aku juga pernah seumur dengan mereka beberapa tahun yang lalu, aku harap adabeberapa murid ingat tentang apa yang aku huraikan itu kerana aku tahu ada yang akan ingat seperti aku dahulu.
May 13, 2017
Satu buku
Kadang-kadang,
ada suatu benda yang suatu masa dahulu kau terlalu inginkan jawapan,
akhirnya kau dapat jawapan itu setelah mengambil masa yang panjang.
kadang-kadang,
ada benda yang kau harap betul-betul ingin berlaku,
suatu masa itu betul ia berlaku.
kadang-kadang,
ada suatu benda yang kau berkata benda itu buruk, kau menghina dalam hati ataupun tercipta dibibir,
dan perkara buruk itu berlaku tepat ke muka sendiri.
kadang-kadang,
ada benda yang kau doakan untuk didapati,
suatu hari semua benda itu yang didoakan itu berlaku samaada baik atau buruk.
Benda-benda ini buat engkau berfikir panjang,sepanjang-panjangnya,
Mungkin ada benda yang engkau inginkan suatu masa dahulu, engkau harap- harapkan suatu masa dahulu,
apabila benda yang diharapkan itu benar-benar berlaku, dan kau teringat tentang kemahuan engkau yang dahulu,
sambil berkata, "ini juga bikin penasaran".
Kau mula memahami benda itu, kau mula memahami satu persatu.
Suatu masa dahulu, aku pernah berkata ingin mendapatkan benda yang cantik,
tapi bila sudah dapat, rupanya ia punya kekurangan lain,
jadi aku memilih dan bermohon untuk dapat benda sebaliknya,
dan berlaku juga kekurangan.
suatu masa aku berfikir tentang hidup,
tentang benda, tentang kehidupan,
dan aku bermohon petunjuk disuatu masa dahulu,
dan aku kembali mendapat jawapan setelah bertahun lama,
aku rasakan itu suatu ilmu,
Ilmu kehidupan sebenar aku kira,
Ilmu yang tidak dapat dirasakan oleh kulit, tidak dapat dirasakan oleh mata, tidak dapat dihidu, tidak dapat didengar, tidak dapat ditangkap oleh pancaindera.
Memang Tuhan maha mengetahui dan maha mendengar rayuan hambanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)